5

2.2K 85 2
                                    

NIDA melangkah keluar daripada kereta Zaim lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berpaling lagi. Hati dia masih panas lagi dengan isu tadi.

Zaim tak sanggup tunggu dia?

Seriously?

"Kau kenapa? Awat muka macam ayam berak kapur je?" Tegur Ain rakan serumah Nida apabila Nida menghenyakkan punggung sebelahnya.

"Hmmm.. " Nida mengeluh perlahan tanpa menjawab pertanyaan Ain.

Ain memandang Nida pelik. "Eh! Dah kenapa? Selalu lepas jumpa bf muka berseri-seri, tangan tak pernah tak kosong. Hari ni tak keluar shopping ke?" Soal Ain lagi.

"Tak ada mood la."

"Wow! Jarang Nida tak ada mood nak keluar shopping. Apa dah jadi ni? Dunia seorang Anida sudah berubah ke?" Seloroh Ain. Dia memang kenal sangat dengan Nida ni. Dari first year masuk u lagi diorang berkawan sehinggalah kini sama-sama berada di tahun akhir.

Apa yang Ain boleh katakan ialah Nida ni memang kaki shopping. Asyik nak bergaya je memanjang. Dalam seminggu dua tiga kali tak jejak mall tak sah. Hidup macam orang ada-ada je tapi hakikatnya bukan lah orang senang sangat. Setahunya mak ayah Nida kerja kampung je tapi anak hidup macam mak ayah pegang title datuk datin.

Tapi Ain tak hairan la bila orang dah cantik boyfriend pun bukan kaleng-kaleng. Nak apa pau je dengan boyfriend. Boyfriend tak bagi scandal keliling pinggang boleh tolong support.

"Aku frust dengan Zaim." Jawab Nida setelah lama berdiam diri.

"Pelik ni. Si Zaim buat apa sampai kau nak frust bagai. Selalu kau tak pernah merungut pun kalau pasal Zaim. Kau selalu bangga je dengan Zaim tu yang selalu je ikut cakap kau." Soal Ain berminat ingin tahu.

"Dia tak sanggup tunggu aku weih. Panas betul hati aku."

"Tunggu? Nak tunggu kau buat apa?" Soal Ain terpinga-pinga.

"Zaim ajak aku kahwin.. "

"Hah? Bila?"

"Tadi."

"Bukan! Makud aku nak kahwin bila?"

"Entah lah. Zaim kalau boleh nak kahwin semester ni atau lepas aku grad nanti tapi aku taknak la." Terang Nida dengan nada tak inginnya.

"Elok la tu. Benda baik segerakan la. Kenapa kau taknak pulak?" Pelik betul Ain dengan perangai Nida. Keluar kehulu kehilir tapi bila ajak kahwin taknak.

"Aku bukan taknak kahwin tapi aku nak capai cita-cita aku dulu. Aku suruh dia tunggu aku dalam lima tahun je pun. Tu pun tak sanggup. Bukan aku suruh tunggu sampai sepuluh tahun." Terang Nida akan rancangannya.

"Wow! Lima tahun kut. Kalau aku pun tak sanggup. Dua tiga tahun pun aku pikir banyak kali nak tunggu ke tak. Ini pulak lima tahun beb."

"Kenapa pulak? Lama sangat ke lima tahun tu? Aku rasa kejap je kut."

"Gila kau tak lama. Dalam lima tahun tu macam-macam boleh jadi. Kalau kau kahwin sekarang pastu dapat anak dah sekolah pun anak kau tu."

"Hisy! Kau ni. Itu yang aku takmau tu. Aku kalau boleh taknak ada komitmen lagi. Aku nak bebas." Memikirkan kehidupan selepas berkahwin itu yang membuatkan Nida tidak sanggup untuk berkahwin lagi buat masa ini.

Ain menggelengkan kepalanya berkali-kali. "Habis tu macam mana? Kalau Zaim taknak tunggu kau sampai lima tahun ni apa hala tuju hubungan korang lepas ni? Putus?"

"Kau! Doa la yang baik-baik sikit. Taknak la sampai putus. Aku sayang Zaim tu." Marah Nida.

"Habis tu dah kau cakap Zaim taknak tunggu."

"Nanti la aku pujuk Zaim lagi. Nanti-nanti dia terpujuk jugak dengan kata-kata aku. Biar dia tunggu lima tahun lagi. Dia sayang aku kut." Ujar Nida bersahaja. Yakin benar yang Zaim akan terpujuk dengan kata-katanya.

Ain mencebik perlahan. "Yakinnya kau. Eh! Kau tak takut ke kalau-kalau nanti Zaim jumpa orang lain yang selalu ada untuk dia."

"Maksud kau?"

"Minggu lepas aku ada ternampak Zaim keluar makan dengan kawan baik dia tu. Apa nama eh? Syina? Diana?.. "

"Deena?" Pintas Nida terkejut.

"Haa Deena. Kau tak takut ke kalau kau biar Zaim tunggu kau lama-lama pastu nanti kasih dia beralih arah. Aku tengok si Deena tu pun selalu ada untuk Zaim. Ye lah kawan baik la katakan. Walau aku tak rasa yang Deena tu anggap Zaim sekadar kawan baik." Balas Ain.

"Kau nak cakap yang Deena tu ada hati dengan Zaim ke?"

"Pandai pun kau."

"Hisy! Zaim cakap diorang kawan je la." Sangkal Nida.

"Bagi Zaim memang la kawan tapi Deena? Kau tahu ke Deena anggap Zaim tu sebagai apa? Lagipun sekarang ni tak ada la lelaki dengan perempuan berkawan baik. Alih-alih salah seorang mesti ada simpan perasaannya." Jolok Ain membuatkan Nida tak keruan.

"Kurang ajar kalau macam tu. Dah tahu aku ni kekasih Zaim buat apa nak simpan perasaan." Panas betul hati Nida. Lagi panas bila tahu yang Zaim keluar makan dengan Deena tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

"Aku kena bersemuka jugak dengan betina tu. Dasar tak sedar diri." Sambung Nida lagi.

"Tak payah la. Buat apa nak jumpa perempuan tu?"

"Habis tu aku nak buat apa kalau tak bersemuka dengan dia? Aku nak ajar sikit biar dia tahu dengan siapa dia cari pasal. Haritu aku dah warning dia supaya jangan jumpa dengan Zaim lagi tapi alih-alih dia buat derk je dengan aku." Balas Nida tidak puas hati. Perempuat tu memang tak reti bahasa nampak gaya.

"Sama jugak kalau bersemuka dengan dia kali ni pun. Kau ingat dia heran?"

"Habis tu aku nak buat apa?"

"Alah kau ni, nak kata bangang cita-cita nak dapat gelaran doktor falsafah tapi yang ni pun tak boleh pikir." Tak teragak-agak Ain mengutuk Nida.

"Apa susah kau ikat la si Zaim tu. Kahwin dengan dia. Bila kau dah kahwin automatik kau boleh kawal si Zaim tu. Kalau kau tetap jugak nak suruh Zaim tunggu sampai lima tahun aku gerenti putih mata la kau nanti. Tengok la si Deena tu bersanding dengan Zaim." Sambung Ain sambil mengapi-apikan Nida supaya berkahwin dengan Zaim.

"Hisy! Kau ni. Kahwin jugak idea kau bagi. Tak ada idea lain ke?"

"Ikut kau la. Aku bagi cadangan baik punya tu. Kalau nak ikut silakan kalau taknak ikut bersiap sedia la kau say bye bye dekat Zaim tu. Lelaki ni bila dia dah nekad nak kahwin tak adanya dia akan tunggu sampai lima tahun bagai tu. Percayalah cakap aku." Ujar Ain lalu bangkit untuk ke dapur. Haus pula rasanya.

Nida mengusutkan rambutnya. Hisy! Serabut. Serabut.





Tbc
2509

Please support me by vote and comment.. Tq

Demi kamuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ