𝗘𝗣𝟮𝟭 | 𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗱𝘂𝗴𝗮

ابدأ من البداية
                                    

"Hm, nak apa ?" soalku acuh tak acuh.

Terasa perit pula diberi pandangan sebegitu rupa. Aku tak faham, dimana salah aku dalam hal ni. Padahal dia sendiri yang lupa pada janji.

"Sunbae, kami tertingal bas. Boleh tak nak tumpang sunbae pergi sekolah ?" Jeonhwa tersengih meleret mengerdipkan matanya berkali - kali.

Motor belakang ditundingku dengan wajah kaget.

"Naik motor ?" tanyaku.

Muat ke tiga orang ? Biar betul adik Jeonghan sunbae ni. Macam dah tercabut wayar je. Sebiji macam abang dia. Nasib muka tak ikut serupa, kalau tak memang aku keliru ini Jeonghan sunbae atau Jeonhwa sendiri.

Gadis itu laju menggeleng. "Eh, tak ! Kitorang nak tumpang kereta. Driver sunbae yang hensem tu ada lagi kan ?"

"Wonwoo ?" keningku diangkat. Jeonhwa ketawa mengangguk. Tetapi senyap selepas dicuit Hayoon dari tepi.

Jam tangan dipandang sekilas. 7:15 pagi.

Rasanya bas selalu bertolak jam 7:30, macam mana boleh terlepas ?

"Kau panggil je dia dekat dalam sana. Aku atau kau, dia hantar pergi sekolah. Tinggal suruh je"

Jawabku mengambil helmet kembali. Malas nak membantu Hayoon memandangkan dia sendiri yang melancarkan perang dingin ini dengan aku. Jadi jawabnya, buatlah sendiri.

Enjin motor dihidupkan sebelum sempat Jeonhwa menjawab balas.

Aku memulas minyak selepas menghantar jelingan tajam pada Hayoon sebagai tindakan terakhir. Menegaskan bahawa aku tak bersalah dalam hal kami semalam. Ikutlah apa yang dia mahu buat.

Bukan masalah aku lagi.

+×+

Termenung.

Aku termenung sendirian melontarkan pandangan keluar tingkap kelas mengelamun jauh. Bunyi bising pelajar lain berbual, bergurau senda sengaja dihiraukan.

Otak aku sekarang sedang penuh dengan satu persoalan rumit.

Adakah aku yang bersalah ?

Ah, teringat kembali pagi tadi dimana aku tinggalkan dia dan Jeonhwa di lama rumah sendirian menunggu Wonwoo walhal lebih mudah kalau aku yang memanggil Wonwoo keluar dari biliknya.

Siapa tahu mungkin Hayoon segan mahu berbicara dengan Wonwoo sendiri ?

Mungkin Hayoon tak mahu menyusahkan Wonwoo hantar dia ke sekolah jadi sebab itu dia ajak aku sekali naik kereta ?

"Oit ! Pakcik !!" sergah Hoshi menghempas buku ke atas mejaku.

Dadaku diurut terkejut. Mujur tak melatah tertampar muka dia saja. Kalau tak merasa sudah penampar Mak Leha aku ni.

"Ish, kau ni ! Main sergah macam tu je. Bagilah salam dulu" aku menggulingkan anak mata.

Hoshi mengerutkan dahi lalu menghenyakkan punggungnya di hadapanku. Mulutnya herot mengejek.

"Sejak bila kau alim macam Ustaz Joshua ni. Cuba bagitau aku ?" tegur Seungkwan ikut duduk di sebelah. Dokyeom mengangguk menarik kerusinya mendekati meja kami ikut berkampung.

Aku cuma mengendahkan pertanyaan itu kembali menongkat kepala memandang tingkap luar kosong.

"Oi, Mingyu. Kau okay tak ? Lain macam je aku tengok ni" soal Dokyeom.

Aku menggeleng. Tak mahu membuka cerita.

Mereka bertiga bertukar pandangan kelat. Risaukan mood aku yang sedikit berbeza pada hari ini.

"Mingyu, kau-

"Mingyu sunbae !!!" pintu kelas dihempas buka keras.

Kelihatan Jeonhwa sedang menunduk menelan air liur kelat setelah penat berlari jauh. Dia tercungap - cungap memegang dinding kelas meminta kekuatan untuk bersandar. Rambutnya kusut entah mengapa. Aku pantas berdiri merasakan sesuatu telah berlaku.

Sesuatu yang tidak elok.

"Mingyu sunbae, Hayoon. Hayoon, dia pengsan dalam kelas. Sekarang dia ada dekat bilik rawatan tak sedarkan diri lagi"

Bam !

Kata - kata itu bagaikan sebuah pukulan tepat ke dada ditembak. Aku terpempam seketika melihat Jeonhwa separuh mati kerisauan di depan pintu.

Tak pasti apa yang berlaku tetapi saat aku sedar, aku sedang berlari keluar kelas menghiraukan semua orang di pertengahan jalan. Otak tidak memberi arahan namun lincah saja kakiku ini membelok berlari ke bilik rawatan sekolah. Pelajar - pelajar yang ada di tengah laluan semua aku tepis tanpa rasa bersalah dan mahu meminta maaf. Kepala ini hanya memikirkan keadaan seorang gadis itu sahaja dan aku takkan berpaling hanya untuk sebuah perkataan tersebut.

Larianku dipantaskan selaju mungkin.

Pintu coklat yang merupakan pintu bilik rawatan dikuak buka tak menunggu sabar.

Tubuh lemah Hayoon yang sedang terbaring kaku di atas katil dipandang lama. Aku kaku di muka hadapan pintu tak mampu untuk melangkah lagi. Tak pernah aku lihat dia selemah ini dan inilah kali pertama ianya berlaku. Hatiku merundum jatuh melihat keadaannya sebegitu rupa.

Apa ? Apa yang telah berlaku sebenarnya ?

ㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Ada story di sebalik gambar ni.

Dokyeom nak tangkap gambar dengan Mingyu tapi Mingyu dah pergi so dia tangkap gambar dengan Seungkwan, Jeonghan. HOW DOES IT FEELS TO LIVE IN MY DREAM, KIM MINGYU ?

#hubae_nak_dk
#dk_nak_mingyu
#hubae_dendam_dengan_gyu
#seungkwan_asal_hensem_sgt?
#jeonghan_takde_kena_mengena

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن