Xaviera-60

81K 3.8K 146
                                    

Sepanjang mereka berjalan di sekitar lapangan terbang, pasangan tersebut menjadi perhatian disebabkan ikatan yang menyatukan mereka berdua.

Terpaksalah Xaviera tundukkan pandangannya apabila dia malu menjadi tatapan orang ramai.

"Haider, lepaslah! Sakit tau tak tangan saya." Pinta Xaviera dengan kepala masih lagi tertunduk.

Namun Haider hanya diam seribu bahasa. Dia tak kisah pun jadi tumpuan orang ramai. Peduli lah apa yang nak dikata, yang dia tahu Xaviera dekat dengannya.

"Suka betul paksa-paksa orang." Rungut Xaviera dengan perlahan. Ini kalau Haider lepaskan ikatan di tangan mereka memang dia pecut larikan diri.

"Jangan merungut Viera. Tempat isteri sepatutnya di sebelah suami." Balas Haider tanpa nada. Dia dengar rungutan isterinya.

"Tapi sakit lah Haider!" Xaviera masih cuba untuk meminta ikatan tersebut dibuka. Tak tahulah ikatan apa yang Haider gunakan sampai dia tak mampu nak leraikan.

"Sakit dekat mana?" Soal Haider dengan kaki berhenti melangkah.

Xaviera tak menjawab namun dia menujukkan pergelangan tangannya kearah Haider. Haider menilik kawasan tersebut dan kelihatan sedikit merah.

Haider melonggarkan ikatan tersebut lalu dilabuhkan satu ciuman di tempat yang sudah bertukar merah. Terkejut Xaviera dengan perlakuan sedemikian. Dia suka tapi dia tak nak tunjuk depan Haider.

"Masih sakit ke?" Soal Haider dengan pandangan redup.

Xaviera menggelengkan kepalanya lalu bibir bawah digigit menutup senyuman kegembiraannya. Haider tahu Viera nak senyum tapi malu-malu. Dan akhirnya, Haider hanya membiarkan isterinya berangan sendiri.

Setelah beberapa jam mereka mengharungi perjalanan, akhirnya pasangan suami isteri tersebut selamat tiba di rumah yang sudah berbulan lamanya ditinggalkan.

Sepanjang perjalanan, Haider perasaan Xaviera hanya tidur dan langsung tak pernah mencelikkan matanya.

Haider perlahan lahan mengangkat badan Xaviera masuk kedalam rumah. Kaki menaiki satu persatu anak tangga dan apabila tiba dibilik tidur mereka badan Xaviera diletakkan dengan lembut.

Tangannya sibuk membuka lilitan tudung yang membaluti kepala Xaviera. Ditenung wajah bersih yang sangat dia rindukan. Tak disangka mereka berdua dipertemukan di Sabah.

Dia berterima kasih kepada Tengku Faiza yang sudah merancang percutian mereka ke resort tersebut. Kalau dia tak ikut, memang sampai bila-bila dia tak akan jumpa isterinya.

Haider melabuhkan satu ciuman di dahi Xaviera sebelum dia masuk ke bilik mandi membersihkan diri.

Setelah siap mandi dan menukar pakaian, Haider naik diatas tilam dan tangannya diikat seperti tadi. Dia mahu dekat dengan Xaviera selama-lamanya.

Mata yang sememangnya sudah memberat mula dipejam dengan erat. Dengan perlahan-lahan Haider sudah masuk kedalam mimpi indah.

Entah berapa lama mereka berdua tidur, Xaviera terbangun dari lenannya apabila dia seakan hendak membuang air kecil.

Dia bangun dari tidurnya dan dengan tergesa-gesa dia hendak menuju ke bilik mandi namun badannya terdorong semula kearah Haider. Baru dia perasan tangannya masih berikat dengan tangan Haider.

"Aku dah lah nak terkencing ni, masa begini pula dia nak berikat bagai." Rungut Xaviera dengan wajah yang sudah menahan.

"Haider!" Kejut Xaviera dengan kuat. Digoncang bahu Haider dengan kuat apabila suaminya langsung tidak memberi sebarang reaksi.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now