Sedar salah kata, Waseem angguk. Sengih sekali lagi.

"Uncle Fauhad. Waseem dah telefon Uncle Fauhad dan uncle beri izin. Jadi... nak minta lah." Kata-kata terhenti. Sopan ibu jari tunding sedikit kepada Wareesa yang diam sahaja tanpa kata. Wajah pun tak diangkat. Malu lah tu. Macam biasa.

Pak Tam tak mahu masuk campur. Berdeham dan pandang hadapan sudah cukup. Biar sahaja Cik Zee yang beri jawapan. Tapi, sebetulnya masing-masing dah dapat jawapan. Pasti sahaja Waseem boleh Wareesa pergi. Kalau dah 'orang atasan' beri lampu hijau, siapa lah mereka ini untuk beri lampu merah.

Bahu Wareesa Cik Zee cuit perlahan. Wareesa pandang Cik Zee dengan dahi yang jelas berkerut. Mahu beri isyarat untuk Cik Zee tidak membenarkan. Dia tak sedia lah mahu keluar bersama dengan Waseem. Bukan dengan status tunangan. Dia segan! Dia malu!

Cik Zee hanya sembunyi senyum. Perlahan dia tolak Wareesa, menyuruh Wareesa ikut Waseem. Kesian anak muda itu menunggu sedari tadi. Tangan pun dah lap peluh-peluh di dahi. Gemuruh barangkali.

"Tak nak." Bisik Wareesa sambil kepala tertahan-tahan daripada menggeleng. Kalau Waseem nampak, mahu lelaki itu berkecil hati. Nak tunjuk kat Cik Zee, sengaja pula Cik Zee buat-buat tak faham. Malah makin galak tangan itu menolaknya untuk keluar dari kereta.

Ish! Cik Zee.

"Boleh, boleh. Cuma, jangan balik lambat sangat. Darah tengah manis."

Warissa pejam mata. Pasrah. Dengan nafas yang tertahan, Wareesa keluar dari kereta. Bantuan tangan Cik Zee juga.

Nampak lampu hijau yang diberi Cik Zee, terus Waseem senyum lebar. Wareesa yang dah berdiri di sebelah dia pandang bersama senyum yang melebar sehingga ke telinga. Tak peduli dengan dahi berkerut gadis itu. Jeling atas bawah gadis itu pun dia buat bodoh sahaja. Asal dapat Wareesa, benda lain dia dah tak peduli.

"Baik Cik Zee. Terima kasih. Pak Tam hati-hati ya bawa kereta."

Wareesa menjeling Waseem. Happy betul bunyinya. Tahu tak dia dah berdebar kat sebelah?

Berat hati Wareesa nak tutup pintu, tapi pasrah. Pintu kereta ditutup dan mata hantar pergi perginya Cik Zee dan Pak Tam dengan pandangan lama.

"Jom. Dah takde dah kereta tu." Ajakan Waseem dituruti tanpa kata. Terus kaki melangkah namun langkah mati terus bila terasa beg di sisinya ditarik perlahan. Menahan dia untuk terus mengatur langkah yang entah ke mana.

Wareesa toleh memandang Waseem. Lelaki itu senyum penuh lembut. Dan manis, semestinya. Buat Wareesa pening sendiri. Bayangkan lepas ni nak kena hadap senyum manis dia sepanjang hidup. Oh! Hukuman indah apakah ini?

"Yang."

Rama-rama terbang dalam perut.

"Kereta this way. Kita isyak dulu dekat masjid."

Dan lembut Wareesa diheret kemudiannya. Pasrah. Biar lah dia lemas dengan rama-rama terbang melata dalam perut ni.

WASEEM tarik handbreak tangan. Tanpa kata, kepala menoleh pandang Wareesa yang hanya diam pandang luar. Lama dia pandang cik tunang di sebelah. Tengok mata cantik itu gerak pandang sekeliling sebelum jatuh pada wajahnya, Waseem ukir senyum. Manis. Khas untuk cik tunang kita.

Eh. Cik tunang dia. Yang takde tunang, boleh duduk menangis dalam bilik air. Sekian.

"Dah sampai?" Soal Wareesa. Mata pandang luar kembali. Sengaja buat-buat tenang seperti dia tak nampak senyum manis Waseem kepadanya tadi. Betul lah. Senyuman itu boleh membunuh. Dan sebab Waseem, dah berapa kali dia terbunuh. Heh.

"Dah. Jom, turun." Ajak Waseem seraya tangan membuka tali pinggang keledar. Enjin dimatikan, pintu dibuka dan tunggu Wareesa di luar kereta.

Wareesa tutup pintu kereta sebelum Waseem dihampiri. Mata meliar pandang sekeliling. Banyak sangat kedai makan. Nak makan di mana dia pun tak tahu. Memandangkan dia hanya tukang mengekor, kita ikut sahaja lah keputusan si pemandu.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now