Xaviera-18

76.7K 4.2K 743
                                    

Setelah Haider berangkat pergi, Xaviera hanya duduk di sofa ruang tamunya. Dia memandang kosong skrin television yang gelap gelita.

Dia tak tahu nak buat apa sekarang. Nak kemas rumah, rumah Haider kemas je dia nampak. Nak kemas bilik, biliknya pun taklah berselerak sangat.

"Nak buat apa ni?" kepalanya diletakkan di atas sofa lalu matanya memandang siling putih di atas.

"Kemas bilik Haider lah," idea itu muncul begitu sahaja, lagipun dia belum pernah naik ke tingkat atas. Dia pun nak lihat juga bilik suaminya.

Xaviera sudah berada di tingkat atas. Ada beberapa bilik di atas dan dia tak tahu yang mana satu bilik Haider.

"Yang mana satu bilik dia?" soalnya dengan bingung.

Nak tak nak dia terpaksa lah buka kesemua pintu bilik untuk mengetahui bilik Haider. Pintu yang berada dekat tangga tak dapat dibuka, kerna terkunci dari dalam. Dia penasaran nak tahu ada apa di bilik tersebut tapi dia takut pula kalau dia melampaui batas, Haider naik angin nanti.

Dia melangkah ke bilik sebelah. Tombol pintu dipusing dan pintu bilik terbuka. Xaviera menjenguk sedikit kepalanya melihat sama ada itu bilik Haider atau sebaliknya. Dia tersenyum apabila minyak wangi Haider masuk ke rongga hidungnya.

"Besarnya bilik dia."

"Nak kemas apa macam ni? Bilik dia dah kemas." Puji Xaviera apabila tiada benda yang patut dia kemas dan bersihkan. Terlalu rapi.

Xaviera menuju ke almari baju Haider dan sekali lagi dia tergamam dengan kekemasan isi almari tersebut. Dengan baju kemeja tergantung kemas ikut warna dan baju harian yang elok dilipat tanpa ada cacat cela.

"Dia susun sendiri ke ni?" rajin juga Haider nak kelaskan baju kemejanya mengikut warna.

Selesai dia meneroka almari baju, Xaviera menuju ke meja kerja dan belajar Haider. Disitu kelihatan sedikit tidak teratur.

"Kan elok macam ni, ada lah juga fungsi aku sebagai isteri." Buku-buku yang berselerak dikemas dan disusun ditempat asalnya.

Puas melihat meja tersebut, dia melihat ke tempat lain. Apa lagi yang boleh dia kemas?

"Itukann..." dia dekatkan dirinya ke arah meja kecil yang terletak elok di tepi katil Haider.

"Tak guna!" bingkai gambar yang berada di atas meja diambil. Geram sahaja dia melihat Haider menyimpan gambarnya dengan Annisa disaat mereka sedang mengikuti salah satu program yang diadakan.

Xaviera mengambil bingkai tersebut lalu dikeluarkan kepingan gambar itu lalu dengan perasaan yang geram dia koyak gambar tersebut.

"Tak guna!"

"Muka kau ni tak layak langsung ada di bingkai gambar, layaknya di bawah telapak kaki aku."

Kepingan gambar itu dipijak sebelum dia meninggalkan bilik suaminya. Puas sikit hatinya.

...

Penat rasanya badannya apabila seharian ini dia membersihkan rumah Haider. Tak banyak sangat yang perlu dibersihkan tapi entah kenapa badannya terasa sangat lenguh.

Viera memandang jam yang melekat di dingin dan kelihatan masa berlalu dengan sangat laju.

"Dah petang. Apa je aku buat sampai ke petang ni,"digaru keningnya yang tidak gatal. Terasa cepat sangat masa berlalu, tup tup dah petang.

"Mandi dulu lah baru tu buatkan makanan untuk suami." Apabila fikirkan perkataan suami membuatkan penat itu hilang begitu sahaja.

Seminit Xaviera masuk ke bilik mandi, Haider melangkah masuk dengan raut wajah yang kelihatan sangat penat. Masuk sahaja, dia mencari keberadaan isterinya memandangkan rumah itu kelihatan sangat sunyi.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now