Xaviera-50

79.6K 3.8K 856
                                    

Dari awal Xaviera naik teksi sehinggalah sekarang, air matanya tak pernah berhenti mengalir. Pemandu teksi yang membawa Xaviera juga hanya memandang pelik wanita itu dari cermin hadapannya.

"Cik, kita nak pergi mana ni ya?" soal pemandu tersebut yang menyedarkan Xaviera dari terus melayan perasaannya.

Xaviera terus mengusap air matanya dan badan ditegakkan lalu mata memandang kearah pemandu tersebut.

"Pakcik hantar saya pergi airport."Jawab Xaviera dengan sopan. Kerna terlalu melayan perasaannya, dia terlupa untuk memberitahu pakcik tersebut tujuan jalannya. Pemandu teksi tersebut hanya membalas dengan senyumannya dan perjalanan mereka pun kembali sunyi.

Kenapa kisah percintaannya harus begini. Banyak liku-liku yang perlu dia hadapi untuk bahagia bersama lelaki yang dia cintai. Kenapa setelah dia lama menunggu cinta Haider, ini yang dia dapat. Dia memang tak layak nak bahagia ke?

Satu sahaja yang dia mahu sebelum dia pejamkan mata untuk selama-lamanya dia nak kan cinta Haider. Dia nak kasih sayang Haider.

"Cik, pakcik boleh cakap sesuatu?" dari tadi lagi dia nampak wanita muda itu asyik menangis dan dia yakin ini mesti bergaduh bersama pasangannya sama ada kekasih atau suaminya.

Xaviera menganggukkan kepala dan diberikan satu senyuman kepada pakcik tua tersebut.

"Pakcik ni bukanlah nak masuk campur dengan urusan Cik tapi pakcik ada anak yang seumur dengan cik dan pakcik selalu bagi nasihat ni dengan dia." Tenang suara itu berkata.

"Pakcik selalu bagi tahu anak pakcik jangan terlalu banyak berharap kepada manusia, kerna perkataan dan hatinya mudah berubah tapi banyaklah berharap kepada Allah kerna perkataan Allah itu suci janji-Nya pasti."

"Pakcik minta maaf sekiranya apa yang pakcik cakap ini menguris hati Cik tapi kalau saat ini Cik dipatahkan oleh seseorang jangan bersedih."

"Kita masih ada Allah. Luah segala yang terpendam dihati Cik Insha-Allah, kita akan tenang." Ujar pakcik tersebut bersama dengan senyuman.

Pakcik tu benar. Dia terlalu berharap kepada Haider sehingga dia lupa ini semua hanyalah pinjaman daripada Yang Maha Esa. Dia terlalu memberikan seratus peratus hatinya kepada Haider sehingga dia lupa untuk dapatkan dulu cinta Allah.

"Pakcik terima kasih sudah sedarkan saya." Lebih sayu hatinya memikirkan betapa jahilnya dia ketika ini.

"Sama-sama. Ingat, kejar dulu cinta Allah barulah Allah dekatkan cik dengan hambanya. Seperti kisah cinta Nabi Yusuf dengan Zulaikha. Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, Yusuf menjauhinya tapi saat Zulaikha mengejar cinta Allah maka Allah datangkan Yusuf kepadanya." Sambung pakcik tersebut. Senang hatinya apabila wanita muda itu menerima nasihatnya dengan hati terbuka.

Tanpa mereka sedari destinasi yang dipinta oleh Xaviera sudah sampai. Lama juga mereka berbual sehingga perjalanan mereka terasa sangat singkat.

"Terima kasih pakcik. Ini sedikit daripada saya." Xaviera menghulurkan beberapa keping 50 ringgit kepada pacik tua itu.

"Ya Allah! Banyak sangat ni Cik." Segan pula mahu mengambil huluran tersebut walhal perjalanan mereka tidaklah memerlukan pembayaran sebegitu banyak.

"Saya ikhlas." Ujar Xaviera bersama dengan senyuman manis.

Lama pakcik itu memandang huluran tersebut sebelum dia menerimanya. Alhamdulillah rezeki.

"Terima kasih Cik. Semoga rezeki Cik semakin bertambah." Doa pakcik tersebut.

"Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih. Sebab pakcik dah tenangkan hati saya." Balas Xaviera.

Dan selepas itu mereka berdua berpisah dengan haluan masing-masing. Si pakcik yang pergi untuk mencari rezeki dan dia pergi mencari ketenangan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now