Annisa yang dari tadi berada di cafe yang sama dengan Xaviera tersenyum bahagia. Dia dengar perbualan mereka berdua dan siap rakam lagi.

"Tak apa Emyr. Sebelum kau terangkan dekat Haider, biar aku dulu yang hantar rakaman suara ni. Tak sangka pula isteri dan kawan sendiri yang khianati Haider."

"Tak sangka Viera, sekejap je kau bahagia dengan Haider." Tiba masanya untuk dia ambil semua Haider dari Xaviera. Cukuplah dia bagi Xaviera rasa sedikit kenikmatan jadi isteri Haider, kali ni bagi peluang lah dengannya.

"Goodbye Xaviera and welcome Annisa!"

...

Lemah sahaja kakinya  melangkah masuk kedalam rumah. Dari tadi otaknya asyik fikir Haider, Haider dan Haider.

Badan disandarkan lemah diatas sofa. Tangan pula diletakkan didahi. Pening kepalanya memikirkan tentang masalah ini.

Lama Xaviera berada dalam keadaan tersebut sehinggalah matanya semakin memberat dan tidak lama selepas itu dia tertidur dalam keadaan yang masih memikirkan Haider. Haider yang baru selesai membersihkan diri bergegas turun kebawah untuk melihat isterinya.

"Alah, kenapa tidur?" baru dia mahu bermanja dengan isterinya tapi Xaviera tidur pula.

Dikesempatan ini dia menilik wajah jelita yang dimiliki Xaviera. Betul lah kata Emyr, Xaviera ada rupa paras yang cantik tapi dia sahaja yang terlalu buta nak melihat.

Keluar keluhan dari bibir Haider apabila teringat balik bagaimana cara layanannya dengan Xaviera. Dimaki, dihina, dipukul namun Xaviera masih menerimanya.

Haider menyelak rambut yang menutupi wajah cantik isterinya dan disebabkan sentuhan tersebut terbit pergerakan kecil dari isterinya.

"Haider.." panggilnya apabila dia melihat bayanga Haider dihadapannya.

"Maaf dah ganggu kau.." serba salah pula apabila melihat Xaviera terjaga disebabkan sentuhannya.

Xaviera menggelengkan kepalanya dan kepala dilentokkan didada bidang Haider. Tersenyum Haider dengan kerenah comel Xaviera.

"Pergi mandi, lepastu boleh kita makan sama-sama." Katanya dengan tangan membelai rambut Xaviera.

Xaviera hanya menganggukkan sahaja namun tak ada pula pergerakan nak naik keatas.

"Viera, jangan sambung tidur." Risau jadinya bila Xaviera masih terbaring diatas badannya.

"Mengantuk...."

"Iya tahu, itu kau perlu mandi. Segarkan badan kau. Ke kau nak aku mandikan?"

Segar terus mata Xaviera dengan apa yang dia dengar tadi.

"Tak apa. Saya masih mampu untuk mandi sendiri." Tolaknya.

"Ingatkan tak mampu. Aku ada je ni, boleh tolong mandikan kau.." kelihatan senyuman nakal menghiasi bibir Haider. Xaviera terus sahaja berdiri dan naik keatas melarikan dirinya.

Geleng kepala Haider dengan tingkah Xaviera sebelum dia berlalu masuk ke dapur untuk sediakan makanan.

Setelah mereka berdua selesai mengerjakan solat maghrib, Haider terus turun ke bawah untuk menyambung balik masakannya yang tergendala manakala Xaviera baru berniat untuk membersihkan diri. Dari tadi disuruh mandi namun banyak sahaja alasan yang keluar dan akhirnya Haider mengalah.

"Aku nak pakai baju apa ni?" Xaviera menepuk dahinya apabila teringat semua bajunya diletak di bilik bawah. Baju yang tadi pun sudah basah kuyup dan tidak boleh digunakan kembali.

Dia membuka almari baju Haider dan kemeja putih suaminya diambil dan tanpa berfikir panjang dia terus sahaja menyarungkan kemeja tersebut ke badannya.

"Boleh lah ni, macam tak biasa." Panjang baju kemeja Haider hanya separas pahanya sahaja. Dia tak ada masalah kerna dia dah biasa pakai baju pendek dan separas paha sahaja.

Kakinya laju sahaja dibawa masuk ke ruang dapur. Dia terus memeluk Haider dari belakang.

"Masak apa?"

"Sup ayam.."

"Sedapnya. Saya suka sup ayam." Beritahunya dengan ceria.

"Mestilah sedap, aku kan yang masak." Dia palingkan badannya untuk menghadap Xaviera. Telan liur dia melihat baju yang digunakan oleh isterinya.

"Puji sikit dah bangga.."

"Kenapa pakai macam ni?"

Xaviera perhati sahaja sikap Haider yang sangatlah aneh. Mata tu tak berhenti meliar ke tempat lain, sengaja mengelak dari memandangnya.

"Saya lupa ambil baju dekat bilik, jadi saya pakai baju awak je lah." Katanya dengan senyuman menggoda. Sengaja nak sakat Haider.

"Kenapa muka awak merah?" ditekup pipi suaminya dan sengaja dia rapatkan lagi badannya dekat dengan Haider.

"Viera, jangan dekat sangat." Cuak dia apabila dia dapat rasakan lekuk badan Xaviera.

"Kenapa?" tanya Xaviera sambil menayangkan wajah polosnya.

Haider tersenyum sinis. Nampak sangat yang Xaviera nak main dengan dia.

"Sebab aku lelaki.." Haider menarik pinggang Xaviera kemudian dia terus sahaja mencium bibir isterinya.

Xaviera yang terkejut dengan ciuman tersebut terus sahaja menolak badan Haider.

"Gatal!" katanya dengan pipi yang sudah berona merah.

"Siapa suruh tunjuk berani, kan dah kena cium." Balas Haider dengan senyum puas.

"Ishhh!" Xaviera terus keluar dari ruang dapur dan dia tunggu sahaja Haider di meja makan. Dia malu dengan perbuatan Haider tadi.

Haider hanya melihat sahaja pemergiaan Xaviera. Bibirnya tak lekang dari senyuman.


Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now