Bab 18

28 9 0
                                    




"Kau orang memang suka buat hal!" bising Arzen selepas mereka bertiga sudah selamat masuk ke dalam kereta Jaguar XJ yang dipandu Arzen. Salah seorang anak buah Marcus yang rapat dengannya.

"Semua salah Arman jebon!" Serentak Marcus dan Harvey menjawab. Arman yang berada ditengah-tengah antara dua beradik itu terdiam. Memang dia yang memberi idea.

"Ye memang aku je salah..." Dia mula dah! Drama pukul berapa pula ni.

"Ah sudah! Tiga-tiga tak matang. Cuba matang sikit? Kau, Marcus. Dua kali lima, tak boleh diharap." Kedua-dua mata Arzen memandang tepat kepada Marcus yang membuat tidak kisah. Orang lain yang buat aku juga yang kena!

Harvey tersenyum sinis. Namanya saja tidak yang masih belum disebut. Terpaling good boy lah katakan.

"Harvey kau pun sama! Dah tua bangka pun perangai macam budak-budak. Kalau tinggal kau orang bertiga lagi, tak tau lah apa pula yang jadi," leter Arzen lagi.

"Fine." Harvey membalas pendek sambil menghentak kaki.

"Arzen, singgah kejap mana-mana kedai makan. Aku lapar," pinta Marcus selepas suasana kembali tenang sambil mengusap lembut perutnya.

Arman dan Harvey juga memberi riak tanda setuju. Sudah lama tekak mereka tidak disajikan dengan makanan-makanan yang lazat.

Selepas setengah jam kereta tidak berhenti, akhirnya mereka tiba di depan restoran mewah 5 bintang. Dari luar saja sudah nampak seperti istana. Terdapat kolam ikan koi yang sungguh kelihatan cantik.

"Hola, bienvenido. Have a seat," ucap seorang pekerja restoran itu dengan sopan lantas mengiring mereka hingga ke meja makan yang menempatkan mereka empat orang. Mak aii, pelayan pun cantik!

Mereka pun menarik kerusi masing-masing sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi yang empuk itu. Suasana restoran itu memang kena dengan citarasa mereka. Tambah pula dengan iringan lagu Nothing's Gonna Change My Love for You dari George Benson yang sayup-sayup kedengaran.

Sambil tunggu pelayan datang untuk mengambil order, mereka mengambil masa untuk menyanyi lagu kegemaran mereka ketika dulu. Setiap kali hendak karaoke, pasti lagu itu yang menjadi lagu pertama mereka.

"Nothing's gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love." Marcus mula dengan rangkap ketiga sambil mengikuti rentak yang dimainkan.

"Nothing's gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you." Arman sambung dengan riak muka yang sangat menjiwai setiap lirik lagu itu.

"Harvey sambung!" arah Arman supaya lebih rancak.

"Can I call you baby?
Can you be my friend?
Can you be my lover up until the very end?
Let me show you love, oh, I don't pretend
Stick by my side even when the world is givin' in, yeah," sambung Harvey dengan muka tak bersalah.

"Itu lagu At my worst la."

"Salah tu salah." Marcus geleng kepala.

Arzen yang berada disitu hanya mampu bersabar dengan karenah mereka. Dia sudah malu untuk mengangkat muka apabila banyak pasang mata yang memandang mereka dari tadi. Gila. Mereka bertiga memang gila. Baik anak buah ataupun ketuanya. Semua sama!

Setelah beberapa minit disidai, akhirnya ada pelayan yang mengambil pesanan. di meja mereka.

"Can I have one Paella Valenciana?" soal Marcus sambil membelek-belek buku menu yang disediakan.  Semua makanan-makanan yang tersenarai adalah makanan-makanan Spanish yang mengimbau kenangan mereka ketika kecil.

"Make it two," pintas Arzen tanpa melihat menu. Dia malas mahu fikir.

"I want a Croquettes," pinta Harvey lantas menutup buku menu yang dipegang. Pekerja yang mengambil pesanan mereka hanya mengangguk sambil menekan sesuatu di tablet yang berada di tangan.

"Do you have Nasi Lemak here?" tanya Arman dengan selamba. Tiba-tiba dia teringat makanan melayu.

"Perangai lah. Mestilah tak ada. Nasi Lemak pun dia tak tau apa," bising Marcus dengan perangai anak buahnya itu. Makin tua makin bengap.

"Ada yang aku bunuh juga malam ni kang." Arzen bersuara selepas lama memendam.

"That's all miss," kata Harvey membuat kesimpulan. Biar Arman makan nasi lemaknya sendiri.

"Alright," balasnya pendek sebelum beredar dari situ.

"Main-main lagi. Makan lah nasi lemak kau tu." Mata Harvey memandang tepat kepada dada bidang Arman.

"Gila! Kau orang memang gila!" ucap Arzen tidak tahan dengan perangai masing-masing.

Mereka pun kembali senyap selepas mengambil pesanan. Salah seorang dari mereka pasti ada yang sedang memikir apa pula yang benda yang nak dibuat.

MARCUS DRAVENKde žijí příběhy. Začni objevovat