40 - "𝑷𝒂𝒓𝒂𝒄𝒆𝒕𝒂𝒎𝒐𝒍?"

Mulai dari awal
                                    

Talia terkejut. Tapi wajahnya dikekalkan. Perasaannya masih cuba dikawal. Bagaimana ini semua terjadi? Bagaimana Aufarina boleh tahu rahsia ini?

"Kau tak nak tahu macam mana aku tahu benda ni? Tak apa, let me tell you. Aku yang bagi cadangan tu pada Naufal. Sebab kau dah hancurkan hati aku, why not aku buat benda yang sama, kan? Tak sangka, dia tu boleh tahan bodoh juga. Ikut cadangan aku. Sekurang-kurangnya, kau sakit dan tak ada siapa boleh dapatkan dia kalau aku tak dapat dia."

Jeda.

"Aku masih boleh buat benda yang sama untuk dapatkan suami kau, Talia. Apalah sangat Dr. Raed tu. Nampak je beku, tapi hatinya lembut. Kau rasa, apa yang dia akan buat kalau dia tahu kau dengan Naufal pernah terlanjur?"

"Kau diam Rina! Kau berambus dari bilik aku sekarang!"

Aufarina mendengus halus. Hatinya puas dapat menyakiti hati perempuan yang dibencinya itu. lalu dia aturkan langkah keluar dari bilik.

"Aku tak pernah terlanjur. Aku tak pernah relakan dia sentuh aku."

"Malangnya, kau tetap disentuh oleh lelaki lain. Tiada beza. Macam perempuan murahan!"

Pintu terus ditutup rapat.

Perempuan murahan. Perkataan itu sangat-sangat melukakan perasaan Talia. Air matanya kembali menitis. Pujukan yang Naira berikan tadi sudah hilang dalam kepala. Hanya kata-kata itu yang terngiang-ngiang di telinga.

Kenapa? Kenapa setiap kali perempuan ditindas, mereka yang menjadi mangsa, mereka juga yang disalahkan.

Sejujurnya, apa salahnya dulu? Apa salahnya sampai dia diperlakukan sebegitu rupa? Dia memang tidak habis fikir. Bukan saja Aufarina, masyarakat juga dulu memandang dia sebagai pesalah biarpun dia adalah mangsa.

"Tudung tak pakai, memang mendapatlah!"

"Selalu sangat keluar malam."

"Ibu ayah dia tak pandai jaga anak."

Bermacam tomahan yang dia dapat. Ingin saja ketika itu dia memekik kepada makcik yang tidak sayang mulut tu bahawa ini bukan kehendaknya. Ibu ayahnya tak pernah bersalah. Pakaiannya tak pernah berlebih-lebihan menayang kulit. Hanya kepalanya saja yang tidak bertutup ketika itu. Tapi kenapa masyarakat terus menghukum mangsa sebagai pesalah.

Dan sampai sekarang, mangsa tetap menjadi pesalah. Pesalah yang sebenar dibiarkan hidup dengan aman setelah menghancurkan sebuah keluarga.

Dia masih ingat bagaimana penampar ibunya hampir hinggap ke pipinya ketika itu. bagimana ayah jatuh terduduk mengetahui perkara tersebut. Bagaimana hancurnya hati dia apabila terus terusan ditolak Naufal. Betapa remuknya dia apabila dihina masyarakat. Paling meluluhkan adalah apabila telinganya termaksa menerima hinaan yang terpalit sama untuk ibu dan ayahnya.

"Kenapa buat ibu dan ayah macam ni, Talia? Apa kurangnya didikan kami pada kamu?"

Itu kata-kata ayahnya ketika itu. pilu hatinya jangan dikata. Ajaran ibu dan ayahnya sudah cukup untuk dia. tapi dia yang langsung tidak mengamalkan segalanya dengan baik. Salah dia. Bukan ibu dan ayahnya.

Suatu saat, dia benar-benar berada pada tahap paling bawah dalam hidupnya. Berfikir untuk menamatkan riwayatnya, itu yang dia fikir sehari-harian. Namun masih ada iman di dadanya yang menegah. Dia tahu, imannnya ketika itu sangat tipis. Lebih nipis dari sel bawang yang dia pernah lihat dibawah cahaya mikroskop.

Ajaran agama yang dia terima sejak kecil, pencapaian subjek Agama Islam pada gred A+, amat memalukan jika dia melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah ketika itu.

Pintu bilik yang kembali terbuka. Seorang nurse sedang membawa ubat kepadanya. Ubat demam kerana tadi badannya sedikit panas.

Huluran ubat disambut. Kemudian keningnya berkerut.

"Paracetamol?"

"Ya puan. Paracetamol. Puan deman dan Dr. Rina arahkan untuk beri paracetamol." Jawab jururawat itu jujur. Senyum yang tidak lekang.

Talia pandang tanpa berkelip. Seketika, senyuman sinisnya terukir. Paracetamol dimasukkan kedalam mulut, ditolak dengan sisipan air kosong.

Tanpa jururawat itu sedar apa niat Talia menelan ubat yang membawa risiko pada dirinya itu.

Jika Aufarina mahu merosakkan hidupnya lagi, dia juga boleh merosakkan hidup wanita itu.

Perempuan tu kan suka kalau dia naik gila. Dia akan tunjuk betapa gilanya dia.

Talia memandang jururawat itu beransur keluar setelah memastikan dia menelan ubat tersebut.

Tak sampai lima minit, dia sudah nampak tompokan merah yang semakin bertambah.

"You will see how crazy I am, Aufarina!"





130622

SHI

[C] Cukup SempurnaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang