Xaviera-36

71.8K 3.8K 546
                                    

Dari jauh Annisa dapat melihat Emyr, Fathi dan Xaviera sedang bergelak ketawa. Dia tak boleh nak lihat Xaviera tersenyum bahagia macam ni. Kakinya yang tadi nak ke tempat lain terus sahaja ditukar laluannya menuju ke Xaviera.

"Ehem.. bahagia nampak, sampai satu dewan ni dengan bunyi ketawa kau." Kata Annisa dengan sinis.

Terangkat kepala mereka bertiga dengan suara yang sangat mereka kenal. Bibir yang tadinya tersenyum auntomatik hilang melihat wajah Annisa.

"Mestilah bahagia. Tak macam kau yang sibuk nak urus hal orang lain sampai kau tak reti nak bahagiakan diri sendiri." Balas Emyr dengan datar.

Annisa menjeling sahaja Emyr. Dia tak pedulikan dengan sindiran atau perlian tersebut.

"Tak sangka ada orang tu bahagia atas penderitaan orang lain. Perampas!" kata-kata itu dituju kearah Xaviera.

Xaviera yang mendengar sindirian tersebut terus menyandarkan badannya di kerusi lalu tangan disilangkan didada.

"Nisa benda ni dah berlalu lama. Haider pun dah terima semuanya dan dia pun dah lupakan kau, kenapa kau nak ungkit lagi? Dahlah, aku bosan nak bergaduh hal yang sama. Kau move on je lah, ya." Balas Xaviera dengan malas.

Annisa tergelak sinis.

"Kalau Haider boleh lupakan aku, aku pun boleh buat Haider lupakan kau dan lebih teruk lagi perasaan cinta dia akan hilang terhadap kau." Hilang sudah lemah lembut Annisa dalam percakapan. Siap panggil aku, kau lagi.

Mereka semua diam tak bereaksi. Tak faham dengan ugutan tersebut.

"Kau rasa apa agaknya reaksi Haider bila tahu tentang gambar tak senonoh korang berdua? Aku dengar lah kan, gambar tu diambil dan dirancang oleh mereka yang berhati busuk." Ujarnya sambil mata melirik ke arah Emyr dan juga ke arah Xaviera.

Nafas Xaviera sudah tak keruan. Annisa tahu tentang kebenaran gambar tersebut. Boleh hancur rumah tangganya kalau macam ni.

Emyr juga sudah mengetap giginya. Annisa betul-betul sudah mencabarnya. Annisa pula hanya menunjukkan muka selambanya. Tak rasa gentar pun dengan pandangan Emyr.

"Kenapa tegang sangat ni Emyr? Awak ke yang berhati busuk tu sampai tegang semacam ni?" Annisa semakin membuat rasa marah Emyr membuak-buak.

"Makin kurang ajak kau kan Annisa!" Fathi yang tak tahu apa-apa mula bersuara. Walaupun ada yang tak kena dengan mereka bertiga tapi cara Annisa sangatlah kurang ajar.

Fathi yang langsung tak tahu apa-apa memandang Emyr dan Xaviera yang sedang menunjukkan wajah cemas, risau dan takut terutamanya Xaviera yang kelihatan sangat pucat.

"Awak diam-diam je lah Fathi. Jangan lupa tolong kawan awak tu, takut mati je esok lusa." Pesannya sebelum dia pergi meninggalkan mereka bertiga. Puas sangat dia apabila dia berjaya balas perbuatan Xaviera. Tak sabar nak bagi rakaman tersebut kepada keluarga Haider.

"Perempuan ni makin lama aku tengok makin lain lah. Makin kurang ajar!" bebel Fathi tapi mereka berdua langsung tak dengar bebelan tersebut. Masing-masing terkejut dengan apa yang baru berlaku.

Haider yang baru tiba terus sahaja duduk disebelah isterinya.

"Kau kenapa?"

Kedengaran keluhan berat keluar dari bibir Xaviera dan dengan perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya kearah Haider. Senyuman manis cuba diukir walaupun fikirannya ketika ini sangatlah serabut.

"Awak dari mana? Kenapa lambat sangat datang?" soalnya dan dia cuba maniskan muka untuk suaminya.

"Aku ada hal tadi." Balasnya dengan mata masih lagi memandang wajah isterinya. Ada yang tak betul dengan raut wajah Xaviera begitu juga dengan Emyr dan Fathi. Kedua-duanya kelihatan sangat tegang.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now