"Kan senang kalau kau setuju. Ini nak juga aku buat dengan cara kasar." Diusap rambut Xaviera dengan lembut.

"Dah tu keluar lah. Nak tengok saya tukar baju ke?" Tajam matanya mencerun kearah Haider.

"Boleh ke?" balas Haider dengan senyuman nakalnya.

"Gatal!" ditolak badan Haider keluar dari bilik tersebut.

Setelah Haider keluar dari bilik mandi, kedengaran keluhan berat keluar dari mulutnya. Isterinya dah tak seperti dulu.

...

Ini adalah keputusan yang paling bodoh dia ambil. Seperti nak menangis dia melihat keluarga Haider yang sedang menunggu kedatangan suaminya.

"Saya nak naik. Awak pergilah sarapan dengan mummy dan daddy." Xaviera sudah berura-ura untuk tukar laluan namun pantas lengannya ditarik.

"Sampai bila kau nak larikan diri?" dia tahu Xaviera takut dan tak selesa dengan keadaan mereka sekarang tapi sampai bila Xaviera perlu hidup begini.

"Tolonglah Haider! Saya tak nak." Rayu Xaviera bersama dengan air mata yang sudah bertakung.

"Kau tak salah Viera. Kenapa nak larikan diri?" diusap pipi Xaviera dengan lembut.

"Jom.." Haider menarik tangan Xaviera lalu mereka mendekati meja makan Tengku Aryan.

Ayyan, Emyr dan Fathi sudah tersenyum melihat langkah pasangan yang sudah lama terpisah mendekati meja mereka.

Annisa yang melihat Haider mula tersenyum manis. Dia belum melihat kelibat Xaviera kerna wanita itu berjalan dibelakang Haider.

"Awak.." panggil Annisa dengan teruja. Semalaman dia tunggu Haider balik namun lelaki itu bagi alasan dia tertidur dibilik Ayyan.

Senyuman yang tadinya menghiasi bibir Annisa perlahan-lahan pudar apabila dia melihat Haider sedang memimpin tangan seseorang namun dia tidak tahu siapa.

"Haider, sini duduk sebelah Annisa." Ajak Tengku Faiza yang masih belum mengetahui Haider sedang membawa Xaviera.

"Tak apa. Haider nak duduk sini dengan Viera." Ditarik tangan Xaviera sehingga badan wanita itu terdorong keluar dari tempat persembunyiannya.

Tergamam Tengku Faiza dan juga Annisa melihat seraut wajah yang sangat mereka kenali. Masih hidup rupanya, ingatkan dah mati.

"Ohhh! Patutlah tak balik bilik semalam rupanya tidur dekat bilik lain." Perli Annisa bersama dengan mata yang galak merenung ke arah Xaviera.

"Biarlah dia nak tidur dekat bilik yang dia suka. Lagipun bilik tu bilik isteri pertama dia, yang kau nak marah-marah bagai ni kenapa?" Sampuk Ayyan dengan dingin. Tak sedar punya perempuan.

"Ayyan! Jaga mulut sikit tu. Betul lah dengan apa yang Annisa kata tadi." Tengku Faiza menyokong sahaja apa yang dikatakan oleh menantu kesayangannya.

"Masih ingat suami rupanya. Ingatkan dah lupa status sebagai isteri." Perli Tengku Faiza.

"Mummy, tolong. Cukuplah mummy rosakkan rumah tangga Haider dan sekarang jangan cuba nak masuk campur dalam urusan rumah tangga Haider." Tegang wajah Haider menegur sikap mummnya.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now