...

Awal pagi Haider keluar dari rumah mencari keberadaan isterinya. Tidurnya tidak lena semalaman memikirkan keadaan Xaviera dan tidak tahu kenapa hatinya terasa tidak sedap seperti ada sesuatu yang berlaku kepada Xaviera.

Haider menyusuri jalan raya yang saat ini sangat sunyi. Hanya ada beberapa sahaja kenderaan yang lalu lalang dijalan tersebut.

"Viera, kau dekat mana?" Terjenguk-jenguk kepala Haider mencari kelibat Xaviera namun tiada. Jalan tersebut terlalu sunyi.

Haider menggapai telefonnya lalu didail nombor telefon Xaviera namun masih sama. Xaviera masih mematikan telefonnya.

"Viera, please. Aku merayu sangat dengan kau, tolonglah tunjukkan diri." Rayu Haider.

Lama dia berpusing-pusing di atas jalan raya namun kelibat Xaviera langsung tidak kelihatan sehinggalah dia mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta dibahu jalan.

"Viera baliklah. Aku minta maaf." Ujar Haider dengan kepala direhatkan distereng keretanya.

Teringat kembali memori dia bersama Xaviera beberapa hari sebelum dia menjauhkan diri daripada isterinya.

"Janji yang awak akan cintakan saya dan tak akan sesekali sakitkan saya lagi. Saya tak janji tau kalau satu hari nanti awak sakitkan saya, saya akan terus bertahan dengan awak"

Menitis air matanya apabila teringat dengan kata-kata tersebut. Dia sudah memungkiri janjinya kepada Xaviera dan wanita itu pasti sudah tawar hati terhadapnya dan pasti sukar untuk dia mendapatkan maaf dari Xaviera.

"Viera, maafkan aku sayang. Aku sakitkan kau sekali lagi."

Sedang Haider menangis merindukan isterinya, kedengaran jendela keretanya diketuk dari luar.

Tok tok tok

Sempat Haider menhapuskan air matanya sebelum kepala ditegakkan menghadap gerangan yang mengetuk jendelanya.

"Ya, ada yang boleh saya bantu." Ujar Haider yang sudah menurunkan cermin keretanya untuk menegur sapa pakcik tua tersebut.

"Pakcik cuma nak tengok keadaan encik. Takut ada apa-apa yang berlaku dengan encik." Balas pakcik tua tersebut.

"Saya cuma berehat sekejap je pakcik." Kata Haider bersama dengan senyuman.

Pakcik tersebut juga membalas senyuman anak muda tersebut. Dia yakin ada sesuatu yang menganggu lelaki muda ini.

"Kalau Encik tak keberatan, jomlah kita solat subuh berjemaah dekat masjid sana. Tak lama lagi nak masuk waktu." Ajak pakcik tersebut.

Haider dengan senang hati menerima ajakan tersebut. Lebih baik dia duduk bersujud meminta pertolongan dari Allah untuk lembutkan hati Xaviera.

Setelah selesai mendirikan solat subuh, hati yang tadi tidak tenteram kini bertukar menjadi tenang. Degupan jantungnya pun berdegup normal.

"Encik." Tegur pakcik tua tersebut kepada Haider.

Haider menyalam tangan pakcik itu yang sudah berkedut.

"Encik ada masalah ke? Dari tadi pakcik perasan wajah Encik seperti menanggung seribu masalah.

Haider yang mendengar pertanyaan tersebut hanya memberikan senyuman hambar. Nampak sangat muka dia ni ditimpa masalah.

"Biasalah pakcik, masalah rumah tangga."Jawab Haider dengan ringkas.

Tersenyum pakcik itu mendengar jawaba lelaki muda yang berada dihadapannya. Kenapa hari ni dia berjumpa dengan pasangan yang sedang dilanda ujian perkahwinan.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now