Syira menyelesakan tubuhnya di atas sofa. Kemudian dia terus menghidupkan telefonnya. Buka Instagram lepastu stalk Taufiq. Lepas dah puas stalk, dia buka pula aplikasi Wattpad, mahu melihat update terbaru dan terus sahaja matanya terpaku pada update dari author Adresia, salah seorang author kegemarannya.

Aaira meninjau ke ruang tamu untuk melihat apa yang Syira buat. Tersenyum-senyum melihat telefon, entah apa yang dia buat. Tiba-tiba Syira menjerit sambil menendang penghadang sofa. Membuntang mata Aaira melihat.

"Eh eh ehh.. kenapa ni jerit-jerit" tegur Aaira sambil menghampiri kawannya itu. Macam orang kena histeria pulak dah. Syira menoleh ke arah Aaira. Dia menegakkan tubuhnya semula. Hilang ngantuk dia lepas baca story Wattpad.

"Kenapa?" Tanya Aaira lagi, pelik melihat wajah memerah gadis itu. Syira menggeleng bersama wajah yang panas. Dia menutup telefonnya lalu bangun dari duduk. Tangan Aaira ditarik terus ke arah ruangan dapur.

"Kau dah kenapa?"

"Ishh takda pape lah, aku bukak Wattpad je tadi"

"Ishh takda pape lah, aku bukak Wattpad je tadi"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIRA membelek beg di pegangannya. Cantik di mata dia tapi tak mampu nak beli. Harga serupa boleh beli novel sebakul. Dia letakkkan semula beg itu ditempat asalnya sebelum melilau mencari kelibat Syira. Tiba-tiba je gadis itu ajak dia keluar. Asalnya Syira cuma ajak dia teman borong barang make up je, tapi kaki dia terlajak nak jalan-jalan satu mall. Syira pun okey sajalah, alang-alang boleh cuci mata.

Kaki diatur keluar dari kedai. Masih cuba mencari kawannya itu. Nak call tapi dia tak ada telefon pula. Kepala yang tak gatal digaru. Manalah dia nak mencari Syira ni.

Aaira memerhati setiap kedai yang dia lalu sebelum terhenti pada sebuah cafe. Mata disepetkan sedikit, cuba mengecam wajah yang berada di dalam cafe itu. Macam Syira je, tapi dia borak dengan siapa tu. Dengan teragak-agak Aaira menapak menghampiri cafe itu.

"Datang sorang ke ni?"

"Eh tak lah, dengan kawan"

"Syira" panggil Aaira setelah tiba di sebelah gadis itu. Semua mata di meja hadapan Syira itu memandang ke arah Aaira.

"Ehh panjang umur. Saya datang dengan dia ni hah" ujar Syira sambil menarik lengan baju Aaira. Aaira memberi senyuman manis.

"Ni Aaira kan?" Soal salah seorang perempuan di situ. Syira mengangguk mengiyakan sementara Aaira di situ berkerut pelik melihat wajah gadis di hadapannya.

"Akak Auni?" Tanya Aaira pula. Auni mengangguk. Melebar senyuman di bibir Aaira. Gadis malam tadi di pusat sukan a.k.a. pemilik pusat sukan tersebut. Mereka sempat berkenalan sekejap malam tadi. Tak sangka pula boleh jumpa di sini.

"Eh duduk lah, join kami" ajak Auni, mempersilakan Aaira dan Syira untuk duduk di kerusi yang masih kosong. Kedua gadis itu menurut sementara Wiena menambah order mereka. Aaira memandang ke arah dua orang yang dia masih tak kenal. Semua cantik-cantik orangnya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now