Bab 8

36 25 0
                                    

   Semasa Fayre fokus bercerita apa yang berlaku, tiba-tiba Marcus kembali dengan beberapa plastik makanan di tangan.

"Kau beli makanan ke buat makanan? Lenguh bontot aku tunggu kau." Revolver yang dipegang tadi terus dia sisipkan semula di pinggang.

"Kau keluarkan Revolver kenapa? Kita dekat airport sekarang. Cctv merata-rata," bisik Marcus kepada adiknya.

"Kisah pula. Aku tembak je la balik nanti," balas Harvey dengan confident yang datang entah dari mana.

"Abang, saya belum habis cerita lagi." Fayre bersuara sambil menggoyangkan tangan Harvey di sebelahnya.

"Takpe lah. Nanti la kau sambung." Plastik makanan terus dikoyakkan lalu dia memberi satu roti kepada budak perempuan itu.

"Abang hensem, saya nak shi-shi boleh? Tak tahan dah ni!" Kakinya terkepit-kepit menahan kencing.

"Shi-shi?" soal dua lelaki itu serentak.

"Saya dah tak tahan!"

"Macam-macam lah. Cepat sini. Terkencing dalam seluar nanti susah kau balik tak pakai seluar," terus Marcus memimpin tangan budak perempuan itu ke tandas lelaki. Bimbang nak biarkan budak itu seorang pergi ke tandas perempuan. Jika apa-apa terjadi, dia juga yang susah.

Pintu tandas barisan pertama dibuka. "Kau masuk la. Aku tunggu dekat depan pintu ni." Fayre terus masuk ke dalam tandas itu sementara Marcus menahan pintu itu dari terbuka.

"Abang, air paip ni susah la nak buka!" jerit Fayre dari dalam tandas.

"Kau pusingkan kuat-kuat. Cuba try lagi sekali," arah Marcus kepada budak itu selepas mengeluh.

Urgh!

"Saya dah cuba la abang. Ketat! Sakit tangan saya." Ujar Fayre lagi dengan kuat.

"Kau dah pakai seluar belum tu?" tanya Marcus meminta kepastian.

"Mestilah belum. Macam mana saya nak pakai seluar kalau belum basuh," jawab Fayre.

Marcus menepuk dahinya sendiri. Nak marah tapi kena sabar. Marcus terus masuk ke dalam tandas itu sambil mengecilkan mata. Dia memusingkan kepala paip itu sehingga air mula keluar. Terus dia keluar dari situ.

"Tak nampak apa-apa kan?"

"Aku tak pervert lah."

"Pervert tu apa pulak?" getus hati kecilnya.

"Abang!! What's wrong with your head?" Dia ternganga melihat kepala Marcus ada sedikit darah pada bahagian tepi.

"Nothing happen. Terkena sirap je." Marcus membuat  'peace.'

"Sounds fake but okay....Nanti balut kepala tu. I know it hurts." Fayre menjeling mata. Apa orang ingat budak kecil ni bodoh sangat ke?

Dia tak tahu ke orang yang dia tegur tu mafia? Setakat cedera kepala apa lah sangat. Macam gigit semut saja baginya.

"Tahu lah. Cakap macam orang tua. Kepala paip pun tak pandai buka. Pergi tandas pun nak kena teman, ada hati nak tegur orang. Puii," ejek Marcus setelah budak perempuan itu membebel kepadanya.

Ayaya benggali jual...

Getaran telefon terasa dipoket seluarnya lalu dia keluarkan. Kelihatan nama Arman tertera di skrin telefon. "Kau dekat mana? Aku ada dekat area lif ni." Arman bersuara.

"Aku baru keluar dari tandas. Pergi tempat asal kita tadi. Ada Harvey," jelas Marcus sambil memantau pergerakan Fayre yang sedang berlari-lari di sekitar kawasan itu.

"No one's there. Aku dah check tadi. Tak kan kau kencing sama-sama dengan Harvey. Itu pasal aku call," jawab Arman terus terang.

Talian terus dimatikan. "Peluk leher abang kuat-kuat." Marcus cepat-cepat berlari mencari Harvey sambil mendukung Fayre. Tangannya agak lenguh disebabkan tulang badan Fayre yang berat. Setelah beberapa puluh minit mancari, namun susuk tubuh Harvey masih belum ditemui.

MARCUS DRAVENWhere stories live. Discover now