Bab 2

63 33 3
                                    

"Kau tak nak panggil bomba ke? Api dah merebak sampai tingkat dua. Kau nak mati rentung?" tanya Harvey kepada abangnya yang masih tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sementara, dia sudah beberapa kali batuk macam nak ke langit.

"Gila, tu pun nak tanya. Kau call lah. Kalau tak, you die i die lah kita," kata Marcus dari tingkat tiga. Api semakin mengganas.

Harvey gelabah mencari telefon di poket. Tersedar yang Iphone 13 pro maxnya tertinggal di dapur semasa melihat resipi biskut di Youtube.
Marcus sudah menyumpah seramahnya dari tadi kerana careless.

"Kau memang adik tak guna. Ikut aku." Kata Marcus sebelum memanjat almari yang berdekatan dengan tingkap. Walaupun ia agak sukar disebabkan asap yang semakin menebal tetapi dia tetap meneruskannya. Sampai di atas, dia memimpin tangan adiknya pula. Nak harapkan budak hingusan tu memang akan rentung mereka berdua disitu.

"Careful Harvey, tergolek macam nangka busuk naya je," kata Marcus lagi apabila melihat Harvey yang hampir terlepas dari genggamannya.

"Argh, tak boleh lah. Kau pergi je lah dulu. Tinggalkan aku," pinta Harvey yang sudah putus asa dengan asap yang masuk ke hidung membuatkan dia terbatuk-batuk.

"Kalau aku boleh, kenapa kau tak boleh? Pegang tangan aku kuat-kuat." Genggaman tangan mereka semakin kuat. Marcus sedaya upaya menarik tangan Harvey ke atas almari.

Akhirnya mereka berjaya. Marcus keluar perlahan-lahan dari tingkap diikuti dengan Harvey di belakang. Selepas itu, mereka panjat lagi sehingga menjejakkan kaki di atap rumah agamnya.

Mereka teruskan lagi dengan memanjat pokok besar yang bersebelahan dengan atap itu. "Macam monyet dah kita ni." Harvey bersuara. Marcus hanya mengangguk. Akhirnya mereka sampai di bawah. Baju sudah basah dengan peluh yang keluar.

"Wah salji Malaysia!" ucap Harvey gembira melihat debu-debu yang bertebangan dari rumah agam miliknya yang sedang terbakar.

Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang sedang meronta-ronta di tingkap. Harvey terkelip-kelip memandangnya. Disebabkan bilik itu gelap, maka ia kelihatan samar-samar. Makhluk hitam itu seperti melambai-lambai dari tingkap itu pula.

Harvey membalas lambaian tadi tanpa ada perasaan. Tangan kiri mencapai Glock-17 yang disisipkan di pinggangnya.

Bang!

Satu das tembakan terkena tepat ke arah tingkap kaca itu sehingga pecah. Makhluk hitam tadi sempat mengelak. Harvey yang ingin menembak sekali lagi dihalang oleh Marcus.

"Let them be, nanti mampos la tu," kata Marcus sambil memerhati ke arah tingkap itu.

"Jangan ingat aku akan lepaskan kau," ujarnya sendirian lantas menyimpan Glock-17 yang dipegang.

"Anyway, malam ni kita nak tidur mana?" Harvey bertanya selepas kagum melihat rumah agam miliknya hancur begitu saja.

Marcus hanya diam. Telefon di kocek seluar dikeluarkan. Nombor Arman ditekan satu persatu.

"Draven here. Please buy me a new mansion. Now," arah Marcus tanpa salam lalu menamatkan talian.

Arman yang merangkap sebagai penolong peribadinya hanya mengikut. Kerja yang mudah berbanding dengan sebelum ini. Bulan lepas, Marcus menyuruhnya membelikan satu pasaraya besar untuk kegunaannya. Betapa sukarnya dia menghalang seorang demi seorang masuk ke dalam pasaraya itu untuk Marcus. Tak cukup dengan itu, dia disuruh untuk membelikan beberapa pulau untuk kegunaannya pula. Sebagai kuli, dia hanya patuhi sahaja arahan majikannya. Asalkan gaji masuk setiap bulan.

MARCUS DRAVENUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum