38

2.2K 76 7
                                    

"Nida ada cakap apa-apa dekat sayang?"

Adeena panggung kepala memandang wajah Zaim yang tiba-tiba membangkitkan soal Nida. Namun kepala digeleng jua memberi jawapan kepada Zaim.

"Ye ke?" Mengenali Nida seorang yang suka memberontak membuatkan Zaim tidak percaya dengan jawapan Adeena. Perasaan dia kuat mengatakan ada sesuatu yang terjadi antara isterinya dengan bekas isterinya.

"Iya!"

"Macam tak je." Duga Zaim.

"Saya cakap tak ada apa-apa maknanya tak ada apa-apa la. Abang nak jawapan macam mana lagi?" Soal Adeena sedikit tidak puas hati.

Zaim terkedu dengan reaksi Adeena yang sedikit memberontak. Adeena tidak pernah berkelakuan sebegini rupa. Sah! Something wrong somewhere. "Abang tanya sebab nak kepastian. Abang kenal Nida tu macam mana. Kalau Nida tu ada cakap yang bukan-bukan bagitau abang." Balas Zaim lembut.

Adeena memejam mata rapat sambil menarik nafas dalam. Ayat Zaim membuatkan dia sedikit cemburu. 'abang kenal Nida tu macam mana.' Ye lah orang yang pernah dicintai kan? Pernah hidup sebantal lagi. Mana mungkin tak kenal lagi macam mana. Ataupun sekarang masih lagi cinta.

"Tak ada. Nothing happen between us. Abang jangan risau lah. Kalau pun Nida tu nak cakap apa-apa pun apa je dia boleh cakap? You are mine! Bukan hak dia lagi. I bukan perampas hak orang walaupun dulu mati-mati I ingat I kahwin dengan suami orang." Balas Adeena sedikit beremosi.

"Atau abang sebenarnya masih sayang, masih cinta dekat dia? Sebab tu beria nak tahu pasal dia." Sambung Adeena tiba-tiba.

"Apa pula cakap macam tu. Cinta abang, sayang abang untuk awak je sekarang ni. Awak isteri abang. Bukan dia. Buat apa abang nak sayang and cintakan dia." Pangkah Zaim.

"Mana lah tahu, dulu kan cinta mati. Sanggup buat apa saja untuk dia tu." Perli Adeena. Bila teringatkan balik kisah lama sungguh hancur hati Adeena mengenangkannya. Bagaikan orang bodoh ikut je apa Zaim suruh. Takut sangat hilang Zaim.

"Sayang! Kisah lama tak perlu lah ungkit. Iya! Dulu abang bodoh dalam menilai. Tak nampak mana kaca mana permata." Balas Zaim membela diri.

"Boleh Deena tanya soalan?" Tiba-tiba Adeena menyoal.

"Aih sejak bila nak tanya soalan pun mintak izin ni?" Perli Zaim pula. Dulu aci redah je. Sekarang bukan main sopan pula ya.

"Sejak tiba-tiba jadi isteri you." Balas Adeena sarkastik. Geram ngat aih. Orang tanya elok-elok nak main-main pula.

"Aih sensitif betul sejak bawak Zaim junior ni. Tanya lah sayang. Sayang nak tanya apa pun tanya lah."

"Err.. " Adeena teragak-agak untuk bertanya soal itu. Patut ke tak patut eh dia tanya soalan tu? Tapi jiwa dia meronta nak tahu ni.

"Apa sayang?" Soal Zaim lembut. Tak boleh cakap kasar-kasar sekarang. Nanti salah nada sikit pun orang depan dia ni tarik muka. Macam-macam ragam orang mengandung ni eh?

"Ermm.. aaaa.. " Adeena menarik nafas dalam. Masih menimbang tara untuk bertanya atau tidak.

"Tik! Tok! Tik! Tok! Tik! Tok!" Zaim mengajuk bunyi dentingan jam menunggu Adeena bertanya. Soalan emas ke apa sampai lama sangat berpikir. Takut pula kitew!

"Ish! Sabar lah." Bentak Adeena.

"Okay! Okay! Tanya je lah sayang oi. Selagi you duk pendam selagi tu you tak puas hati kan? So shoot je lah. Selagi abang boleh jawab insyaAllah abang jawabkan."

"Hmm.. okay lah.. " Adeena menghembus nafas perlahan sebelum menyambung berkata-kata semula. "Kenapa abang bercerai dengan Nida? Apa punca korang bercerai? Bukan ke korang saling menyintai ke? Bukan ke Nida tu tak boleh hilang abang ke?" Haa tu dia, tadi bukan main payah nak keluar soalan tu sekarang bertubi-tubi dia serang Zaim. Zaim pula terkebil-kebil memandang Adeena. Tak jangka itu soalan yang Adeena ingin bertanya.

"Haa? Apa dia sayang?" Soal Zaim semula. Masih shock dengan soalan tiba-tiba Adeena.

"Ish! Tadi orang tanya bukan nak dengar." Marah Adeena. Tahu tak bukan senang dia nak tanya soalan tu? Dia dah berjanji dengan diri dia yang dia tak akan masuk campur urusan Zaim dan Nida tapi bila dia dapat tahu yang sebenarnya Zaim dengan Nida sudah bercerai menggelupur hatinya nak tahu kenapa.

"Sayang tanya kenapa abang bercerai dengan Nida tu? Ye lah korang dulu kan tak menyempat nak kahwin."

Gulp!

Kena setempek dengan Adeena.

"Ouh! Tak ada jodoh." Jawab Zaim senang.

Adeena menjeling Zaim tajam. Itu je jawapan dia bagi?

"Apa sayang? Betul lah. Jodoh kami sampai situ je. Nak buat macam mana lagi kalau dah Allah tetapkan jodoh kami hanya setakat tu je walaupun cinta mati macam mana sekali pun kami." Balas Zaim lagi cuba untuk mengelak daripada bercerita kembali punca dia bercerai dulu.

"Okay lah. Saya tahu tu hak abang. Siapalah saya ni kan. Taknak cerita pun tak apa. Saya okay." Ujar Adeena lalu bangun menapak ke dalam bilik. Geram! Sakit hati! Semua ada.

"Sayang!" Panggil Zaim.

Adeena tidak menghiraukan panggilan Zaim. Masuk saja bilik terus dikunci pintu bilik tersebut.

Zaim terkebil-kebil memandang pintu bilik yang sudah ditutup rapat malah pakej kunci sekali itu.

Aduh! Merajuk pula dah.

Masak!

Masak!






06062022

Happy reading everyone!

Demi kamuWhere stories live. Discover now