Xaviera-32

81.4K 4.2K 1.3K
                                    

Dari pagi sampailah ke saat ini, Haider dan Xaviera asyik berkepit sahaja dan membuatkan hati Annisa sakit. Dia cemburu dengan kemesraan mereka berdua.

Hari ini adalah hari terakhir mereka berada ditempat perkhemahan ini dan kebanyakan pelajar sudah mula mengemas barang-barang mereka memandangkan tengah hari nanti mereka akan berangkat pulang.

"Nisa, Haider dengan Xaviera tu ada apa-apa ke?" tanya Nurul yang dari tadi penasaran dengan hubungan mereka berdua.

"Kawan je kot. Awak bukan tak tahu Viera tu semua dia nak kawan dengan lelaki."

"Takkanlah kawan mesra macam tu. Dah macam suami isteri kemesraan mereka berdua." Ujar Nurul dengan mata masih setia memandang kearah mereka berdua.

Annisa hanya diam sahaja. Takkanlah Haider dah lupa dengan dia. Kalau dulu bukan main kata nak perjuangkan cinta mereka.

"Tak sangka pula Haider ni kaki perempuan. Kemarin lain, hari ni lain pula.." gumam Nurul tapi masih sampai di telinga Annisa.

"Apa maksud awak?" sepertinya ada maksud lain dengan ayat Nurul.

Nurul mengemamkan bibirnya tanda dia sudah terlepas cakap. Sebenarnya Annisa tidak tahu bahawa Haider ada bagi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan kalau Annisa tahu pasti wanita itu akan marah.

"Awak ada sembunyikan apa-apa dari saya ke Nurul?" kedengaran seperti suaranya mendesak meminta Nurul menjelaskan apa yang dikatakan tadi.

"Sebenarnya..." garu kepala dia. Dia tak tahu nak terangkan macam mana.

"Sebenarnya apa Nurul?" Annisa sudah tidak sedap hati ditambah lagi dengan riak wajah Nurul yang seperti ketakutan.

"Masa awak lemas, Haider yang bantu awak. Dia bantu pernafasan..." sesak dada Annisa apabila dengar cerita Nurul. Bantu pernafasan? Maksudnya Haider dengan dia..

"Kenapa awak tak halang Nurul?" bergenang air mata Annisa ketika ini.

"Kalau saya halang, awak mungkin dah tak ada Annisa." Ujar Nurul.

Annisa tidak menerima hal tersebut. Lepas apa yang Haider dah buat, boleh pula dia berbaik dan bermesra dengan Xaviera. Dasar lelaki!

Dia menuju ke tempat dimana Haider berada.

"Haider!" panggil Annisa dengan nada marah.

Panggilan itu membuatkan Haider dan juga Xaviera memandang kebelakang. Ada Annisa yang sedanh mendekati mereka bersama dengan muka yang berkerut menandakan dia sedang marah.

"Kenapa?" pelik sahaja Haider dengan wanita ini.

"Awak boleh tanya kenapa setelah apa yang sudah awak buat dekat saya?" Annisa menyoal balik lelaki tersebut.

Untung sahaja kedudukan mereka jauh dari pelajar lain dan ini adalah masa dan tempat untuk mereka bertiga berbicara mengenai hal tersebut.

"Apa masalah kau ni? Datang-datang nak marah suami aku." Bingung pula Xaviera dengan Annisa ni.

"Kau diam!" panggilannya juga sudah berubah. Tiada sudah adab Annisa yang mereka banggakan.

"Kau siapa berani suruh dia diam?" kali ini Haider membela isterinya.

Tersenyum sinis Annisa apabila melihat Haider sudah pandai membela Xaviera. Tak guna punya lelaki.

"Lepas apa awak dah buat dekat saya semalam, boleh pula awak bermesra dengan dia." Sindirnya dengan pandangan sinis.

"Aku buat apa?" dia tak ingat apa-apa pun selain memorinya bersama dengan Xaviera.

"Awak nak pura-pura lupa pula. Kenapa awak bagi saya bantu saya dengan cara macam tu?" soal Annisa yang membuatkan Haider terkedu.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now