Xaviera-62

74.1K 3.8K 811
                                    

Awal pagi lagi Haider sudah bangun menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Gembira hatinya Xaviera sudah seperti dulu, yang melayannya dengan lembut dan yang paling dia rindu adalah pandangan wanita itu yang penuh dengan cinta.

"Awak masak apa tu?" kata Xaviera dengan ceria. Dari atas dia dapat menghidu aroma masakkan suaminya.

"Awal bangun? Dah sembuh ke?" bukan menjawab soalan, malahan dia mengutarakan soalan kepada isterinya yang sedang memeluk pinggangnya.

"Awak tu pun kenapa awal bangun? Dah sembuh ke?" soal Xaviera balik.

"Saya lelaki, setakat demam macam ni tak ada masalah lah." Mendabik dada Haider dengan kekuatannya melawan demam biasa.

"Tapi rasanya semalam ada orang yang merengek tak tahan pening. Siapa tu eh?" sengaja Xaviera mengetuk dagunya memikirkan perangai kebudak-budakan Haider. Dah lah dua-dua demam, Haider lagi yang meragam. Terpaksalah Xaviera menjaganya semalaman.

Tersengih Haider dengan sindiran Xaviera. Badan dihadapkan kearah isterinya lalu pinggang ramping itu ditarik dekat dengannya.

"Dah tak demam ke?" soal Haider dengan tangan melekap di dahi Xaviera dan kali ini dia serius.

"Tak, sebab semalam kan penawar terbaik ada disebelah saya. Jadi saya dah sembuh seratus peratus." Balas Xaviera dengan kening dinaikkan keatas.

Tersenyum Haider melihat wajah comel Xaviera. Bibirnya mencium pipi lembut Xaviera dengan penuh kasih sayang.

"Tambah sembuh lah kalau macam ni." Jari bermain di dada bidang Haider dan kelihatan sedikit gedik disitu.Tergelak Haider dengan kegedikan Xaviera. Jarang isterinya gedik-gedik dengan dia.

"I miss you Viera." Sayu sahaja suara itu menyatakan perasaannya.

"Saya kan dah ada depan awak. Nak rindu kenapa?" Xaviera melawan pandangan redup Haider.

"Tak tahu tapi aku rindu sangat dengan kau."

"Lepas ni awak mesti belajar supaya dah tak rindukan saya lagi."

"Kau nak tinggalkan aku lagi ke?" Xaviera hanya memberikan senyuman yang paling manis kepada Haider lalu bahunya diangkat menandakan dia pun tak ada jawapan untuk soalan tersebut.

"Viera, janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku lagi." Haider menaikkan jari kelingkingnya dihadapan Xaviera. Kenapa dia tak sedap hati dengan kata-kata mendadak Xaviera.

Tergelak kecil dia melihat perangai budak-budak suaminya. Xaviera menyatukan jari kelingkingnya dengan jari Haider. Layankan jelah perangai tak matang Haider ni.

"Janji tau! Kalau kau mungkir janji, siap nanti aku makan kau." Ugut Haider dengan tegas. Xaviera hanya menerima ugutan tersebut sebagai satu benda yang lawak.

"Kalau awak makan saya, saya makan lah awak balik." Ugut Xaviera bersama dengan senyuman nakalnya.

"Menarik, jom.." Haider terus mengangkat badan Xaviera lalu dia berpusing disekitar dapur sehingga terdengar jeritan kecil Xaviera.

...

Sudah beberapa hari sejak Haider meninggalkannya sendirian di Sabah, lelaki itu langsung tak menghubungi dia.

"Dah jumpa bini pertama, terus lupa aku." Marah Annisa lalu telefon yang berada ditangannya dibuang diatas katil.

Dari semalam dia menelefon Haider namun lelaki itu langsung tak mengangkat.

"Arghhh!" teriak Annisa dengan suara yang tertahan. Nanti teriak kuat-kuat kena serangan jantung pula Tengku Aryan.

"Kenapa lah si Viera tu tak larikan diri dekat luar negara? Menyusahkan je lah." Sebal Annisa dengan madunya tu.

 HAIDER LUTHFAN Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt