Bab 1 | Jemput

1.1K 56 0
                                    

"Pagi Pa!"

Syaqila Adra menyapa ceria papanya di meja makan. Beg tangan diletakkan pada sofa sekali dengan blazernya berwarna cream.

"Haii cerianya nampak pagi ni?" Lelaki yang dipanggil papa itu menegur seraya menghirup air kopinya yang masih panas.

"Mesti lah! Pagi-pagi kena lah ceria, baru hari akan berjalan dengan lancar. Tak gitu?"

Dato' Syazwan hanya tersenyum nipis sambil menggeleng. Ayat yang keluar dari mulut anak daranya memang tak sah kalau tak hiperbola. Ada-ada saja. Sedangkan bukannya baru sehari dua dia mengenali anaknya. Dah biasa menghadap emosi anak daranya yang bermacam ragam di pagi hari.

Yang paling membuatkan dia tergeleng kepala tentulah emosi anaknya yang muram dan moody di awal pagi. Semuanya dia sudah terbisa sampaikan dia tidak lagi hairan dengan perubahan emosi anak tunggalnya.

"Selama pagi Mak Nah! Mak Nah buat apa breakfast pagi ni?" Sapa Syaqila pada pembantu rumah yang mesra dengan gelaran Mak Nah itu.

"Mak Nah buat nasi goreng kesukaan kamu, nak makan?" Tanya Mak Nah semula.

Syaqila mengangguk. Nasi goreng dicedokkan ke dalam pinggang makannya.

"Ni roti bakar ni?"

"Siapa lagi. Papa kamu tu lah, mana maunya makan nasi goreng Mak Nah masakkan ni." Luah Mak Nah dengan nada sengaja dikuatkan. Ada nada rajuk di situ.

Papanya yang beriak selamba direnung tajam. "Papa! Papa tak makan nasi lagi ya?"

Papa berdehem sedikit seraya meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. "Papa tak suka makan berat lah Qila, roti ni pun dah cukup kenyang buat papa."

Penjelasan papanya tidak memuaskan hatinya. Bukannya dia tidak tahu kebelakangan ini papa selalu mengelak daripada makan bersama. Kalau diajak makan nasi pun, pasti hanya suku nasi yang ditelannya. Bila ditanya, jawapan papa membuatkan Syaqila tak mampu berkata apa lagi. Tak ada selera, tak lapar, dah kenyang.

"Kalau macam tu Qila pun nak makan roti jelah."

"Eh kenapa pula. Kesian Mak Nah masakkan nasi goreng untuk Qila tapi Qila tak nak makan pula."

Syaqila menguis-nguis nasi dalam pinggan dengan sudu di tangan. Bukannya dia tak ada selera tapi sengaja dia mencuba pendekatan merajuk untuk memujuk papanya turut sama menikmati nasi goreng yang masih panas ni.

"Habis tu papa tak kesian ke kat Mak Nah?" Syaqila memulangkan paku buah keras pada papanya.

Mak Nah yang sedari tadi menelinga perbualan anak-beranak di depannya bertindak meluku kepala Syaqila Adra.

"Aduh! Apa ni Mak Nah??" Berkerut dahinya dek penangan Mak Nah yang boleh tahan berbisa.

"Kamu ni ada ke cakap macam tu dengan orang tua. Dah makan nasi tu, Mak Nah buat khas untuk Qila tau. Kalau tak cukup ambik je lagi, banyak lagi dalam kuali kat dapur tu." Kata Mak Nah sebelum dia berlalu ke dapur untuk menyelesaikan tugasnya yang tergendala.

Syaqila mencebik. 'Buat khas untuk Qila lah kononnya, macam lah tak tahu ni mesti papa yang suruh Mak Nah buatkan nasi goreng kesukaannya.' Desis hatinya dalam diam.

"Papa okay ke?"

"Okay je, kenapa Qila tanya?"

Syaqila tidak lagi bertanya. Dia cuma menjongketkan bahunya. Dia tahu ada sesuatu yang sedang merungsingkan papanya, tapi kalau papanya tidak mahu bercerita apa lagi yang dia sebagai seorang anak boleh buat.

"Makan elok-elok, jangan nak gelojoh. Pagi ni Qila tak payah masuk pejabat, so take your time."

Suapan Syaqila Adra terhenti. Dia mendongak cuba mencari kepastian daripada apa yang didengari tadi.

Cinta Si DiaWhere stories live. Discover now