39 - Kau sentuh dia...

Start from the beginning
                                    

Dia tidak mahu ibunya menangis lagi kerana memori tersebut telah meragut nyawa ayahnya. Dia tidak mahu ibunya terluka walaupun sekarang ibunya sudah bahagia bersalam Encik Razak.

Memori ini yang dia buat dia berada dalam fasa depression untuk beberapa ketika. Dia menjadi semakin murung apabila ibunya dan arwah ayahnya merujuk dia ke bahagian psikiatri dibawah Doktor Taufiq Attar ketika itu.

"Apa yang kau cuba cakap ni Talia? Kau dengan dia pernah... terlanjur ke?" soalan itu terluah dengan tersekat-sekat. Tidak sanggup untuk dia menyoal, tapi kenyataan Talia itu memang membuat otaknya berfikir begitu.

Itulah hakikat yang Talia cuba sembunyikan. Hakikat yang dia mahu lupakan. Tapi masa... perlahan-lahan membongkar segalanya.

"Dia rogol aku. Dua hari selepas kita dapat result SPM. Dia rogol aku dan bila aku mengandung, dia suruh aku gugurkan. Dia tak mahu bertanggungjawab."

"Ya Allah, Talia! Kenapa kau tak beritahu aku?"

"Aku malu dengan kau, Naira! Aku kotor! Aku tak layak berkawan dengan kau!"

"Kau tetap kawan aku Talia. Tetap kawan aku sampai bila-bila. Jangan pernah fikir aku akan tinggalkan kau. Aku takkan buat kau macam tu, Talia!" ucapnya lantang. Kecewa dengan kata-kata Talia, tapi dia faham, ketika itu mereka masih di zaman remaja. Fikiran Talia yang berserabut itu tentu sekali berselirat untuk berfikir sewajarnya. Dia faham.

Mendengar apa yang Talia katakana tadi buat dia mahu sembelih lelaki itu hidup-hidup. Teganya lelaki itu buat Talia begitu. Habis madu, sepah dibuang! Tindakan Naufal itu benar-benar buat dia mahu mati pucukkan lelaki itu!

"Aku minta maaf, Naira."

"Aku tahan dia di KLIA. Dia tetap pergi akhirnya dan dia tuduh aku mengandungkan anak orang lain."

"Talia... aku minta maaf tak ada dengan kau waktu tu. Sepatutnya aku smackdown dia, sampai dia masuk ICU! Jantan tu memang tempah tiket ke neraka awal-awal!" tubuh Talia kembali ditarik.

"Mama Naufal upah seseorang bunuh aku. Lelaki itu sebut nama orang yang arahkan dia. Datuk Anita. Dia arahkan untuk buat seperti aku bunuh diri. Parut di tangan aku ni..." dia tunjukkan garisan tidak sekata dia pergelangan tangan kirinya.

"...hadiah dari mama Naufal. Bila ayah aku sampai rumah, dia tengok aku dalam keadaan aku yang macam tunggu ajal, terus bawa aku ke hospital. Tapi tak sempat sampai, kereta kami dirempuh. Mata aku kabur waktu tu. Tapi aku masih dapat lihat kepala ayah aku berdarah banyak. Aku panggil dia, dia tak menyahut. Cuma, mata dia pandang aku dan perlahan-lahan terpejam. Ayah aku dah tak bernafas. Ayah aku meninggal depan mata aku, Naira. Aku penyebab ayah aku mati!"

Naira menggeleng perlahan. Menafikan segala kata-kata Talia. Talia tidak bersalah. Talia langsung tidak bersalah dalam hal ini. Talia terlalu berat menanggung rasa bersalah sehinggakan sanggup menyalahkan diri sendiri yang langsung tidak bersalah atas semua yang berlaku.

"Kau tak salah, Talia!"

Pada ketika itu, Naira sendiri mahu salahkan diri sendiri pada masa ini. Jika dia ada pada masa Talia menelefonnya malam itu... kalaulah dia sedar perubahan Talia ketika itu... semua ini tidak akan terjadi.

"Bukan kematian ayah aku saja yang aku dapat. Anak yang aku tekad untuk jaga juga turut pergi, Naira. Aku keguguran. Bukan itu saja, penglihatan aku juga rosak. Kornea mata aku cedera teruk. Aku jadi buta."

"Kau tahu siapa yang jadi penderma aku waktu tu, yang buat aku betul-betul mahu lupakan semuanya?"

"Siapa?"

"Laila Raihana. Tunang suami aku, merangkap kakak angkat aku waktu itu."




JARI jemari Muiz yang penuh dengan luka melecet dan juga lebam itu ditenung dalam-dalam. Apa yang lelaki itu buat sampai teruk begitu sekali?

"Tangan kau kenapa?" Talia bersoal perlahan dengan mata yang tak lari memandang tangan Muiz.

Muiz angkat tangannya sambil memusing dengan senyuman bangga. Bangga apabila di berjaya bagi hadiah untuk bekas sahabatnya itu.

"Ni? Aku bagi hadiah untuk jantan tak guna yang aku anggap kawan tu." Jawab Muiz selamba. Memandang Talia, Naira dan Megat Raed yang semuanya berada dalam bilik yang sama.

"Kau buat apa kat dia?" soal Naira pula. Seram pula melihat senyuman sinis dengan wajah bangga Muiz. Lelaki itu, kalau datang barannya, singa pun sujud sembah ke kaki.

"Tak banyak. Aku cuma bagi lima enam biji penumbuk aku pada muka dia. Kau jugakan yang suruh aku sekolahkan dia balik. Aku dah buat. Hutang aku dah settle." Katanya masih dengan nada yang selamba.

Dia masih ingat ketika dia menghadiahkan lelaki itu penumbuk sulungnya, Naufal langsung tidak mampu melawannya. Setiap kali lelaki itu bangun, memang singgah penumbuknya pada wajah itu hingga pecah bibir lelaki itu dibuatnya.

"Talia tu, aku anggap dia macam kembar aku sendiri. Kau sentuh dia... kau cari pasal dengan aku, Naufal. Kalau sampai Talia beritahu aku kau buat benda bukan-bukan pada dia, aku takkan fikir panjang untuk lempar mayat kau dalam laut!"

Itu amaran yang dia berikan pada Naufal sebelum dia berlalu meninggalkan lelaki itu berseorangan.

Talia memandang Muiz dan Naira. Dia faham apa yang Muiz kata. Cuma keliru kenapa Naira suruh Muiz sekolahkan lelaki itu.

"Kau suruh Muiz sekolahkan apa?"

"Oh kau belum tahu? Lupa pula aku nak beritahu. Nombor yang hantar gambar-gambar pada kau tu, jantan tak guna tu lah. Dari awal lagi aku suruh Muiz sekolahkan balik lelaki tak guna tu, tapi kau tahulah Muiz, lembab!"

Muka Muiz terus berubah. Dia yang tidak bersalah tiba-tiba disalahkan.

"Apa niat dia sebenarnya?" Suara Megat Raed tiba-tiba. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri.

Talia juga nampaknya semakin okay setelah adanya Naira. Mungkin yang terbuku didada telah diluahkan.

"Jantan tu? Dia tu kalau tak ada niat pun, semua orang boleh tahu dia jenis busuk hati. Tak boleh tengok orang bahagia, lebih sikit dari dia. Tak senang duduk. Gamaknya rindu penumpuk aku bersembang."

Megat Raed tidak membalas. Hanya matanya saja yang masih teguh memandang isterinya yang berwajah sembap. Dia dengar Talia menangis tadi bersama Naira. Dan dia juga bersyukur Naira ada pada saat isterinya perlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati yang terpendam.

Satu hal yang dia tahu dan sangat pasti tentang Talia, dia akan lebih menjaga hati orang berbanding dirinya sendiri. Itu yang pasti. Sifat itu langsung tidak berubah sebelum kejadian kejam itu berlaku

Dan kerana itu, Talia berpura-pura nampak kuat pada pandangan Puan Yuhaina, Puan Yasmeen, Tuan Megat Amran dan dia sendiri, suami Talia, Megat Raed Baihaqi.




120622

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now