Bab 13

31 21 0
                                    


Pulau yang sederhana itu mereka jejaki. Masing-masing sudah terlentang di tanah. Tak tahu nak ungkapkan betapa penatnya berenang selama beberapa jam.

Harvey masih kaku tidak sedar. "Tuan muda, Harvey macam mana? Aku rasa dia pengsan je ni. Peluru tak dalam sangat," kata Arman sambil membelek-belek badan Harvey jikalau ada mana-mana kecederaan lain yang dia tidak perasan.

Marcus bangun pergi ke arah adiknya. Betis lelaki itu masih ada darah yang mengalir. Tempat luka itu ditekan sedikit hingga menimbulkan urat dahi Harvey. Tak mampos lagi rupanya.

"Arman, kau pegang tangan dia kuat-kuat. Jangan bagi dia bergerak." Arman disebelahnya angguk. Kaki Harvey pula dikunci menggunakan kaki Marcus sendiri.

Mereka mula bekerja. Sesekali muka Harvey naik merah menahan kesakitan. Marcus cekap mengeluarkan peluru di betis adiknya.

Entah berapa lama masa diambil, akhirnya peluru berjaya dikeluarkan. Walaupun beberapa kali juga Marcus mengeluh kerana sukar membuat kerja sebegitu dengan alatan yang terhad. Betis Harvey sudah dibalut dengan daun yang dijumpai di sekitar pulau itu. Sekarang, cuma hanya tunggu dia sedar. Tak tahu la dia pengsan atau pun tidur sebenarnya.

Bunyi perut yang kelaparan meriahkan suasana. "Sounds like someone is hungry." Marcus ketawa kecil mendengarnya. Bahang muka Arman ketika itu.

"Sampai bila kita nak duduk sini ? Satu keperluan pun tiada." Cepat-cepat dia mengubah topik. Bintang-bintang dilangit menjadi tatapan mereka.

"I have no idea..." Malas nak fikir banyak. Dengan perut yang kosong dari pagi. Penat berenang tadi pun tidak habis lagi.

***

Jari-jemari mengetuk meja perlahan sambil memikirkan sesuatu. Sekejap mengangguk sekejap menggeleng.

"Sir, are you good?" soal pembantunya yang dari tadi tegak berdiri disebelahnya.

"Just fine. Bring me a cup of coffee please," pinta Chester kepada anak buahnya.

Hanya beberapa orang sahaja tahu cara membuatkan kopi yang menepati cita rasanya. Kerana, dia sangat lah complicated. Dia hanya minum kopi yang dimasak sendiri. Bukan 3 in 1 atau kopi serbuk yang sudah di proses. Maklumlah, tekak orang kaya.

Selain itu, dia juga hanya makan telur yang direbus selama 23 saat. Jika terlebih atau terkurang masak, ia terus dibuang terus ke dalam tong sampah. Tak mustahil lah ramai yang berhenti kerja kerana perangainya yang agak menguji kesabaran.

Kring!

Kring!

Kring!

"Ciao Mister Chester. L'aereo di Marcus è precipitato. Il corpo non è stato ancora trovato. (Kapal terbang Marcus terhempas. Mayat masih belum ditemui.)" lapor seorang anak buahnya di atas talian. 

"È impossibile per lui morire così facilmente. È astuto. (Mustahil dia mati semudah itu. Dia licik.)" Chester menidakkannya. Mana tidaknya kalau Marcus Draven ialah salah sorang orang bawahannya dahulu.

"Ho trovato dei frammenti ossei bruciati. Chi altro se non i tuoi studenti? (Saya telah menjumpai beberapa serpihan tulang yang rentung. Siapa lagi kalau bukan pelajar anda?)"  sambung suara di talian seakan-akan ingin mengejek.

"Stupido! È probabile che sia l'osso di un altro aereo. (Bodoh! Boleh jadi itu tulang pesawat lain.)"  Meja dihentak kuat. Talian terus dimatikan. Pembantunya yang sedang membawa kopi dari luar terkejut. Nasib kopi itu tidak terlepas dari genggaman.

Tok! Tok! Tok!

Lelaki tadi masuk ke dalam bilik kerja bosnya untuk menghantar secawan kopi yang dipesan dan beberapa kudap-kudapan kegemarannya.

"Enjoy your meal," kata lelaki itu sebelum beredar.

"Wait."

"Ya, sir?" Dia berpaling semula ke belakang.

"Sediakan helikopter. Aku nak guna petang ni," arah Chester senada.

"Alright sir."  Terus lelaki itu keluar dari bilik kerja bosnya untuk membuat kerja seperti yang diarah.

Pap!

"Auch! Sakitnya..." Dahinya diusap-usap perlahan selepas terhantuk pada bahu tegap seseorang.

"I...im so sorry, miss. Saya tak sengaja."  Berapa kali entah dia menunduk tanda maaf. Lelaki itu ralit melihat telefon untuk berhubung dengan bahagian atasan untuk mengurus tentang helikopter yang dipinta Chester sehingga terlanggar seseorang.

"Benda dah jadi, kita enjoy je lah. Anyway just call me Danisa. No miss-miss." Tangan masih tak berhenti mengusap dahi. 'Bahunya tajam betul! Sampai lebam dahi aku dibuatnya.' Mungkin akibat curi-curi dengar perbualan orang. Tuhan bagi cash terus.

"Okay. Sorry again miss. I...i mean Danisa." sambung lelaki itu lagi. Sudah terbiasa dengan panggilan itu pada pekerja-pekerja lain. Lagi-lagi dengan anak bos. Tak berani nak panggil nama. Rasa berdosa.

MARCUS DRAVENWhere stories live. Discover now