"Kita buat apa dekat sini?" tanyanya dengan pelik.

"Nanti kau tahu juga." Balas Ayyan lalu dia keluar dari kereta dan mendekati Emyr serta Fathi.

Xaviera hanya memandang hairan ketiga-tiga lelaki yang berada dihadapannya. Kenapa wajah masing-masing serius sangat?

"Viera..." panggil Fathi apabila wanita itu keluar dari kereta Ayyan.

"Awak pandu laju-laju semata-mata nak bawa saya ke majlis perkahwinan Annisa?" jujur dia terkejut melihat luar rumah Annisa yang sudah berhias cantik. Tak sangka Annisa nak buat majlis.

"Kau masuk dulu. Tengok apa yang berlaku dekat dalam." Balas Ayyan sambil dia meraup rambutnya dengan kasar.

"Tak nak lah saya. Biarlah dia nak kahwin, bukannnya dia perlu minta restu dari saya." Ujar Xaviera dengan kakinya hendak dibawa jauh dari rumah tersebut. Fathi yang berada di sebelah Xaviera mula menahan laluan wanita itu daripada terus pergi jauh.

"Masuklah dulu. Mana tahu kau boleh ubah segala-galanya." Xaviera sudah memandang penuh curiga dengan mereka semua. Kenapa seperti ada maksud tersirat dengan pandangan yang mereka berikan kepadanya?

"Jom!" ajak Ayyan dengan dia mendahului langkah dan diikuti oleh mereka bertiga. Dengan kaki yang berat mereka berempat melangkah masuk kedalam rumah pengantin.

Dari luar mereka dapat mendengar beberapa suara yang berkata 'sah' menandakan Annisa sudah selamat bergelar isteri orang.

Xaviera berdiri di muka pintu memandang sepi belakang pengantin lelaki. Kenapa dia seperti kenal dengan badan pengantin tersebut? Yang lebih membuatkan dia tidak sedap hati, dia melihat Tengku Faiza sedang berbalas pelukan dengan Annisa.

"J-jangan cakap pengantin lelaki tu saya kenal?" Bergetar suara Xaviera bertanya kepada mereka bertiga.

Sepi.

Hening.

Tiada jawapan dari Ayyan, Fathi mahu pun Emyr.

Terlepas tawa kecil Xaviera dengan apa yang sedang dia saksikan. Tak tahu lah apa yang dia rasakan ketika ini.

"Kita lambat..." lemah suara Emyr berkata. Mereka lambat sesaat. Kalau lah tadi mereka terus paksa Xaviera masuk, perkahwinan ini masih boleh dibatalkan.

Kaki yang tadinya kaku terundur kebelakang apabila dia dengan jelas melihat Haider sedang berdiri mendekati kearah Annisa yang duduk diatas pelamin. Ini betul ke? Dia tak mimpi?

"H-Haider.." panggilnya dengan perlahan.

"Viera.." untung sahaja ada Ayyan yang berdiri dibelakang wanita itu sempatlah menahan badan kakak iparnya dari jatuh tersungkur.

"H-Haider..." sekali lagi Xaviera memanggil nama tersebut. Dan sepertinya Haider mendengar panggilan tersebut. Dia menoleh ke arah pintu dan pandangannya dengan pandangan Xaviera saling bertemu.

"Viera..." panggil Haider dengan terkejut. Seusai mata mereka berdua bertembung, barulah Xaviera percaya bahawa yang berada dihadapannya adalah suaminya.

"S-saya nak balik." Xaviera terus berlalu keluar dari tempat tersebut. Dia tak mampu untuk terus berada di rumah Annisa.

Ayyan juga ikut kejar langkah Xaviera.

"Masuklah, aku hantar kau." Ayyan membuka pintu keretanya untuk Xaviera dan dia pantas berlalu menuju ke tempat pemandu apabila wanita itu sudah selamat masuk ke duduk penumpang.

"Viera!" teriak Haider dengan kuat. Kaki mengejar kereta yang sudah keluar meninggalkan perkarangan rumah pengantin.

Tengku Faiza yang melihat larian Haider sudah tak mampu melarangnya. Laju sangat Haider meninggalkan mereka dan sekali lagi terpaksalah dia menahan malu disebabkan perbuatan anaknya.

 HAIDER LUTHFAN Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum