Xaviera-22

81.3K 4K 583
                                    

Keadaan mereka berdua menjadi dingin yang dicetuskan sendiri oleh Haider. Haider membuatkan hubungan mereka semakin menjauh dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah menjadi pendiam. Xaviera nak tegur pun jadi.

Bila Xaviera di dapur, Haider buat-buat sibuk di ruang tamu. Walaupun ada peluang untuk mereka bertembung, Haider cepat-cepat larikan diri agar dia tak bersemuka dengan isterinya.

Xaviera yang sudah siap masak maggie keluar bersama dengan mangkuk besarnya. Keluar sahaja dia dari ruang dapur, dia terserempak pula dengan Haider yang kebetulan nak masuk.

"Maaf!" ujarnya dengan perlahan. Dia tak tahu pula Haider nak turun jam sebegini. Selalunya, lelaki ini terperuk sahaja didalam bilik.

Haider juga terkejut dengan kemunculan Xaviera dan tiba-tiba  dia rasa malu apabila teringat dengan kejadian semalam. Automatik Haider  memegang lehernya apabila mata mereka bertembung secara tak sengaja.

"Awak nak saya buatkan kopi ke?" soal Xaviera. Dah jam 10 malam, tapi Haider masih berlegar-legar pula di tingkat bawah.

"Tak payah! Aku nak minum air kosong je," balas Haider dengan datar.

Xaviera menganggukkan kepalanya dan selepas itu tak ada pergerakan dari mereka berdua. Masing-masing hanya berdiri kaku.

"Awak nak masuk, kan? Masuklah!" pelawa Xaviera setelah lama mereka mendiamkan diri.

"Tak jadi! Aku nak keluar sekejap, tak payah tunggu aku. Kalau kau nak tidur, tidur di bilik. Jangan mengada nak tidur di sofa." Pesan Haider dengan datar.

Seperti biasa, Haider akan mengajak Emyr dan Fathi untuk lepak bersama. Dia ada ajak Ayyan tapi kembarnya tu tolak mentah-mentah. Poyo je tak nak ikut lepak.

"Apa lagi masalah kau ni?" garu kepala Emyr dengan Haider ni. Dah lewat begini pun masih ajak dia keluar. Orang nak rehat lah!

"Aku cuma nak ambil udara segar je. Dekat rumah sesak nafas aku," katanya dengan pandangan kosong.

"Sesak nafas sebab Viera ke?" sakat mereka berdua. Gembira sahaja wajah Emyr dan Fathi menyakat Haider.

"Diamlah!" tisu yang berada dihadapannya dilempar mengena muka Emyr. Hilang terus tawa lelaki itu.

"Dahlah! Aku nak balik dulu. Lepak dengan korang berdua bukan boleh selesaikan masalah aku. Yang ada bertambah masalah aku."

"Dah nak balik ke? Ini mesti rindu dengan isteri lah tu," sampai Haider keluar dari restoran, mereka menyakat lelaki itu.

...

Haider melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah bertukar gelap. Hari pun dah lewat sangat, isterinya mesti dah tidur.

Sebelum dia naik ke bilik rehatkan diri, kakinya dibawa terlebih dahulu ke dapur. Tekaknya tiba-tiba minta dibasahkan pula. Xaviera yang baru lepas minum juga keluar dari ruang dapur dan sekali lagi mereka terserempak di pintu masuk.

"Ya Allah!" jeritnya dengan kuat.

Haider ikut terkejut namun dia berusaha neutralkan wajahnya.

"Itu pun nak terkejut ke?" sinis sahaja suaranya kedengaran. Dengan jelingan tajam, dia masuk ke dalam nak basahkan tekaknya.

Xaviera menyandarkan badannya dan melihat sahaja Haider yang sedang minum. "Awak nak makan ke? Kalau nak saya boleh hidangkan."

Haider diam memerhati Xaviera dengan pandangan yang cukup tajam dan menggerunkan untuk Xaviera.

"Kenapa?" soalnya dengan gugup.

Xaviera melihat tubuhnya tempat dimana mata Haider berada. Kolar bajunya ditarik menutupi bahagian leher yang terdedah. Haider pandang dia sebab ini ke?

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now