"Kalau aku tak buat, kau dah tak ada disini. Kau dah lepak dibawah tanah." Balasnya dengan selamba.

"Bersyukur Annisa, masih ada Haider yang nak selamatkan kau. Kalau nak tunggu pasukan penyelamat datang, tak sempat."

"Kenapa mesti Haider? Saya tahu ramai lagi yang boleh bantu saya, tapi kenapa awak yang maju? Lepas awak dah buat macam tu dekat saya, awak boleh pula bermesra dengan Viera," Annisa memang tak puas hati dengan perbuatan Haider.

"Apa masalah kau ni? Masalah ni tak besar, jangan nak diperbesarkan."

"Bagi awak tak besar tapi bagi saya sangat besar. Saya akan tuntut tanggungjawab dari awak." Seusai dia berkata, dia terus pergi meninggalkan pasangan tersebut.

Xaviera dan Haider saling berbalas pandang. Ini yang dia takut. Annisa akan minta Haider bertanggungjawab atas perbuatannya.

"Sebab ini saya halang perbuatan awak." Kata Xaviera dengan perlahan.

"Aku minta maaf.." dia tak sangka Annisa akan bertindak seperti ini.

Annisa yang sudah jauh dari mereka berhenti dari terus melangkah. Badannya dipusing semula kebelakang melihat Haider dan Annisa. Perlahan-lahan bibirnya membentuk senyuman penuh makna.

"Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan Haider!"

...

Sementara menunggu Haider datang, Xaviera termenung sendiri didalam kereta memikirkan tentang Annisa dan juga Haider. Dia tahu Annisa tak akan duduk diam. Dia dah masak dengan perangai Annisa yang kelihatan baik dihadapan tapi busuk dibelakang mereka yang lain.

"Kau okey ke ni? Masih demam?" terkejut Xaviera dengan sentuhan hangat yang dia rasi didahinya. Ternyata tangan kekar Haider yang menyalurkan rasa hangat tersebut.

Xaviera mengambil tangan Haider lalu dia genggam tangan tersebut. Mereka saling berpandangan.

"Macam mana kalau keluarga dia minta awak bertanggungjawab?" soal Xaviera dengan mata memandang kearah Haider yang sedang bersandar di luar pintu kereta.

Haider juga takut sekiranya hal ini sampai di telinga keluarga Annisa. Dan dia juga takut sekiranya abi Annisa meminta untuk dia menikahi anaknya disebabkan tindakan bodohnya.

"Aku tak akan biarkan hal itu berlaku Viera. Aku akan jelaskan dengan keluarga Annisa yang aku dalam keadaan terdesak." Betul lah dengan apa yang dia katakan. Mana sempat nak tunggu pasukan perubatan datang sedangkan Annisa sudah pucat lesi tidak sedarkan diri. Ini berkaitan dengan nyawa.

"Janji jangan tinggalkan saya Haider,"

"Aku janji, aku tak akan tinggalkan kau." Dielus rambut Xaviera dengan lembut. Tidak tahu sejak bila dia jatuh cinta dengan Xaviera. Cinta itu hadir dengan sendiri.

Awalnya Haider hanya kesian dengan kisah hidup Xaviera namun apabila dia mendalami kisah  Xaviera membuatkan mata dan hatinya terbuka untuk menerima Xaviera. Kisah Xaviera membuatkan Haider ingin memeluk erat tubuh wanita itu dan memberi kekuatan kepada isterinya.

"Saya dah tak ada tempat untuk bersandar kecuali dengan awak Haider. Saya tak nak berkongsi kasih sayang dengan sesiapa lagi. Cukuplah mama dengan papa buat saya macam ni." Laju air mata jatuh membasahi pipinya.

Haider menarik Xaviera masuk kedalam dakapannya. Dipeluk badan tersebut dengan erat dan membiarkan Xaviera melepaskan tangisannya.

Xaviera rapuh. Xaviera kesunyian dan Xaviera perlukan kasih sayang.

Ditepuk badan isterinya dengan perlahan dan lembut. Lama sehingga tiada lagi bunyi tangisan dari Xaviera.

"Kita balik ya." Kata Haider lalu dengan lembut dia menyandarkan badan Xaviera di kerusi penumpang dan tidak lupa juga Haider membantu isterinya memasang tali pinggang dibadannya.

Sunyi sepi pemanduan Haider ketika ini. Masing-masing berada di dunia sendiri. Haider  yang tenang memandu namun dalam fikirannya sudah serabut memikirkan hal ini begitu juga dengan Xaviera yang hanya memejamkan matanya. Dia nak hilangkan suara-suara yang menganggu dia.

"Viera, jom! Kita dah sampai." Xaviera yang sudah terlelap langsung tak menyahut.

Haider keluar dari kereta lalu kaki dibawa ke tempat Xaviera. Pintu kereta dibuka dan kelihatan Xaviera sedang tertidur. Patutlah tidak menyahut rupanya isterinya tidur.

Haider meletakkan kedua-dua tangan isterinya melingkar ke lehernya lalu diangkat badan Xaviera dengan perlahan-lahan.

"Sleep well my love." Ujarnya setelah dia meletakkan Xaviera diatas tilamnya. Sebelum keluar sempat Haider memberikan satu ciuman di dahi Xaviera.







"Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you."

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now