Bab 15

38 22 0
                                    

Harvey merintih apabila sesuatu terkena pada betisnya yang terkena peluru semalam. Bagaimana peritnya dia menahan kesakitan ketika mandi, biarlah tuhan saja yang tahu.

Marcus sedang termenung memikirkan sesuatu. Batu yang dibaling Harvey terkena pada badannya pun tidak dihiraukan. Sakit-sakit pun masih nak kacau orang. Siapa lagi kalau bukan Harvey Almond. Maksud dia, Harvey Raymond.

Arman pula sedang sibuk mengikat dedaun yang besar. Kononnya mahu membuat selimut. Sekurang-kurangnya boleh menghalang mereka daripada menggigil pada waktu malam. Benda yang paling tak sangkanya ialah,  mereka bertiga saling berpelukan malam semalam menahan kesejukan.

"Bro, are you scared?" soal Arman selepas Harvey tiba-tiba memeluknya.

"No, just cold."  Arman mengangguk perlahan. Pelukan semakin dieratkan. Kalau lah ada kamera, pasti dia akan merakam situasi ketika itu. Dalam tak sedar, pelukan semakin hangat apabila satu lagi tubuh memeluk mereka. Bibirnya ternaik sedikit apabila memikirkan situasi malam semalam.

Argh geli! Mereka terdesak. Ya, terdesak.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat seperti kipas helikopter terbang rendah. Mereka mendongak kepala ke langit. Lima helikopter sudah berada di atas kepala mereka. Patut lah bunyi kuat semacam.

Dahi Marcus berkerut hairan. Siapa pula yang berani serangnya di Itali. Dan bagaimana mereka tahu keberadaanyanya disitu?

Selimut dedaun yang dibuat Arman tadi pula sudah terbang. Batu-batu kecil juga turut terbang ke udara. Seorang lelaki melambainya dari atas. Marcus terkelip-kelip memandangnya.

"Mas...ter Chester? Are you kidding me?"  kata Marcus seakan-akan tidak percaya. Air mata acah-acah dilap. Sengaja membuat drama. Mana taknya, kali terakhir dia berjumpa dengan Chester ialah pada beberapa tahun lepas. Tak sangka dirinya masih berada dalam ingatan lelaki separuh umur itu.

"Finally, ada orang selamat kan kita." Arman menghembus nafas lega. Kemudian, dia  sujud di tanah tanda syukur. Hampir dua hari dia tak makan. Pasti kedai makan destinasi pertama yang ingin ditujunya apabila keluar dari pulau ini.

"Aduh, drama pula korang ni. Naik je lah. Kaki aku dah la sakit. Jangan uji kesabaran aku boleh tak?" Harvey mula emosi. Tak pasal kena tonton drama murahan mereka. Tiba-tiba rasa bertambah sakit kakinya.

Satu helikopter sudah menurunkan tangganya. Perlahan-lahan Marcus memanjat tangga itu diikuti Arman dibelakangnya. Harvey berasa tidak puas hati kerana dia tidak boleh langsung bangun apa lagi memanjat tangga helikopter yang panjang itu.

Sampai hati, Marcus dan Arman tidak menoleh sedikit pun melihat Harvey yang masih terduduk di atas permukaan batu besar. Mereka sudah pun berjaya memasuki helikopter itu.

"Dah tu aku ni macam mana? Haah memang aku ni halimunan. Selamba badak je semua buat-buat tak tahu," perli Harvey dari bawah. Bunyi kipas helikopter yang kuat membuatkan semua orang tidak dapat mendengar suaranya.

Hidup ni tak adil langsung. Harvey gagahkan juga memanjat tangga itu. Macam bayi memanjat rupanya. Banyak kali  juga lah dia berhenti sebab kakinya terasa berdenyut-denyut.

"Memang pandai tengok je ke? Tolong la aku!" Tangan dihulurkan ke atas. Marcus menarik tangan itu untuk memudahkan urusannya. Kalau tidak, tak pasal ada yang tergolek ke bawah seperti nangka busuk.

Helikopter yang mereka naiki mula bergerak. Empat helikopter yang lain mengelilingi mereka supaya terkawal. Rasa seperti vvip sangat.

"So tuan saya suruh ikut sebab ni aje ke? Kalau macam tu, baik saya balik." Danisa bersuara dengan nada bosan. Setakat nak ambil Marcus, lebih baik Chester pergi seorang. Tak perlu libatkan dia yang tiada kena mengena ini.

"Can you just shut up?" Piching suara Chester mula naik seoktaf.

"Okay, fine." Danisa menarik muka. Harap dia tak perlu berjumpa dengan Marcus. Kalau tidak, lebih rela dia terjun dari helikopter itu sekarang juga. Mana taknya kalau mamat tu muka macam tercekik rambutan. Tak pemurah langsung. Cuba lah senyum sedikit. Sedap juga lah mata memandang.

MARCUS DRAVEN's [EDITING]Where stories live. Discover now