"Dah ibu Hadi offer, aku telan jelah." Balas Hana sambil mengusap bahu Syara tanda memujuk.

"Ah takde kau. Ni kau ambik nasi ni, jangan makan dengan aku! Aku nak pergi makan dengan bidadara aku. Hanya berdua!" Syara terus memberi pinggan ke arah Hana dan memilih lauk cepat-cepat sebelum beredar.

"Syara! Syara intan payung!" Laung Hana memujuk.

"Huh!" Balas Syara sebelum berjalan ke arah Heiz sambil menghentak hentak kaki.

Bergegar dunia.

"Cepat sikit ambil lauk, abang long pun nak ambil." Sampuk Hadi sambil mengangkat pinggan dan tersenyum.

Hana berdecit geram. Pantas senduk lauk dipegang. Ayam merah bahagian tight diceduk lalu digolekkan ke dalam pinggan. Rendang daging pula diambil dua tiga ketul.

"Kebulurnya adik abang long ni," usik Hadi.

"Adikmu!" Balas Hana geram.

"Hok aloh panda kecek kelate doh dio." Muncul Arissa dan Alissa.

Mampus sepatah haram dia tak faham. Hana menghadiahkan sebuah jelingan kepada Hadi sebelum beredar.

Hadi tergelak kecil. Hana hana... Kepala digeleng sebelum gilirannya pula mengambil lauk. Tanpa sedar Hatta sudah tiada di sisi Hadi.

***

Bersinar mata Hana memandang makanan di dalam pinggannya. Tak sabar nak masuk perut! Doa dibaca lalu tangan mula menggaul nasi brian tersebut.

"Bismillah!" Belum sempat suapan pertama masuk ke dalam mulutnya ada toyol kecil menarik bajunya.

Hana memejam mata lalu nafas dihembus. Sekejap ya briani nanti saya makan awak.

"Ya Hatta, Hatta nak apa sayang?" Hana menayang senyuman semanis gula Melaka, Johor, dan Pulau Penang.

"Kak long," panggil Hatta perlahan.

"Ya Hatta?"

"Hatta nak makan dengan kak long." Perlahan sahaja suara Hatta menyuarakan hasrat hati.

Kongsi jelah Hana, tak luak pun. Kalau tak cukup boleh tambah kan? Hana cuba memujuk diri.

"Sini duduk sebelah kak long." Kerusi di sebelahnya ditarik sedikit.

"Sampai tak naik tu?" Soal Hana.

"Sampai." Hatta menaikkan peha sebelah kanan terlebih dahulu. Hana pula setia memegang kerusi. Risau terbalik, dah lah anak orang kalau anak dia tak apa juga. Ops!

"Dah kak long,"

"Hatta baca doa makan dulu." Arahan Hana dipatuhi Hatta. Comel je budak toyol ni baca doa.

"Hatta boleh makan pedaskan?" Risau kalau dia suap nanti tiba-tiba Hatta kena kejar masuk hospital sebab pedas.

"Boleh!"

Hana mengangguk. Secubit ayam merah diambil lalu digaul bersama nasi.

"Bismillah..." Tangan menyuap Hatta.

"Sedap?"

"Sedap kak long, cam gini." Hatta menunjukkan ibu jari sebelum tersenyum.

Hana menggosok kepala Hatta menggunakan tangan kiri. Bagusnya si toyol kecil ni. Sedar tak sedar hampir separuh juga nasi briani dia berkongsi dengan Hatta.

Sedang seronok Hana dan Hatta berbual, muncul Hadi dengan wajah cemas.

"Ya Allah Hatta, kenapa tak bagitahu abang long? Abang long ingat awak keluar dari kawasan rumah nenda tau?" Tinggi nada Hadi.

Terus hilang wajah ceria Hatta. Bibir mula mencebik. Hana mengeluh, susah betul abang kaki over protective ni.

"Kan Hatta dah ada dengan Hana ni. Elok je tengah makan, kira okaylah tu."

Wajah Hadi yang cemas tadi terus berubah. Kesian pula tengok Hatta tercebik-cebik. Mata pun dah bersinar lain macam. Hadi melepaskan keluhan.

"Sorry abang long sergah Hatta. Sini makan nak? Abang long ada ambil ayam untuk Hatta." Lembut Hadi memujuk.

"Tak nak. Hatta nak makan dengan kak long." Hatta gelengkan kepala.

Hadi mula memandang Hana seolah bertanya tak apa ke?

"Biar je, Hana okay." Walaupun mula-mula tu menyesal sikitlah.

Hadi terus mengambil tempat sebelah Hatta dan mula nikmati makan malamnya.

"Hadi." Panggil Hana.

"Ya?"

"Minta maaf petang tadi kalau Hana punya bahas..."

"Tak apa. Saya tak ambil hati sebab memang salah saya. Saya pun minta maaf sebab maghrib tadi usik Hana."

"Boleh kita jadi kawan?"

"Atau... lebih dari kawan?" Sambung Hadi sebelum tersenyum. Nasi kembali disua ke dalam mulut.

Serentak itu pipi Hana bertukar merah. Terus kepala menghadap kanan dan bibir digigit. Hana nak move on! Tapi kenapa...

Okay fix Hana tak nak move on,

Muktamad.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin