𝗘𝗣𝟮𝟬 | 𝗸𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗹𝗱𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮

Start from the beginning
                                    

Aku menurun melutut mengutip kertas - kertss itu satu persatu.

16 Mei 2008

Mingyu ! Aunty dengan uncle gembira kamu dan keluarga balas surat kami. Siap bagi gambar juga. Syukur, kami sihat di German. Mungkin tak lama lagi perlu berpindah ke Australia. Nanti kami beri alamat baru pada kamu ya.

Ini ada gambar aunty, uncle dan Hayoon di tadika dia. Comel bukan ? Aunty ingat lagi kamu pernah kata kamu sukakan anak aunty. Jujur betul kamu waktu tu.

24 April 2015

Bonjour !

Maaflah, Heemin dan Gyuhyun. Terlambat pulak nak balas surat kamu sekeluarga. Mingyu macam mana ? Masih teringatkan anak dara kami waktu kali terakhir surat kami dibalas.

Alahai, tulus betul sukakan Hayoon ya ?

Kami kini di Perancis. Musim sejuk tiba jadi tak berapa sempat untuk keluar menghantar surat. Ini pun mujur ada masa yang boleh dicuri. Ah, ya ! Ini ada kami selitkan gambar di Menara Eiffel. Hayoon pula tak lama lagi bakal memasuki sekolah rendah. Teruja betul.

31 Januari 2021

Mingyu. Kami ada berita gembira !!

Hayoon cakap dia nak sambung belajar di Korea. Jadi, aunty dan uncle suruh dia menetap dia rumah kamu. Tak lama lagi dapatlah kamu berjumpa jodoh janji kamu tu. Jaga anak kami elok - elok ya.

Entah mengapa, tanganku terketar - ketar sendiri. Anak mata berkaca tak semena - mena. Semua ini gambar ini benar adalah gambar aku.

Jadi, selama ini dia masih kenal aku ?

Selama berbelas tahun aku pergi, dia masih tunggu aku ?

"Hayoon ?"

Mingyu terkedu di muka pintu saat pandangannya jatuh pada kotak merah di tanganku. Lelaki itu tergamam seribu bahasa tak mampu berkata - kata kemudiannya.

Aku bangun meninggalkan semuanya di belakang.

"Hayoon, sekejap !" tanganku dipaut saat aku berjalan melepasi tubuh tegap tersebut mahu meloloskan diri.

"Lepaslah !!" jerkah aku seraya air mata ini melorot jatuh.

Pautannya melemah. Wajahnya pucat seribu. Pasti dia sedang berdebat dengan akal fikirannya sendiri kini.

Aku ?

Entah kenapa aku beremosi begini. Tak tahu kenapa hatiku remuk memikirkan Mingyu yang setia menanti aku selama berbelas tahun tanpa jemu namun aku langsung tidak pernah mengimbas kepadanya.

"Hayoon, aku . . ."

"Gila. Hiks-" tanganku naik mengelap mata.

Mingyu terdiam kelu lagi. Tak dapat menghuraikan adakah aku sedang marah, sedih atau kecewa saat ini. Dahinya berkerut nipis.

"Sunbae dah gila ke percaya sangat dengan janji budak kecik ? Dah tak boleh berfikir dah ?"

Kepalanya menunduk takut. "Dah aku sukakan kau nak buat macam mana ?"

"Tak boleh nak bagitahu ke ? Asal sunbae tak ingatkan saya pasal semua benda ni ? Memang sengaja nak biar saya membodoh seorang ?"

Lelaki itu menggeleng. Air mata yang jatuh dilap kesat. "Sunbae-hiks. Sunbae okay ?"

"Hm ?"

Tangisanku semakin reda. Aku cuba untuk mengangkat kepala berhadapan dengannya. Rasa serba salah semakin menyerbu diri. Anak mata kami berbalas pandangan.

"Sunbae okay lepas apa yang jadi ? Sunbae marahkan saya ?"

Lambat dia menggeleng.

Jeda. Tangisan yang sebak tadi mulai terhenti. Mungkin sedikit lega melihat dia tidak menyimpan dendam. Tapi masih belum dapat menenang rasa benci pada diri aku sendiri.

"Saya nak masuk bilik"

"Hayoon, sekejap-

Aku terus mengorak langkah pergi sebelum sempat dia memaut tangan. Tak mahu memberikan kami ruang untuk berbicara lagi setelah apa yang berlaku.

Malu. Aku malu dengan dia. Malu dengan apa yang telah aku lakukan.

ㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤ
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

ㅤㅤㅤ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

how to become mingyu ( ≖ଳ≖)

𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁  |  𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now