Xaviera-74 (END)

149K 5.5K 4.9K
                                    

Lama Haider mendiamkan diri. Dia pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Mata yang tadinya memandang Haikal kini beralih ke Tengku Aryan. Meminta pandangan daddynya.

Tengku Aryan turut membalas pandangan dingin Haider dan kepala ditundukkan sedikit. Begitu juga dengan Ayyan yang turut menganggukkan setuju dengan Tengku Aryan.

Haikal tak bersalah. Dunia sahaja terlalu kejam untuk anak kecil itu.

"Suami kau tak tuntut Haikal ke?" Soal Haider.

"Awak tak payah risau tentang hal tu. Dia memang tak ambil kisah pun tentang kami." Balas Annisa dengan tangannya erat mengenggam tangan kecil Haikal.

"Kalau macam tu, tinggalkan Haikal dengan kami. Kami akan jaga dia." Tak tahu nak rasa apa, air mata mula bergenang di tubir mata Annisa. Biarlah hanya dia yang menderita di tangan Ferhad, yang penting Haikal selamat.

"Terima kasih." Ucap Annisa dengan air mata yang berjujuran.

Mata memandang kearah Haikal dan diusap lembut pipi tembam anaknya. Berat rasanya nak berpisah dengan Haikal tapi dia terpaksa.

"Haikal, lepas ni mama dah tak jaga Haikal. Mama nak pergi jauh sayang. Jadi Haikal duduk sini dengan uncle Haider tau."

"Mama nak pergi mana?" Soal Haikal dengan mata terkelip-kelip. Kelihatan juga bibir kecil itu sudah tersebek-sebek menahan tangisannya.

"Mama tak pergi mana-mana sayang. Mama cuma nak berehat je." Balas Annisa dengan lembut. Dia kuatkan hatinya untuk tak tumpahkan air mata di hadapan Haikal.

"Mama jangan nangis." Haikal menghapuskan air mata Annisa dengan tangan kecilnya. Sejauh mana dia nak tahan, air mata itu pasti akan mengalir apabila berdepan dengan Haikal. Hanya Haikal yang faham keadaannya.

"Mama tak nangis sayang. Jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan sesiapa pun dalam rumah ni." Pesan Annisa kepada anaknya.

Haikal hanya menganggukkan kepalanya dan badan terus memeluk tubuh Annisa. Annisa turut membalas pelukan anaknya. Dilepaskan semua tangisannya kerna ini mungkin pelukan terakhir mereka berdua.

"Haikal jangan sedih-sedih ya. Mama sentiasa ada dihati Haikal." Ucap Annisa lalu dia cium pipi Haikal bertalu-talu. Setelah menyampaikan pesanan terakhirnya, Annisa menyuruh Haikal untuk pergi ke pangkuan Haider.

"Sebelum saya pergi, sekali lagi saya nak minta maaf atas segala kesalahan yang saya dah lakukan terhadap keluarga ni. Minta maaf sangat-sangat terutamanya kepada Haider, Mummy, Daddy dan juga Ayyan. Tolong maafkan saya supaya saya boleh pergi dengan tenang." Pinta Annisa untuk sekian kalinya namun keluarga itu hanya diam. Tahulah dia bahawa mereka masih marah akan dirinya.

"Kalau macam tu saya pergi dulu." Pamit Annisa apabila dia rasakan kedatangannya hanyalah satu gangguan.

"Nisa." Belum sempat dia melangkah keluar, Haider memanggil namanya.

"Aku maafkan kau dan Viera dah lama maafkan kau. Dia langsung tak simpan dendam terhadap kau." Air matanya cuba ditahan. Setiap kali nama itu keluar dari bibirnya perasaan sebak pasti akan menguasai diri Haider.

Annisa tersenyum lega mendengar kata-kata itu. Kenapa dia terlalu kejam terhadap Xaviera sedangkan wanita itu sangat mulia.

Terima kasih Viera. Awak masih maafkan saya yang kejam ini. Semoga awak akan tarik saya masuk ke dalam syurga.

Dan selepas itu, Annisa terus melanjutkan langkahnya. Haikal yang perasan pemergian Annisa mula mengejar langkah mamanya.

"Mama!" Teriak Haikal dengan kuat.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now