Seketika mereka saling berbalas pandang sehingga Xaviera sendiri yang larikan anak matanya ke tempat lain. Aduh, suaminya ni main mata pula.

"Makanlah, kalau sejuk dah tak sedap." Cepat sahaja dia mengubah keadaan mereka.

Haider terus mengalihkan pandangannya kearah nasi goreng yang tidak berupa seperti nasi goreng. Tak tahulah tapi kemahiran memasak Xaviera ni lain macam. Kadang masakan dia seperti masakan cef lima bintang dan kadang masakan dia seperti makanan yang langsung tidak boleh ditelan.

Takut-takut juga dia nak makan tapi melihat kepada usaha isterinya yang dah bangun pagi membuatkan dia tak sampai hati nak kecewakan.

"Kau tak makan ke?" soal Haider.

"Tak apa. Awak makan dulu," memandangkan dia duduk di pangkuan Haider, jadi dia lah yang akan suap suaminya.

Melihat kepada sudu yang sudah berada didepannya membuatkan dia membuka mulutnya serta merta.

"Sedap tak?" tak sabar dia nak dengar pujian Haider.

"Hmmm, sedap..."

"Lambatnya awak jawab."

"Lah, aku kan mengunyah."

"Kalau tak sedap cakap jelah tak sedap. Saya tahulah saya ni tak pandai masak. Saya ni tak sempurna macam Annisa." Sempat dia melemparkan jelingan tajam kearah Haider apabila nama Annisa keluar dari mulutnya.

"Dah kenapa tiba-tiba masuk Annisa ni?"

"Annisa tu sempurna di mata semua orang. Apa yang dia nak sekejap je ditunaikan.." apa yang dia perhati semasa berkawan dengan Annisa ialah wanita itu sangat disenangi oleh disekelilingnya. Orang baik tak macam dia yang sosial.

Haider tersenyum melihat isterinya cemburu dengan Annisa.

"Kau nak apa? Biar aku tunaikan apa yang kau nak." Soal Haider dengan nada serius.

"Saya nak disayang oleh awak dengan mummy. Itu je Haider.." pintanya dengan suara rendah.

"Aku kan dah sayang kau." Pelukan dipinggang isterinya dieratkan lagi.

Malu-malu sahaja Xaviera saat ini. Haider betul-betul dah jatuh cinta dengannya.

"Kalau kau cemburu dengan Annisa, Annisa pun cemburu dengan kau sebab kau dah jadi isteri aku. Dan kau dapat ni sedangkan Annisa tak dapat." Xaviera mengerutkan dahinya. Apa yang dia dapat?

Haider pantas sahaja mencium pipi Xaviera apabila melihat isterinya sedang  memikirkan kata-katanya.

Hanya dengan sekali sentuhan sahaja mampu membuatkan pipinya naik merah.

Haider yang sudah tak tahan melihat kecantikan isterinya menolak lembut pipi isterinya untuk mereka saling berpandangan.

Tanpa sebarang kata dia terus sahaja menyambar bibir Xaviera. Awalnya Xaviera menolak tapi disebabkan cara Haider membuatkan dia ikut rentak Haider.

Haider sendiri melepaskan ciuman tersebut. Terlepas sahaja tautan di bibir mereka, Xaviera terus menyembunyikan mukanya disebalik bahu Haider.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now