"Nak apa?" katanya dengan mata tajam memandang ketiga orang tersebut.

"Jom makan! Aku lapar." Ajak Fathi dengan selamba. Tiada rasa bersalah pun ganggu waktu rehatnya.

"Aku tak lapar! Korang pergilah. Jangan ganggu aku." Tegas Xaviera memberi amaran namun ada mereka kisah.

"Come on Viera. Kita bercuti dekat sini. Enjoylah, yang nak sangat terperuk dekat bilik kenapa?" kata Fathi lagi lalu dia menolak sedikit badan Xaviera ke tepi memudahkan mereka untuk menapak masuk.

"Hey! Tak malu ke masuk bilik perempuan?" ujarnya dengan terkejut. Xaviera yang melihat langkah mereka sudah mendengus dengan kasar. Bencilah macam ni!

"Siap lah, kami tunggu." Kali ini Ayyan yang mengajaknya.

Xaviera hanya bersandar dekat dengan pintunya dengan tangan disilangkan didada.

"Aku tak lapar dan aku tak nak makan!"

"Jangan risau lah Viera. Kita makan jauh dari Haider. Lelaki tu tak akan jumpa dengan kau pun." Kata Emyr memujuk hati wanita itu. Dia tahu mesti Xaviera tidak mahu menerima ajakan mereka disebabkan Haider.

"Taknak! Aku tak nak turun. Tolonglah, jangan paksa aku." Rayu Xaviera dan kali ini nada itu sudah bertukar lembut. Harapnya tiga ekor ni cair dan tak paksa-paksa dia lagi.

Emyr, Fathi dan Ayyan hanya buat bodoh sahaja. Mereka masih tetap duduk ditempat mereka dan ada dari mereka yang santai menonton television.

Serabut kepala Xaviera melihat rayuannya langsung tak didengar. Nak je dia tumbuk-tumbuk muka mereka bertiga ni.

"Okey, aku tukar baju dulu. Korang tunggu luar." Akhirnya malas hendak berdebat, terpaksa Xaviera bersetuju dengan ajakan tersebut.

"Good girl." Kata mereka serentak dan meninggalkan Xaviera bersiap didalam bilik.

Setelah lima belas menunggu, puteri yang ditunggu-tunggu pun keluar dengan wajah yang masam mencuka.

"Senyum sikitlah Viera, kenapa masan sangat ni." Sakat Emyr dengan senyuman nakalnya. Xaviera menayangkan penumbuk kecilnya dihadapan Emyr lalu dia pergi dengan hentakan kaki yang kuat.

Seperti yang dijanjikan oleh mereka bertiga, Emyr memesan meja jauh daripada Haider. Haider berada jauh dihadapan manakala Xaviera berada dibelakang.

"Nak makan apa?" bingung mereka memilih kerana menu yang berada dihadapan mereka memberikan seribu jenis makanan.

"Aku nak sup." Ujar Xaviera tanpa memandang kearah menu.

"Sup je? Patutlah badan kau makin kurus, makan sup je." Kata Emyr dengan nada tidak percaya.

"Aku tak ada selera nak makan makanan yang berat." Balas Xaviera tanpa nada. Mata masih setia memandang keluar melihat pemandangan waktu malam.

"Kau tak sihat ke Viera? Muka tu pucat sangat?" Xaviera menggigit bibinya apabila soalan itu sekali lagi keluar dari bibir Ayyan. Walaupun dia pakai make up menutupi wajah pucatnya Ayyan pasti akan perasan dengan mata helangnya.

"Saya sihat je lah. Pucat sebab terkejut tengok korang semua tiba-tiba ada didepan saya." Jawab Xaviera dengan tenang. Fathi dan Emyr hanya tersengih manakala Ayyan hanya diam memerhatikan wajah itu. Dia yakin Xaviera tak sihat.

Dan selepas itu, Xaviera hanya mendengar perbualan mereka bertiga dan sesekali dia akan tersenyum dengan lawak Emyr dan Fathi. Baru hari ini hidupnya kembali ceria. Selalunya dia hanya termenung sendirian.

Selepas sahaja meja makan mereka penuh dengan makanan yang dipesan tadi, tak ada sudah suara yang kedengaran. Semuanya sibuk makan. Xaviera yang baru sahaja makan makanannya sudah tak sedap badan. Dia nak muntah.

 HAIDER LUTHFAN Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon