Haider tak risau ke dengan dirinya? Mana Haider yang ambil berat tentang dirinya? Xaviera menghapus air matanya lalu badan dibaringkan diatas katil. Mungkin Haider memang tidak mahu diganggu. Esok cuba lagi.

"Selamat malam Haider." Xaviera mencium skrin telefonnya yang terpampang wajah tampan Haider. Nasib sahaja gambar itu dicuri-curi ambil bolehlah hilangkan rindu kena lagi dengan situasi mereka sekarang.

Haider juga yang sedang berada di rumah Tengku Aryan termenung merenung langit malam.

Rindunya dia dengan Xaviera. Dia mahu menelefon isterinya namun telefonnya kini ada ditangan Tengku Faiza.

"Aku rindu kau." Ujar Haider dengan sebak.

"Selamat malam Viera."

...

Dua hari kemudiaan...

Seperti yang dirancangkan oleh Tengku Faiza, setelah dua hari Tengku Faiza memberi masa kepada Haider, hari yang dinantikan juga sudah tiba. Majlis penyatuan antara Haider dengan Annisa.  Nasib sahaja Xaviera dan Ayyan lama di kampung Mak Yam, maka rancangannya pun berjalan dengan lancar.

"Mummy, Viera mana?"  kata Haider yang dari tadi setia menunggu Xaviera di depan pintu.

"Viera dah on the way. Tak payah risau lah pasal Xaviera. Mummy dah pujuk dia dan dia pun dengan hati yang terbuka setuju dengan perkahwinan ni." Balas Tengku Faiza dengan sedikit gugup. Tidak mahu anaknya mengetahui apa yang sudah dia rancang.

"Majlis dah nak mula." Panggil Encik Rizuan dari dalam.

"Jom Haider." Ditarik tangan anaknya masuk kedalam rumah pengantin perempuan.

...

Ayyan dengan Xaviera yang masih lagi di kampung Mak Yam sedang menikmati suasana kampung yang sangat nyaman. Mereka berdua langsung tidak tahu mengenai majlis perkahwinan Haider.

"Ayyan, awak boleh telefon Haider tak?" sudah dua hari dia tidak dapat dengar suara Haider. Telefon tidak diangkat, apatah lagi dengan pesanannya. Langsung tak dibuka.

"Tak. Kenapa?" jawab Ayyan dengan kepala ditoleh kesisinya.

"Saya tak tahu lah apa tak kena dengan kembar awak tu. Mood dia senang sangat nak berubah." Keluh Xaviera dengan nafas berat.

"Malam yang dia jumpa dengan daddy, mood dia sangat tak baik. Saya tahu dia ada masalah tapi dia langsung tak nak cerita dengan saya. Hilangkan diri adalah." Geram Xaviera dengan perangai Haider. Macam mana masalah nak selesai kalau dia tak cerita.

"Daddy dengan Haider ada jumpa ke? Aku tak tahu pun." Ayyan cuba mengingat kembali tentang pertemuan mereka berdua tapi rasanya beberapa hari yang lepas Haider mana ada datang rumah.

"Itu masalahnya. Mak Yam pun kata macam tu tapi Mak Yam ada kata yang malam Haider nak jumpa dengan daddy, kebetulan mummy dengan daddy juga keluar rumah. Macam dia orang berjumpa dekat luar." Jelas Xaviera dengan matanya membalas pandangan mata Ayyan.

Baru dia perasaan warna mata Ayyan coklat terang manakala Haider pula coklat cair.

"Sekejap.." Ayyan mengeluarkan telefonnya lalu nombor Emyr didail. Mesti ada sesuatu yang sedang berlaku.

Emyr dan Fathi yang kebetulan berada di rumah Annisa sudah tidak senang duduk. Kata mummy Haider, Xaviera dalam perjalanan tapi rasanya dari tadi lagi dikata macam tu, bunyi enjin Ayyan langsung tidak kedengaran.

Kata Haider jarak rumah Mak Yam dengan rumah Annisa tidaklah mengambil masa yang lama. Hanya dua jam perjalanan sahaja dan kalau difikirkan mereka berdua pasti sudah tiba saat ini.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now