Haider yang sempat melihat muka isterinya yang sudah bertukar merah tergelak kecil. Kenapa comel sangat ni?

"Kau malu ke Viera?" sengaja sahaja dia nak tambah rasa malu isterinya.

Xaviera menumbuk bahu suaminya melepaskan rasa malunya. Kenapa dia je yang malu, Haider tak pun. Siap ketawa lagi.

"Lepas ni jangan bandingkan kau dengan Annisa. Annisa adalah Annisa. Kau adalah kau." Katanya dengan tangan mengusap lembut belakang isterinya.

Xaviera menegakkan semula kepalanya. "Bukan dulu awak ke yang selalu bandingkan saya dengan Annisa." Dia tak perasan pun apa yang dia kata.

Haider sekali lagi mengeluh. Mendengar keluhan tersebut membuatkan bibirnya terus dikemam serta merta. Kenapalah dia pergi ungkit hal tu lagi?

"Aku minta maaf Viera. Aku banyak buat salah dengan kau. Aku banyak bandingkan kau dengan Annisa. Aku menyesal dengan apa yang sudah aku kata dulu. Aku terlalu butakan cinta Annisa sampai aku tak tengok pun permata yang ada didepan mata aku." Katanya dengan nada yang lemah sahaja.

"Saya minta maaf. Saya salah sebab ungit hal ni."

Mulut ni rasa macam nak dicili-cili je. Gatal sangat nak ungkit hal lalu.

"Bukan salah kau, semuanya memang salah aku." Kata Haider dengan tangannya membetulkan rambut isterinya.

"Awak sambung lah makan. Kesian awak.." suruhnya apabila keadaan mereka sudah berubah menjadi kekok.

Haider terus sahaja menyambung suapannya. Dia pun tak nak terus berada dalam masa lalunya. Biarlah Annisa menjadi kenangannya. Dia nak fokus dengan Xaviera.

...

Apabila teringat akan kejadian tadi, dengan sendiri pipinya naik merah begitu juga dengan bibirnya yang automatik membentuk senyuman paling lebar.

Dia tak peduli langsung dengan sekelilingnya. Fathi dan Emyr yang kebetulan melihat Xaviera langsung mendekati wanita itu. Dari tadi lagi mereka perasan Xaviera senyum sendiri.

"Ehem..." sengaja Fathi berdehem untuk menyedarkan Xaviera namun wanita itu langsung tidak sedar akan kehadiran mereka berdua.

Fathi dan Emyr berbalas pandangan sebelum senyuman nakal terukir dibibir mereka.

"What is love?" soal Emyr dengan mata memandang kearah Xaviera.

Tertoleh kepala Xaviera ke sisinya apabila mendengar suara yang sangat dia kenali. Sejak bila mereka berdua ni ada dekat sini?

"In maths love an equation..." Fathi menjawab bagi soalan tersebut.

"In history love a war..."

"In chemistry love a reaction..." pening pula kepalanya apabila mereka saling berbalas berkata-kata.

"In art love a heart." Ujar Fathi dengan kening dijongketkan keatas dan tidak lupa juga senyuman nakalnya yang sentiasa menghiasi bibirnya.

"In Haider, it's only Xaviera!" kata Emyr dengan nada yang sangat kuat.

Membesar mata Xaviera apabila suara Emyr menjadi perhatian beberapa pelajar yang berada disekitar mereka bertiga.

"Apa korang ni?" marahnya dengan mata melihat dikelilingnya. Buat malu je lah diorang ni.

"Eleh, nak malu-malu lagi. Tadi senyum sendiri tak malu pula," sindir Emyr dengan selamba.

"Tengok tu, semua dah pandang kita." Dicubit lengan mereka berdua, geram dengan perangai tak matang Emyr dan Fathi. Yang malunya dia sendiri.

"Lain macam kau sekarang, kan. Mentang-mentang dah berbaik dengan Haider, kami berdua ni dah dilupakan. Dulu kau tak pernah nak marah apalagi cubit macam ni, sekarang dah berani." Kedengaran seperti Fathi merajuk sahaja dengan kelakuan Xaviera.

"Fathi..." panggilnya dengan meleret. Dia tahu Fathi sengaja je buat nada macam tu. Nak buat dia rasa bersalah je.

Fathi dan Emyr ketawa sahaja menunjukkan mereka sekadar bergurau. Xaviera turut ketawa yang membuatkan mereka sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Annisa yang melihat kebahagiaan tiga sekawan itu hanya memandang dengan pandangan yang tidak puas hati.

"Ketawa lah selagi boleh. Aku tak akan biarkan kau nikmati rasa bahagia jadi isteri Haider. Aku akan hancurkan kau Viera!"





Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you

 HAIDER LUTHFAN Kde žijí příběhy. Začni objevovat