Bab 16

27 19 0
                                    

Akhirnya helikopter yang mereka naiki mendarat di atas sebuah bangunan lama. Lega apabila tiada apa-apa buruk yang berlaku semasa dalam perjalan. Risau jika orang yang langsung tiada kaitan yang tercedera. Bukan boleh sangka permainan musuh-musuhnya.

Leher yang tidak gatal digaru. "Thank you sir."  Marcus bersuara selepas mereka semua sudah turun dari helikopter tadi. Chester hanya balas dengan menundukkan sedikit kepalanya. Canggung.

Sementara Harvey tidak berhenti mengipas mukanya yang sudah naik merah menggunakan tangan. Tambah lagi dengan tenaga Arman yang membantu mengipas tuan putera yang tidak diiktiraf itu.

"Per favore, vieni a casa mia stasera. C'è qualcosa di cui dovremmo parlare. (Sila datang ke rumah aku malam ini. Ada benda yang patut kita bincangkan.)" arah Chester biasa sebelum beredar dari situ. Kelihatan ada seorang gadis yang mengekorinya dari belakang dengan cepat.

Marcus yang menyaksikan situasi itu terus mengecilkan mata. Namun, dia tidak boleh mengecam kerana susuk tubuh itu sudah hilang dari pandangannya. Hanya bersangka baik, mungkin itu penolong peribadi Chester.

"So sekarang ni kita nak pergi mana? Nak tunggu malam macam lama lagi. Apa kata kita have fun dulu?" Arman memberi idea sambil mengangkat kening kanannya.

Harvey tersenyum nipis. Ini la masa yang ditunggu-tunggu. Marcus terpinga-pinga dengan isyarat mereka. Terus mereka berdua berjalan ke pintu keluar tanpa hiraukan Marcus disitu. "Tunggu lah aku!" Dia cepat-cepat berlari mengekori dua ekor beban dunia yang sudah maju ke depan.

***
"Happy Fun Park."  Papan tanda yang berada di pintu masuk dipandang sekilas. Harvey dan Arman tidak usah dikata, mereka yang terpaling teruja sehingga hilang dari pandangannya.

Suara jeritan manusia yang menjerit kuat membuatkan Marcus juga teringin untuk mencuba permainan-permainan yang mencabar disitu. Dia menuju ke gerai jualan tiket untuk bermain.

Arman dan Harvey sudah mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Tali pinggang keselematan sudah pun dipakai. Roller coaster itu akan bergerak pada bila-bila masa. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

Terasa seperti benda yang mereka dinaiki itu mula bergerak perlahan. Mereka dapat melihat pemandangan bandar Milan dari atas. Sungguh, ia menakjubkan. Arman mula mengenggam erat tangan Harvey semasa roller coaster itu mula turun ke bawah dengan laju.

"Arghhhhh!" Arman menjerit kuat mengalahkan perempuan di sebelah tempat duduknya. Tangan kirinya pula hampir mencengkam betis gadis disebelahnya itu. Muka mereka ketika itu amat mengaibkan.

Harvey hanya memejamkan mata sepanjang roller coaster itu bergerak dengan mengharap ini semua hanyalah mimpinya sahaja. Sakit di lengannya yang dicubit Arman tadi masih lagi berbisa. Setelah beberapa minit benda itu bergerak, akhirnya ia mula perlahan untuk berhenti.

Gadis di sebelahnya hanya menunduk dari tadi. Kelihatan seperti tidak gembira. Penghadang kesalamatan terus dibuka untuk keluar dari situ. Arman dan Harvey kehulur-kehilir mencari Marcus.

"Kau menangis eh?" soal Arman yang melihat lelaki dihadapannya menggosok kedua matanya dari tadi.

Harvey menggeleng kepala. Menyesal naik roller coaster tadi. Buat dia pening kepala sahaja. "Baik kita tunggu je dekat sini. Tempat ni besar sangat lah. Tak pasal boleh cabut kaki aku nanti," ujar Harvey sambil mengurut-urut kepalanya pula yang tiba-tiba sakit.

Selepas mereka termenung beberapa minit, susuk tubuh ketua mereka masih belum munculkan diri. "Aku ada idea!" ujar Arman dengan yakin.

Harvey hanya menunjukkan riak muka malas. Arman terus mencapai pen dan kertas yang berada di kaunter pertanyaan tanpa keizinan. Nama Marcus ditulis sebesar yang mungkin. Satu kertas untuk Harvey manakala lagi satu kertas untuk dirinya sendiri.

Mereka mengangkat kertas itu setinggi-tingginya sambil berjalan di sekitar 'Happy Fun Park' yang besar seperti tiada penghujungnya.

"Seriously? Apa function kita buat macam ni? Kau fikir orang sini kenal tuan muda kau tu?" soal Harvey sambil berlaga-laga dengan badan orang lain yang lebih besar darinya.

"Excuse me? One metre please."  katanya pula dengan selamba. Dia menggunakan bahunya yang tegap untuk menolak sesiapa yang mendekatinya.

Arman yang melihat Harvey seperti kuman ditengah laluan terus ditarik laju. Bimbang jika kaki lelaki itu hancur dipijak-pijak orang asing.

"Apa masalah kau? Boleh tak kau beri kerjasama? Kau nak balik ke tak nak sebenarnya ni?" Arman mula naik suara.

"Wah wah berani eh marah aku. Aku suruh abang aku potong gaji kau baru tahu." Mereka menjeling mata antara satu sama lain.

MARCUS DRAVENWhere stories live. Discover now