Xaviera-29

76.7K 4.4K 1K
                                    

"Kalau aku tak dapat Haider, kau pun tak akan dapat dia Annisa. Biar kita mati sama-sama!" Annisa sudah cuak apabila dia turut ditarik bersama. Dia tak pandai berenang, macam mana kalau dia mati lemas..

Seperti yang dia jangka, dia tak mampu nak berenang selamatkan diri. Tak tahu kenapa badannya seperti ditolak kuat oleh arus sungai. Rasanya tadi arus sungai tenang sahaja kenapa boleh berubah ganas seperti ini. Dia sudah terkapai-kapai. Sekejap kepalanya timbul dan sekejap kepalanya tenggelam. Aturan nafasnya juga sudah menjadi berat dan pendek.

Xaviera langsung tak selamatkan diri. Dia biarkan sahaja dirinya tenggelam dan dibawa arus sungai. Tak ada gunanya dia selamatkan diri. Semua orang tak inginkan dia ada di atas muka bumi ini.

"Viera, kau gila ke? Kenapa nak bunuh diri? Aku penat-penat dah jaga kau, kau boleh nak tinggalkan aku sendiri!"

Bebelan kakaknya mula menyedarkan dia. Dia dulu pernah nak akhiri hidupnya namun dihalang oleh Luthfia.

"Tolong! Tolong!" kedengaran suara seseorang meminta tolong.

Xaviera yang mendengar suara itu terus timbulkan dirinya dan dia berenang kearah Annisa yang sudah terkapai-kapai melawan arus sungai.

"T-tolong!" Annisa sudah kehabisan tenaga dan dengan perlahan-lahan badannya mula tenggelam namun sempat dipaut oleh Xaviera.

Kedalaman air sungai tersebut boleh dikatakan dalam dan boleh membahayakan nyawa seseorang yang tidak pandai berenang dan untung sahaja Xaviera masih ada hati untuk selamatkan Annisa.

Xaviera memaut pingggang Annisa dan dengan kudrat yang dia ada, dia membawa Annisa keluar daripada sungai tersebut dan berharap ada orang yang melihat mereka.

Aisyah kebetulan yang ingin mencuci mukanya menggunakan air sungai sudah tergamam melihat keadaan dua orang pelajar perempuan yang sedang bertarung menyelamatkan diri mula menjerit meminta tolong dari pelajar yang lain.

"Tolong! Ada orang lemas!" teriak Aisyah dengan kuat dan sepenuh hatinya.

Nasib sahaja jeritan itu mendapat perhatian dari pelajar lain dan mereka bergegas menuju ke tempat Aisyah termasuklah Haider.

Aisyah berdiri di celah-celah batu untuk membantu Xaviera yang sedang kepayahan membawa Annisa ke atas.

Tangannya dihulur kearah Xaviera dan wanita itu membawa badan Annisa meminta agar Aisyah menaikkan terlebih dahulu Annisa keatas dan memberikan bantuan pernafasan memandangkan Annisa sudah tidak sedarkan diri.

"Ya Allah, Annisa...." terkejut dia melihat mangsa lemas itu ternyata Annisa kawannya.

Haider yang mendengar nama tersebut terus berlari kearah kuruman orang ramai. Jelas dia terkejut melihat keadaan Annisa yang sudah basah kuyup dan wajah itu juga sudah bertukar pucat.

Haider terus membuka jaket yang berada dibadannya lalu diletakkan dibadan Annisa menutupi badan wanita itu.

Xaviera yang jelas kepenatan hanya mampu mengeluh berat. Tiada yang peduli dengannya.

Emyr dan Fathi tak menuju ke tempat Annisa melainkan mereka pergi kearah Xaviera yang masih berada di bawah.

"Viera..." panggil Emyr. Xaviera yang tadinya menunduk menghilangkan penatnya mengangkat kepala apabila namanya dipanggil. Bibirnya tersenyum kecil melihat wajah risau Emyr dan Fathi.

 HAIDER LUTHFAN Donde viven las historias. Descúbrelo ahora