Hi

Hi

Hi

Hi

Hi

Hi

Hi

Hi

Liur yang tersekat di kerongkong ditelan payah. Dada mula berdebar perlahan. Rasa tak sedap hati. Jauh sekali rasa berbunga.

"Errr... seram." Perlahan omelan Wareesa sebelum dia offkan data telefon. Tak mahu terus diganggu, telefon dimasukkan ke dalam tote bag.

Tiup bucu tudung, Wareesa dah sedia mahu bergerak ke universiti. Langkah diambil tenang keluar.

Keluar dari bilik, kebetulan yang sama Hayyan juga baru sahaja keluar dari biliknya. Tersangkut langkak kaki Wareesa. Mata pun dah bulat pandang Hayyan yang turut sama terkaku sepertinya.

Awkward. Krik krik.

Berdeham, Hayyan sambung tutup pintu. Sambil itu mata tak lepas pandang Wareesa yang seperti mahu cepat-cepat lari dari situ. Pasti gadis itu kekok.

Hayyan simpan senyum. Ikut hati yang terasa, dia mahu lari juga. Tapi, kenang dia tak mahu berterusan kekok dengan Wareesa, kaki dibawa saing langkah dengan gadis itu.

Kaku Wareesa. Langkah jadi kaku sendiri bila Hayyan ikut jalan di sebelahnya.

"Morning." Tegur Hayyan tenang. Wajah Wareesa diintai sekilas. Senyum kecil terbentuk tanpa paksa.

Wareesa kemam bibir sebelum tarik senyum janggal. Okey. Hayyan tak menjengkelkan tapi buat dia debar sendiri. Ehem.

"Morning." Balas Wareesa juga.

Diam selepas itu. Kaki sama-sama turun tangga. Janggal sedikit. Hayyan tenang tapi Wareesa sebaliknya. Sikit-sikit mata mengintai Hayyan yang tampak terlalu tenang. Tertanya sendiri. Siapa juga yang meluah rasa tempoh rasa?

Hayyan sembunyi senyum. Terasa Wareesa comel.

"Stop peeking, Reesa. Kau nak aku suruh move on ke tak ni?" Soal Hayyan dengan suara yang menahan tawa kecil dari terlepas.

Namun kalah. Tawanya terlepas. Semua gara-gara Wareesa yang terkaku dengan pipi yang dah makin memerah.

"Damn cute. Aku hantar kau pergi U okey?" Tawar Hayyan selamba. Seolah-olah ayatnya yang pertama tadi tak diungkap langsung.

Gelabah Wareesa. Dipuji kemudian tanpa tahan dipelawa pula.

"Eh, takpe. Aku pergi dengan Pak Cik Xiu." Tolak Wareesa. Gila kalau dia terima. Tak tahu berapa momen kekok antara mereka berdua yang akan terbentuk nanti. Minta simpang!

Hayyan senyum lagi. Kacak. Dan Wareesa yang lihat senyum itu terus ambil langkah besar menuruni tangga. Gila nak hadap Hayyan yang dah hantar rasa seram sejuk padanya.

This is not a butterfly-in-stomach's drill. Takde. Takde.

Langkah Wareesa yang berubah mendadak buat Hayyan gelengkan kepala. Takut sangat gadis itu dengannya.

"Jalan slow-slow. Jatuh nan--- Reesa!" Tak sempat nak habis kata, Hayyan dah menjerit kuat nama Wareesa. Langkah turun tangga pun jadi laju. Semata-mata nak tangkap Wareesa yang nak tersadung jatuh dari tangga.

"Arrghh!!!" Menjerit Wareesa bila rasa badannya ditarik graviti. Mahu jatuh.

'Bad day!'

Mata dah pejam rapat. Takut. Bersedia nak rasa sakit badan dek tergolek. Namun semuanya disentak sekelip mata bila terasa lengannya direntap kasar dari belakang. Dan ya. Laju dia tersembam pada satu tubuh sasa. Hayyan. Dia pasti.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Où les histoires vivent. Découvrez maintenant