Xaviera yang mengetahui arah mereka sudah telan liur. Kenapa nak bawa dia pergi bawah tanah?

"Masuk!" ditolak lembut badan Xaviera untuk melangkah masuk. Kali ini dia ikut sahaja arahan lelaki tersebut.

"Haider?" panggilnya apabila dia rasa lelaki yang berada dihadapannya seperti bayangan suaminya.

Haider memandang dingin isterinya. Xaviera terus sahaja berlari mendapatkan tubuh suaminya. Eric terus sahaja berlalu pergi apabila isteri Haider sudah selamat sampai dengannya.

Haider perasan ada darah ditepi bibi isterinya tapi dia hanya biarkan sahaja.

"Wanna see something interesting?" Xaviera hanya menunjukkan reaksi bingung. Dia tak tahu pula Haider nak bagi dia kejutan.

Ruang yang tadinya gelap kini sudah terang dengan cahaya lampu. Mata yang tadinya terbuka luas terus sahaja ditutup disebabkan cahaya silau.

Xaviera membuka matanya dengan perlahan-lahan dan kelihatan matanya melihat seseorang sedang diikat namun wajah lelaki itu kabur dipandangannya.

"Awak, siapa tu?" soal Xaviera dengan tangan menenyeh matanya agar pandangan kembali segar dan jelas.

Haider diam tak menjawab. Dia nak Xaviera tengok sendiri siapa berada dihadapannya.

Setelah pandangannya kembali sedia kala, matanya membesar melihat lelaki yang diikat itu adalah Emyr. Kelihatan Emyr memberikan satu senyuman lemah kearah Xaviera apabila mata mereka berdua saling bertembung.

"Emyr!" Xaviera terus sahaja berlari menuju ke arah Emyr. Haider hanya membiarkan sahaja.

"Kenapa kau dekat sini? Siapa buat kau macam ni?" soalnya dengan riak yang sangat risau.

"K-ke..na..pa kau datang sini?" berkerut mukanya menahan sakit didadanya.

"Kau tahu kenapa Emyr ada dekat situ dan kau tahu kenapa muka dia teruk macam tu?" soal Haider dengan dingin.

Xaviera memandang Emyr dan dari pandangan Emyr tahulah dia bahawa apa yang dia takutkan sudah diketahui oleh Haider.

"Saya minta maaf..." ujarnya dengan perlahan. Dia langsung tak menoleh ke belakang. Dia takut dengan Haider.

"Kenapa kau nak minta maaf? Apa kau dah buat dekat aku?"

"V..Viera.." panggil Emyr dengan perlahan.

Xaviera mengangkat kepalanya untuk dia bertentang mata dengan Emyr. Kelihatan Emyr menggelengkan kepalanya meminta untuk dia tak berterus terang. Xaviera tersenyum sahaja dan ada air mata yang keluar.

Emyr mengeluh lemah. Xaviera berdiri lalu dia palingkan badannya kebelakang untuk berhadapa dengan Haider.

"Emyr tak salah. Saya tak tahu apa yang dia dah cerita dekat awak sampai dia jadi lebam macam ni. Sebenarnya..."

"Sebenarnya, gambar yang saya sebar dekat keluarga awak itu semua palsu. Saya sendiri yang dah perangkap awak. Saya buat macam tu dengan niat nak batalkan perkahwinan awak dengan Annisa." Terangnya dengan mata hanya memandang ke bawah sahaja. Dia langsung tak berani nak berpandangan dengan Haider.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now