"Err... hah?"

Waseem raup wajahnya.

"Ibu tengok ni. Wareesa pergi pukul dahi dia sendiri. Tak padan dengan dahi dah benjol!" Tiba-tiba Waseem mengadu.

Wareesa macam orang bodoh pandang kiri kanan mencari batang tubuh Ibu Ayunin. Bila masa pula Ibu Ayu ada?

Melihat Wareesa yang seperti sedang mencari-cari, hilang terus kerutan geram di dahinya. Digani terus dengan senyuman senget yang sudah makin melebar. Sudahnya, Waseem tunduk wajah nak sorok senyuman yang macam tak berhenti melebar.

"Now dia buat-buat comel pulak." Adu Waseem lagi. Wajah diangkat lalu terus bertemu pandang dengan Wareesa yang dah beriak hairan.

Mata dipejam rapat oleh Waseem.

"I'm on the phone, Reesa."

"Oh."

Bentuk O terus mulut Wareesa. Malu sendiri. Lagi malu bila ingat kebodohan tindakannya tadi. Of course lelaki itu on the phone. Dengan Ibu Ayu lagi. Dan fakta itu buat hati Wareesa berbunga kecil.

'Maknanya dia bukan on call dengan perempuan lain lah kan?'

Terus Wareesa senyum manis.

Waseem hanya melihat. Tak boleh nak buat apa. Kang kalau tiba-tiba cubit pipi Wareesa, mahu mengamuk gadis itu. Tapi itu lah... Itu yang dia nak buat sekarang sebenarnya. He's feeling like pinching her soft cheeks! Lepas tu cuit hidung gadis itu juga. Eee, geram!

"Okey, ibu. Nanti kitorang jumpa ibu. Ni, nak kena rawat baby besar ni."

Dengar perkataan 'baby besar', terus Wareesa alih pandang. Bibir bawah digigit. Rasa nak menjerit.

"Ehem." Berdeham kecil Wareesa untuk neutralkan rasa. Baru sekejap dengan Waseem, entah berapa kali dia perlu neutralkan diri.

Waseem menggeleng. Kaki dibawa laju ke tempat pemandu. Pintu dibuka lalu duduk dilabuhkan. Masa tutup pintu, Wareesa yang dah pandang luar tingkap itu dipandang. Terbentuk terus senyum senget di bibir.

"Menoleh sana buat apa? Bukan dapat sorok pun pipi Reesa yang dah merah tu." Selamba Waseem menyakat, buat pipi Wareesa makin memerah.

Dengan pipi yang ditekup rapat, Wareesa pusing kepala jeling Waseem tajam.

"Eee, tak payah lah tegur!" Marah Wareesa. Lelaki ini boleh tahan annoying juga. Buat-buat tak nampak aje tak boleh ke?

Waseem hamburkan gelak sambil geleng kepala.

"Macam mana tak tegur kalau dah itu yang mengusik hati."

Selamba. Selamba yang buat Wareesa nak henjakkan kepala Waseem ke tingkap dengan kelajuan 180/km.

Pandangan Wareesa makin tajam, walau pipi jadi makin hangat.

Waseem perasan dan mengalah. Tangan diangkat tinggi. Menyerah. Tak mahu dijeling Wareesa lagi. Tapi, bila dia angkat tangan, dia dapat lagi jelingan Wareesa. Amboi! Manja betul jelingan itu tapi biar dia simpan ayat itu untuk dirinya sahaja. Kalau dia suarakan, mahu Wareesa balik naik teksi. Melepas dia nanti.

"Here you go, big baby." Ujar Waseem seraya mengeluarkan secawan ice yang dia beli di C U Mart tadi. Dihulur kepada Wareesa untuk gadis itu tuam benjol di dahi.

"Ish." Desis Wareesa garang. Tunjuk tak suka dengan gelaran baru yang dia baru terima. Ada-ada sahaja cara lelaki ini buat dia rasa rama-rama dalam perut. Kalau lama-lama begini, memang susah dia nak move on jika lelaki ini punya pilihannya sendiri.

Waseem senyum. Gear mula digerakkan sebelum handbreak diturunkan. Pedal minyak ditekan, mula memandu pergi dari kawasan deretan kedai.

Suasana kembali diam dalam kereta. Waseem tenang memandu manakala Wareesa diam menuam kepalanya sendiri dengan ais. Dibiarkan sahaja rasa sejuk dari ais melakukan kerja. Tapi tu lah, entah kenapa dia rasa macam terlebih sejuk pula. Buat dia usap lengan sendiri. Duduk pun dibetulkan. Kaki dirapatkan, cuba untuk panaskan badan.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now