"Puan April... Tuan Beomgyu dah sediakan pakaian dan barang kemas yang perlu puan pakai petang ini!"ujar salah seorang pekerja. April menoleh. Dia mengeluh. "Baiklah!"balas April seraya mengekori pekerja tersebut.

Puan Choi dan Bitna terus terlopong sebaik sahaja April sudah siap menukarkan pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Choi dan Bitna terus terlopong sebaik sahaja April sudah siap menukarkan pakaian. Jeongin pula hampir sahaja tersedak minuman yang dia minum. Dia sedikit terpesona dengan kecantikan April. Walaupun simple tetapi tetap memancarkan aura yang berbeza.

Sememangnya pilihan Beomgyu tak pernah mengecewakan. "Waeyo? Isanghae?"tanya April sedikit tidak selesa apabila di perhatikan secara terus. "Neomu yeppeo!"puji Bitna sambil menekup mulutnya.

Bitna terus berlari memeluk April. Puan Choi juga memeluk April. "Kenapa adik tak guna eonni juga dapat kamu, April! Kamu cantik.... apa kata kamu cerai dengan Beomgyu dan jadi girlfriend eonni je?"cadang Bitna.

Puan Choi terus menepuk belakang Bitna apabila mendengar benda mengarut daripada mulut anak perempuannya. "Jangan nak mengarut ya, Choi Bitna!"marah Puan Choi. "Kalau Puan April nak bercerai dengan Tuan Beomgyu...apa kata lepastu puan kahwin dengan saya?"ujar Jeongin pula.

"YANG JEONGIN!!"jerit Puan Choi dan Bitna serentak. April ketawa kecil. "Saya takkan ceraikan Beomgyu!"ujar April. Jeongin terus mencebik. "Ala, melepas!"balasnya. Bitna terus mencerlung memandang Jeongin.

"Kaja!"ajak Jeongin. Dia terus menghuurkan tangan kepada April. Tetapi huluran tangannya ditepis oleh Bitna. "Jangan berani nak mengurat adik ipar aku!"ujar Bitna tak uas hati. "Kaja, Sayang!"ajak Bitna penuh lembut.

Jeongin terus gulingkan matanya. Dia menyampah betul dengan perangai Bitna. "Nae, eonni!"jawab April dengan senyuman manis. Dia terus menyambut huluran Bitna. Mereka berdua mula ketawa kecil. Puan Choi tersenyum melihat mereka semua. Bahagia. Itu yang dia rasakan.

______

Beomgyu yang sedang membuat kerjanya melalui tab mula mendongakan kepalanya apabila sepasang kaki berdiri dihadapannya. Dia tergamam. Liurnya di telan dengan kasar. "April?"soalnya. April tersenyum.

"Yeppeo!"puji Beomgyu seraya bangun daripada duduk. Tabnya pula sudah diletak diatas kerusi sebelum dia bangun tadi. "Keutcheo? Sebab April cantik, sekretari kau cuba rampas dia daripada kau, Choi Beomgyu!"sampuk Bitna.

Beomgyu terus mencerlung memandang Jeongin manakala Jeongin hanya pasrah dengan dua beradik itu. April tepuk dada Beomgyu dengan lembut. "Awak sibuk ke, Beomgyu?"tanya April apabila dia ternampak tab Beomgyu asyik menyala menandakan ada beberapa notifikasi masuk.

Beomgyu turut sama memandang tabnya. Dia tersenyum tipis. "Aniya... Jom tukar baju. Sebolehnya aku nak balik rumah awal!"ujar Beomgyu. April mengangguk faham. "Kalau awak penat bagitahu saya!"pesan April sebelum mereka berdua terpisah untuk menukar pakaian.

April tergamam sebaik sahaja terpandang Beomgyu yang kelihatan sangat tampan dengan suit yang dipakainya. "Kacak!"puji April. Beomgyu terus tersenyum sinis. Dia hampiri April lalu memeluk pinggang isterinya itu.

April tersentak dengan tindakan Beomgyu itu. "Kau apa kurangnya!"balas Beomgyu lalu menghadiahkan satu ciuman lembut pada leher putih April. "Yah!"marah April lalu menolak tubuh Beomgyu.

Pipinya mula kelihatan memerah. Beomgyu tersenyum sinis. Tangannya mula gatal menyentuh rambut April. "Kau buatkan aku ingin pulang ke rumah segera!"jujur Beomgyu. Haruman milik April sangat menenangkan dirinya.

Ditambah lagi dengan kulit putih isterinya itu membuatkan dia hampir hilang kawalan sebagai seorang lelaki. "Eherm!"tegur Bitna seraya menjauhkan April dengan Beomgyu. "Jangan menggatal dekat sini, Choi Beomgyu!"ujar Bitna.

"Noona cemburu, cakap!"bidas Beomgyu tanpa belas. Bitna terus mencebik. "April, tengok Beomgyu tu... Dia nak kata noona single dan tak laku lah tu!"adu Bitna pada April. Beomgyu terus jegilkan matanya pada Bitna apabila Bitna memeluk lengan isterinya.

April ketawa kecil melihat tingkat adik-beradik itu. "Gwaenchana, eonni... nanti April cubitkan Beomgyu untuk eonni!"pujuk April sambil mengusap bahu Bitna. "Tuan Beomgyu dan Puan April!"panggil jurukamera.

April dan Beomgyu terus berbalas pandangan. Beomgyu terus hulurkan tangannya. April menyambutnya. "Cantiknya isteri Tuan Beomgyu. Memang patut pun dia nak rahsiakan perkahwinan dia... Tak nak orang kebas isteri dia lah tu!"gosip seorang pekerja.

Jeongin gelengkan kepalanya apabila mendengar umpatan itu. Jika mereka tahu akan perkara yang sebenar pasti mereka akan rasa simpati pada Beomgyu. Mata Jeongin terhala kepada April yang sedang tersenyum disebelah Beomgyu.

"Aku pun... teringin nak perempuan macam April!"bisiknya perlahan. Jeongin sejujurnya cukup cemburu dengan Beomgyu tetapi dia masih bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia yakin yang dia juga akan jumpa dengan gadis pujaannya suatu hari nanti.

TO BE CONTINUED.

My Medizin Und Liebe❤️Where stories live. Discover now