"Sure." Syiraz memandang tepat ke arah anak mata aku. Hal itu membuatkan aku jadi sedikit gugup.

"Ace Louis tu, nama awak kan?"

"Yup. But don't call me that." Nada hujung ayat itu ditekankan agak sedikit tegas.

"But why?" Soalku ingin tahu. Kalau dulu aku bolehlah bersikap acuh tak acuh mengenai hal peribadinya.

"Sayang, sometimes its better to know nothing than know everything." Nadanya terdengar lunak walaupun berbaur amaran. Amaran agar aku tidak bertanya mengenainya dengan lebih lanjut.

"Ok then." Raut wajah aku bertukar cemberut. Agak kecewa dengan jawapan yang dikeluarkan oleh Syiraz itu.

Kenapa susah sangat nak bagitahu sebab. Nama je pun. Tapi bila difikir-fikirkan semula..

"I'm sorry.. Soon. Soon sayang, I will let you know. But not now. Not today." Terangnya. Dia seakan dapat mengagak apa yang sedang bermain dalam fikiran aku saat ini.

"Ok, takpa saya faham. Kita perlukan masa untuk kenal each others dengan lebih mendalam. Saya dan awak akan beri masa dan bila tiba masanya saya harap kita takkan sembunyikan apa-apa dari pasangan."

Syiraz mengoyakkan senyumannya. Tangannya naik mengusap perlahan-lahan kepala aku.

"Thanks Mia Bella."

Kepala diangguk perlahan. Rasa nak nangis tapi dalam masa yang sama Syiraz seakan memujuk hati aku. Berat sungguh dilema ini.

"Promise me, if anything happen you won't leave me." Jeda. Syiraz seakan sukar melontarkan setiap bait kata-kata itu.

"Please let me be the first person yang tahu apa jua situasi yang you hadapi and I will do the same too." Ikrar janji ne telah pun diikat mati bermula dari detik ini, milisaat ini dan pada hari dan tarikh ini.

"I will, Encik Suami." Senyuman kuukir walaupun tika ini aku dapat merasakan bahawa Syiraz sangat serious dengan kata-katanya itu.

"May I know, why Encik Suami?" Soalan Syiraz itu membuatkan aku terdiam menahan malu.

Kan dah cakap tadi jangan tanya. Nanti menyesal you dengar jawapannya.

"Tak tahu.." Haa kan dah cakap.

"Seriously? Hahahaha" Suara tawa Syiraz meledak.

Isterinya itu tak pernah gagal dalam mencuit hatinya. Wajah isterinya yang sedang tunduk menahan malu itu, membuatkan dia terhibur. Lucu. Comel.

Jari-jemarinya dibawa naik memegang dagu isterinya. Serentak itu, wajah merah merona isterinya itu membuatkan dia tergamam seketika.

Riak wajah isterinya itu membuatkan hati dinginnya cair. Cair dek kerana keindahan yang Allah ciptakan. Siapa sangka wanita dihadapannya ini ialah isterinya sendiri.

Tapak tangannya menutup seluruh wajah isterinya. Dia jadi tak keruan saat ini.

Hal itu membuatkan aku badanku kebelakang sedikit. Terlalu hampir tapak tangan suaminya itu pada permukaan wajahnya. Pelik.

Tadi kemain nak tengok sangat muka aku lepas tu ditutupnya guna telapak tangan.

"Aku keluar dulu. Kejap lagi kita balik." Syiraz berdiri lalu tergesa-gesa keluar. Pintu tertutup kuat sehingga membuatkan aku sedikit tersentak.

Kedua belah bahu diangkat.







Disebalik pintu.

"Kau kenapa? Muka pucat macam ayam berak kapur tu dah kenapa?" Soal Emiliano pelik ditambah dengan bunyi pintu yang ditutup kuat oleh Syiraz.

"Aku.. Aku.."

Mamat ne dah bertukar jadi gagap pula dah.

"Aku ternampak bidadari tadi."

Mendengar jawapan dari Syiraz membuatkan rahang Emiliano hampir terjatuh ke lantai. Bukannya dia tak faham siapa yang Syiraz maksudkan sebagai bidadari itu. Isteri dia sendirilah tu.

"Kau nampak ne?" Penumbuk diajukan. Geram dengan perangai pelik bin ajaib Syiraz.

"Sebelum penumbuk ne melekat kat muka kau tu, baik kau sign paper ne. Kang tak pasal-pasal kau bersanding dengan muka biru nanti." Ujar Emiliano lagi.

Syiraz mengurut belakang tengkuknya yang tidak gatal. Benar kata Emiliano tadi. Syiraz boleh bertindak diluar jangka bila ianya melibatkan isterinya sendiri.

Dari sedingin-dinginnya sifat manusia boleh menjadi secair ais salji bila berhadapan dengan insan yang dia sayang.

'Haram jadah punya kawan. Nampak bidadari macam nampak dinasour saja.' Bebel Emiliano seorang diri dan pastinya suaranya itu terdengar jelas dipeluput telinga Syiraz.

Jelingan maut dihadiahkan. Berani-beraninya Emiliano membanding-bandingkan isterinya dengan dinasour.

Jelingan Syiraz dibalas dengan sengihan kemudian Emiliano membuka langkah seribu untuk keluar dari bilik itu.

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue..

His Remedy of Life [OG]Where stories live. Discover now