Haider yang melihat wajah cemas isterinya terus mengusap lembut pipi Xaviera. Dia tahu isterinya pasti teringat semula perbuatannya yang hampir meragut kesucian Xaviera.

"Aku minta maaf. Malam aku dapat gambar tu, aku jadi marah. Aku marah bila ada lelaki yang aku tak kenal sentuh isteri aku." Terang Haider.

Xaviera menarik nafasnya dengan panjang. Tangan Haider diambil lalu dia genggam.

"Saya tak kenal lelaki tu. Apa yang saya ingat, saya terserempak dengan dia sekali je. Masa saya datang tempat kerja awak, saya jumpa dia dekat lobby. Itu pun sebab dia tolong saya dari nak terjatuh." Ujarnya menceritakan apa yang sudah berlaku hari itu.

"Betul kau tak kenal?" soal Haider kembali.

"Awak tak percaya saya ke?" kecil hatinya apabila suami sendiri seperti ada keraguan dengannya.

"Bukan tak percaya. Aku percaya dengan kau tapi aku terfikir siapa yang dah aniaya kau." Katanya. Dia tak tahu siapa yang tak suka dengan isterinya sampai boleh buat Xaviera seperti ini.

"Tak tahulah awak. Saya ni orang jahat, mungkin banyak yang tak puas hati dengan saya." Katanya dengan datar.

"Viera.."

"Hmm.."

"Soal pelacur tu, aku minta maaf. Aku tak sepatutnya gelar isteri aku macam tu."

Xaviera tersenyum sahaja. Dia mengusap rambut suaminya dengan lembut dan perlahan.

"Tak apa. Saya tahu awak tak maksudkan pun dengan apa yang awak katakan. Saya tak ambil hati pun dan awak tak perlu minta maaf." Katanya.

"Kenapa kau sanggup bertahan dengan aku Viera? Kenapa kau pilih aku untuk jadi suami kau? Aku bukan lelaki yang baik apalagi suami yang baik. Aku tak layak nak dapatkan perempuan berhati mulia macam kau." Haider masih tidak boleh fikir kenapa Xaviera masih bertahan dengan dia sedangkan sudah banyak dia sakitkan hati Xaviera.

Xaviera mengangkat bahunya dan kepala direhatkan di bahu Haider.

"Sebab saya dah tak nak kehilangan orang yang saya sayang. Cukuplah selama ni saya keseorangan. Saya membesar sendiri. Saya pun nak rasa macam mana hidup berkeluarga. Disayang mak mertua."

"Saya dah tak nak makan seorang. Tinggal seorang. Menangis seorang. Saya tak nak tanggung semuanya sendiri."

"Orang sekeliling saya selalu kata yang saya ni bahagia dengan kehidupan saya sehingga mereka rasa saya tak ada masalah atau beban sedangkan mereka tak tahu apa yang saya pendam."

Haider mengusap lembut belakang isterinya. Tak sangka ini yang isterinya pendam. Macam mana dia boleh bertahan hidup sendiri?

"Saya tak tahu salah saya dimana sampai orang tua sendiri tak sayang saya." Jatuh air matanya apabila dia bercerita tentang keluarganya.

"Saya selalu dengar yang tak ada orang tua yang tak sayang anaknya. Dan saya pernah soal balik orang itu."

"Saya cakap dekat dia, tak bagi saya. Orang tua saya tak sayang dan peduli dengan saya dan dia terdiam sebab dia pun tak ada jawapan untuk situasi saya."

Haider mendengar sahaja luahan isterinya. Dia tak menyampuk, dibiarkan sahaja Xaviera meluahkan apa yang dia nak luah.

"Awak untung Haider. Ada mummy dengan daddy yang sayang dan peduli dekat awak dan Ayyan." Tersenyum manis dia apabila mengingat macam mana mummy dan daddy layan kembar ini. Penuh kasih sayang terutamanya Tengku Faiza. Dia dapat lihat sayangnya wanita itu kepada anak-anaknya.

"Keluarga aku pun sayang dekat kau." Dia lihat Ayyan dan daddy sangat peduli dengan Xaviera.

"Tapi mummy tak suka saya. Saya nak rasa pelukan mummy awak." Tak tahu kenapa dia nak sangat Tengku Faiza peluk dia dan belai dia macam mana Tengku Faiza peluk Annisa.

"Viera, aku cukup kenal mummy. Kalau kau nak tahu mummy teringin sangat nak anak perempuan tapi dia tak ada rezeki nak dapatkan. Kalau kau boleh ambil hati aku, aku yakin kau pasti boleh ambil hati mummy." Ujarnya.

Tengku Faiza memang memilih tapi dia tahu disebalik hati tua wanita itu dia inginkan anak perempuan. Mungkin dia perlu masa untuk terima Xaviera sahaja.

Xaviera menganggukkan kepalanya. Dia pejamkan matanya seketika menghilangkan rasa pening dikepalanya.

"Viera, jom tidur! Dah lewat sangat ni." Tadi dia sempat mengerling jam dinding mereka. Dah masuk jam sebelas malam.

Terbuka luas matanya dengan ajakan yang sangatlah tiba-tiba dan mengejutkan.

"Apa awak ni?" Haider mengerutkan dahinya. Sia ajak tidur je pun nak dimarah pula.

"Kau kenapa? Aku ajak tidur pun nak marah ke?"
muka yang tadinya nak marah terus bertukar miang.

"Kau fikir apa ni Viera? Gatal juga kau, kan?" katanya dengan senyuman nakal.

Xaviera menggaru kepalanya dan dia malu dengan perbuatannya tadi.

"Fikir apa? Saya fikir tidur lah."

"Ya sayang. Jom tidur." Ajaknya sekali lagi.

Xaviera menggigit bibirnya malu dengan apa yang sudah dia fikirkan. Dia terlalu jauh memikirkan maksud tidur yang dikatakan oleh Haider.

Xaviera dengan pipi yang berbahang berdiri dari pangkuan Haider dan dengan langkah yang besar dia mula menjauhkan diri dari Haider. Nak lari sembunyikan mukanya. Haider pula hanya tersenyum sahaja.







Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now