23

2.3K 81 6
                                    

"Kamu dari mana Haris? Dari pagi menghilang. Tup! Tup! Malam baru muncul." Soal Puan Zarina apabila kelibat anaknya baru kelihatan.

Haris hanya diam tanpa niat ingin menjawab soalan mamanya. Langkah kaki dibawa menuju ke biliknya.

Puan Zarina memandang susuk tubuh anaknya yang melangkah ke tingkat atas. Nak marah pun tak sanggup.

"You kemana?" Masuk sahaja ke dalam bilik itu soalan pertama yang Haris dengar.

Serabut!

Lupa ada penghuni baru di dalam biliknya itu.

"Haris!" Laung gadis itu apabila Haris menghiraukan pertanyaannya.

"Sampai bila you nak layan I macam tunggul?" Soalnya lagi. Ish! Geram. Susuk Haris yang mencapai tuala di penyidai didekati lalu ditarik tangan itu kuat agar memandangnya.

"Apa ni?" Marah Haris.

"Sampai bila you nak layan I macam ni?" Soalnya kembali.

"Sampai mati."

"I ni isteri you tau. Kalau macam ni you layan I buat apa you kahwin dengan I?" Soalnya geram.

Menyesal?

Tidak!

Haris senyum senget. "I tak hadap pun nak kahwin dengan you. You jangan buat-buat lupa sebab apa kita kahwin. You nak I ceritakan balik apa yang you buat sampai kita boleh kahwin? Meh sini I nak ulang balik apa yang you buat LAILA. YOU perangkap I. You cakap kita ada meeting dengan client di hotel sri Hartamas berkenaan projek Sri Mega.

And I? Percaya bulat-bulat cakap you. Sebab apa? Sebab projek tu sangat penting buat I. You tahu yang I tak akan tolak kalau client itu ingin adakan meeting so tercegak lah  I dekat hotel tu walaupun esok tarikh nikah I. Tapi I tak peduli sebab projek tu bagai nyawa I. Sangat penting sebab bos letakkan kepercayaan yang tinggi dekat I untuk uruskan projek mega. And then apa jadi? You masukkan sesuatu dalam air I. You dah siap orderkan awal-awal air untuk I. Kenapa? Sebab senang you nak buat kerja you. Lepas I dah tak sedarkan diri you panggil orang you untuk angkat I dalam bilik hotel. I pun bodoh sebab percaya je dekat you. Si Mona pun satu, dari I dekat pejabat duk mengekor I alih-alih dah sampai hotel menghilang. Bila dah kena tangkap eh muncul pulak dia depan bilik hotel tu. Hebat permainan korang. Berapa ribu you upah dia?"

"Tak! Tak! I tak upah dia. I tak tahu dia ikut you ke pejabat." Sungguh! Mona tak ada kaitan dalam rancangannya.

"Haris.. I buat semua tu bersebab.. " Air mata sudah bergenang ditubir mata apabila Haris menengking.

"Sebab apa? Sebab you tak boleh tengok orang bahagia. Mana maruah you sampai sanggup you buat macam tu? Mana Laila yang I kenal dulu?"

"I cintakan you. I buat semua tu sebab I cintakan you. You tak boleh kahwin dengan orang lain. You milik I. I tahu you nak kahwin dengan Deena pun sebab nak lupakan I kan?" Ngongoi Laila.

"Hahahaha! Hebatnya you. You ingat you bidadari syurga ke sampai I tak boleh lupakan you? Eh! I tak hadap la dengan perempuan yang tinggalkan I sebab lebih pentingkan diri sendiri."

Laila merupakan cinta pertamanya. Cinta zaman belajar. Lima tahun lebih mereka menyulam cinta tup tup putus ditengah jalan.

Sebab?

Sebab Laila lebih pentingkan kerjayanya. Laila minta putus kerana tak mahu LDR. Katanya hubungan LDR takkan kemana-mana.

Dia?

Kecewa?

Sangat!

Patah hati! Remuk redam hatinya ketika itu. Hampir 5 tahun dia merawat hatinya sehinggalah dia bertemu Adeena.

Bertemu Adeena bagaikan satu sinar baru yang menyuluh hatinya untuk melupakan yang dulu.

Bersungguh-sungguh dia ingin menghalalkan Adeena. Dia tak mahu tempoh percintaan yang lama tapi akhirnya begini pula jadinya.

"I mengaku yang I pentingkan diri dulu dan sampai sekarang I masih cintakan you. Sebab tu I tak sanggup tengok you dengan orang lain. Kita baiki hubungan kita ya?" Rayu Laila. Pertama kali dia berjumpa balik dengan Haris ketika dia masuk melapor diri ditempat barunya itu. Ketika itu hatinya begitu gembira kerana akhir dia jumpa juga dengan insan yang masih tersemat dihatinya. Sudah lama dia mencari Haris tapi Haris bagaikan hilang ditelan bumi.

Nombor telefon ditukar. Media sosial tidak aktif. Semua kawan-kawan Haris yang dia pernah kenal dulu pun tidak dapat membantunya bertemu Haris.

Disaat dia mendapat khabar bahawa Haris sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi hatinya liang libu. Dia fikir dia perlu bertindak. Jika tidak dia akan kehilangan Haris buat selamanya.

"Hati I bukan ada pada you dah."

"Tapi I pernah ada dalam hati you kan? So you boleh cintakan I balik. I taknak kehilangan you." Tangis Laila.

"Tunggu je lah surat cerai daripada I." Ujar Haris senada lalu melangkah keluar daripada bilik. Tidur bilik tetamu lebih baik.

"Nooooooo..... "












17/02/2022
Terajin lak... Haksss

Jangan lupa vote n komen ya.. pasal Adeena kita rungkai next update ye..

Byee...

Selamat membaca!

Demi kamuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang