"Kenapa gatal sangat nak nonton berdua dengan Ayyan? Kenapa tak naik terus lepas minum?" Haider sedaya upaya menahan kesabarannya. Disebabkan itu kedengaran giginya yang saling bergeser antara satu sama lain.

"Kami bukannya duduk dalam gelap dan kedudukan saya dengan Ayyan pun tak lah dekat sangat sampai awak nak cakap macam tu." Balas Xaviera dengan kepala digelengkan. Agak-agaklah kalau nak cemburu.

"Tapi tetap salah di pandangan aku. Kau tak malu ke duduk berdua dengan lelaki lain dan bergelak ketawa macam tak ingat dunia." Haider masih menyalahkan perbuatan isterinya. Salah tetap salah.

"Sekurang-kurangnya dengan bergelak ketawa dapat menghilangkan kesunyian saya. Ada suami tapi hanya tahu luangkan masa dengan bini kedua je." Sindir Xaviera dengan perlahan. Tak tahulah kalau Haider dengar tapi ada dia kisah.

"Apa kau cakap? Annisa tu mengandungkan anak aku dan wajarlah kalau aku bagi perhatian dekat dia. Kalau kau nak perhatian, kau bagilah aku anak."

Tergamam seketika Xaviera dengan apa yang dia dengar.

"Woww! Tadi petang cakap lain, sekarang dah cakap lain." Tersenyum sinis Xaviera dengan apa yang keluar dari mulut Haider. Dia tahu dia tak boleh beri anak kepada Haider dan sangat pahit menelan kenyataan tersebut.

Manusia memang cepat berubah!!

"Tadi bukan beria, aku tak kisah kita ada anak atau tak yang penting kita boleh hidup bersama." Ajuk Xaviera dengan ketawa hambar.

Haider yang sudah terlepas cakap mula menggigit bibirnya. Bukan ada niat di hatinya untuk berkata begitu.

"Viera, aku...."

"Nak minta maaf. Tak apa Haider, hati saya ni dah lali dengan semua hinaan awak. Walaupun kata-kata awak tadi cukup menikam hati saya, saya tetap akan maafkan awak. Lagipun apa yang awak kata tu betul. Saya tak mampu nak bagi awak anak." Jawabnya dengan kecewa. Apa dia nak buat? Marah? Merajuk?

"Viera, aku tak maksud pun nak cakap macam tu."

"It's okay Haider. Tak ada yang salah dengan kata-kata awak."

"Awak pergi lah tidur dengan Annisa. Dia lebih perlukan awak berbanding saya." Ditolak badan Haider keluar dari bilik mereka.

"Viera, aku...."

Tak sempat Haider memujuk isterinya, Xaviera sudah menutup pintu tersebut.

...

Selepas solat subuh, Xaviera membawa diri menuju ke tepi kolam. Kenapa dia rasa dirinya semakin tak diperlukan? Kata-kata Haider semalam membuatkan dia semakin lemah semangat untuk terus berada disamping Haider.

Tak mustahil nanti Haider abaikan dia kalau anak Annisa dah dilahirkan. Sekarang je pun dia dah cukup diabaikan.

Keluar keluhan berat dari bibir pucatnya. Kaki dimasukkan kedalam kolam renang renang dan membiarkan kedinginan itu menggigit kakinya.

Haider yang kebetulan turun kebawah melihat dari jauh tubuh badan yang sangat dia kenal. Kaki menghampiri Xaviera dimana dia sedang duduk termenung. Semalaman dia tak dapat tidur memikirkan Xaviera. Dia bersalah sangat bangkitkan isu anak dihadapan Viera.

Haider membuka bajunya lalu dia terjun kedalam kolam renang sehingga percikan air terkena diwajah Xaviera.

Terkejut beruk Xaviera dengan bunyi percikan tersebut ditambah lagi dengan keadaannya yang sudah basah disebabkan terjunan seseorang itu. Tak masalahnya yang masuk ke dalam kolam ni gajah ke? Besar sangat percikan dia.

"Apa ni?" marah Xaviera dengan tangan mengusap wajahnya yang sudah basah.

"Oops, Sorry." Ujar Haider.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now