Terkumat-kamit mulut Wareesa. Baca doa supaya semuanya berakhir dengan cepat. Abang Food Panda cari dia satu dataran nanti, parah!

"Wareesa." Emir menyapa sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Wareesa.

Wareesa hanya senyum kekok. Dada mula berdebar bila teringatkan kata-kata Yara.

'He's a psycho. Be careful, Wareesa. Choose a wise word and act!' Wareesa ingatkan diri sendiri.

"Err, hi." Wareesa membalas. Tangan dia angkat sedikit, membalas sapaan.

Emir senyum. Wajah Wareesa ditilik. Cantik dan fresh!

"Lama tak jumpa. Reesa sihat?" Emir mulakan topik berbual. Kalau mengena, boleh dia makan sekali dengan Wareesa. Dia pun baru sahaja keluarkan duit dari akaun banknya. Memang salah satu plannya mahu belanja Wareesa makan.

Wareesa angguk.

"Sihat, alhamdulillah. Dah solat?" Soal Wareesa.

Emir senyum.

"Belum. Baru nak masuk solat ni. Wareesa dah solat? Kalau belum, jom masuk solat sekali. Abang boleh jadi imam." Emir menawar dengan ceria. Kaki dah mula bergerak untuk mausk ke dalam masjid. Tangan pun dah selamba pegang tote bag yang Wareesa pakai.

Wareesa panik. Terus dia sentak pegangan Emir pada tote bagnya. Kuat juga sampai berubah muka Emir.

Wareesa senyum kekok. Dahi digaru perlahan.

"Err... Saya dah solat. Awak masuk lah solat. Tak elok lambat-lambatkan solat." Ujar Wareesa. Tangan dah suruh Emir masuk ke dalam masjid.

Dengar kata Wareesa, teruss berubah riak wajah Emir. Wajahnya beku seolah-olah memang itu wajahnya sedari tadi. Tiada senyum. Pandangan mata pun dah kosong tanpa sinar. Lurus namun tajam menikam wajah putih Wareesa.

Melihat perubahan wajah Emir, Wareesa telan air liur. Mata pandang kiri kanan. Rasa takut mula menyerang namun bila fikir mereka di tempat awa, hati pujuk diri sendiri untuk bertenang.

'Dia takkan buat benda gila kat tengah-tengah ramai orang ni kan?' Bisik Wareesa sendiri.

"Emmm." Wareesa hilang kosa kata. Takut makin menguasai bila lihat Emir dah menapak rapat kepada dia. Spontan, langkah berundur ke belakang. Tak mahu rapat-rapat dengan Emir.

Makin Wareesa ke belakang, makin Emir melangkah ke hadapan sampai lah lelaki itu berjaya hentikan undurannya dengan menangkap tali tote bagnya. Tersentak Wareesa di situ. Muka tak payah cakap. Memang dah pucat. Tangan pun dah menggigil kecil.

Emir pandang Wareesa tak lepas.

"I have a good intention. Can't you see it?" Soal Emir. Suaranya dingin, sedingin wajahnya sekarang.

Wareesa telan air liur yang tersekat di kerongkong. Mata melilalu pandang kiri kanan. Perasn dah ada beberapa pasang mata yang memandang. Jengkel semestinya. Yalah. Depan masjid pun tak reti nak jaga adab.

"Tak nampak?" Soalan Emir buat Wareesa pandang semula wajah lelaki itu.

Cuba nampak tenang walaupun dah basu tenang dia, Wareesa ukir senyum kekok.

"Err, nampak. Tapi, saya cuma nak awak solat aje. Awak kata awak belum solat kan? First thing first. Yes." Wareesa tenangkan. Langkah dah ke belakang dan tangan sekali lagi merentap tote bag yang dipegang Emir. Silap hari bulan, lunyai tote bag dia ni.

Emir lepaskan pegangannya. Tangan dimasukkan ke dalam poket dan Wareesa dipandang tajam.

"Kalau abang pergi solat, will you wait for me?" Soalan maut.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें