" Nak sangatkan, rasalah! Padan muka! " kata Mikhail, " Eee, Mikhail! Kau jahat! " kata Niya. Niya mula menangis, Mikhail duduk menghadap Niya. " Manja betullah kau ni! " kata Mikhail, dia mengesat air mata Niya. Mikhail mengangkat Niya semula, kedua-dua tangan Niya berada di leher Mikhail. Walaupun Niya terasa malu, tapi terpaksalah dia hadapi. Kaki dah sakit, tak dapat jalan, apa boleh buatkan Niya? Beberapa kali Niya melihat Mikhail mengeluh, " Berat sangat kah aku? " soal Niya. " A'ah! " jawab Mikhail, Niya mencebik. Dia memandang ke tempat lain, terasa sakit hatinya hendak memandang Mikhail.

End Flashback~

Niya membuka matanya perlahan-lahan, dia memandang kipas yang berputar-putar di atasnya. Mata digosok-gosok kerana terasa kabur, " Aku di mana? " soal Niya dalam hati. " Bismillahirrahmanirrahim~ Yaasiin~ " suara orang membaca surah Yasin kedengaran, Niya bingkas bangun dari katil. " Huh, ingatkan aku yang kena bacakan yasin. " kata Niya, Niya memandang meja solek, katil, bilik air dan tudungnya atau lebih tepat tudung Datin Sharifah yang dipakainya.

Bebola mata Niya berputar 360°, dia giat mengenal pasti dia di mana sekarang. " Apa jadi malam tadi? Eh, ni malam ke siang? Siang ke malam? " soal Niya sendiri. Dia mendekati pintu sliding, langsir tersebut diselak untuk melihat keluar. " Arr, subuh kot. " kata Niya, dia menutup langsir itu semula. Niya mencapai tudung tersebut lalu dipakaikan kemas pada kepala nya, setelah itu dia keluar mendapatkan empunya suara yang membaca surah Yasin tadi.

Suara tersebut datang dari bilik solat, suasana agak gelap jadi dia masih tidak pasti dia di mana. " Aku di mana? Rumah akukah? Rumah Mikhail? " soalan itu bermain di fikiran. Niya tiba di hadapan sebuah bilik, baru tangan kanan hendak mencapai tombol pintu. Tiba-tiba seseorang membuka, nak gugur jantung Niya apabila melihat seorang wanita yang berbalut kain putih. Mata Niya terbeliak, dia berundur selangkah.

Lampu di lorong itu dibuka oleh seseorang, wajah Datin Sharifah berada di hadapannya. " Oh, ibu! Terkejut Niya. " kata Niya, dia mengurut-urut dadanya. " Kenapa Niya fikir ibu lembaga putihkah? Hahaha.. " usik Datin Sharifah, malu Niya dibuatnya. " Oi! " suara dari belakang membuat Niya terkejut, dia terlompat seperti seekor katak. " Oi Mak kau! " latah Niya, rupanya Mikhail yang menghidupkan lampu itu tadi dan dialah yang telah mengejutkan Niya.

" Kau, ish! " marah Niya, dia memukul-mukul Mikhail. " Woi, woi! Hati-hati sikit! Batal wudu aku kang! " kata Mikhail sambil mengelak pukulan Niya, Niya berhenti memukul Mikhail. " Ibu, tengok Mikha tu! " adu Niya, jari telunjuk tepat ke batang hidung Mikhail. Terbeliak mata Mikhail memandang jari telunjuk itu, hampir juling dibuatnya. Datin Sharifah hanya ketawa melihat mereka, " Ibu! Ketawa pula! " marah Niya. Dia mencebik dan menghentak kaki kanannya, lantas penumbuk digenggam. Di mata Datin Sharifah Niya kelihatan comel, bertambah kuat lagilah ketawa Datin Sharifah melihat telatah Niya.

" Blueerrkk! Kau ingat ibu nak marah anak kesayangan dia ni? Just In your dream! " kata Mikhail, dia masuk ke dalam bilik solat. " Eee!! " Niya mengetap giginya, " Bangang kau Mikhail! " bisik hati Niya. Ya lah, mana berani nak cakap depan Mak dia, tak pasal-pasal berperang pula. " Niya mau solat? " soalan Datin Sharifah menyentak Niya, " Aaa, nak! Nak! " kata Niya. " Dah pergi ambil wudu, nanti datang bilik ibu. Pakai telekung di sana. " kata Datin Sharifah sambil menunjukkan bilik nya. Niya mengangguk, dia menuju ke bilik air di bilik tetamu untuk mengambil air wudu.

Siap mengambil wudu dan memakai telekung, Niya dan Datin Sharifah ke bilik solat bersama-sama. Dato' Sulaiman, Mikhail dan Luqman sudah bersedia di atas sejadah, Niya dan Datin Sharifah membentang sejadah di hadapan mereka. Azan subuh berkumandang, Luqman berdiri untuk melaungkan iqamat. Selesai iqamat, mereka semua berdiri untuk memulakan solat. "Siapa imam ayah? " soal Luqman, " Emm, Mikhail lah! Lama dah tak jadi imam kan? " jawab Dato' Sulaiman.

Mikhail kelihatan gugup, matanya tak habis memandang sejadah untuk imam. Niya tersenyum sinis, " Mikha tu kalau nak imamkan 1000 perempuan barulah dia nak. Ni cuma depan keluarga, mana lah dia nak! " bisik hati Niya. " Adik, cepatlah! " arah Datin Sharifah, Mikhail melangkah ke arah sejadah untuk imam. Tersentak Niya, Mikhail membaca niat dan mengangkat takbirratulihram.

" Allahuakbar! " tersentak hati kecil Niya, rasa ber salah kerana mengumpat dirinya tadi kini timbul. " Ya Allah, kejamnya aku! " bisik hati Niya lalu mengangkat takbiratulihram.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

Niya duduk termenung di dapur rumah nya, suasana di dapur sunyi sepi. " Niya! " seseorang memanggilnya, memang tidak ganjil lagi, itu suara Hafizah. Niya berjalan dengan langkah yang berat, Hafizah sedang berada di anak tangga kelima dengan beberapa helai pakaian di bahunya. Setiba sahaja di hadapannya, kelima-lima helai pakaian itu dilempar ke arah wajah nya. " Kau cuci tu! Awas kalau sampai ada cacat cela! Aku cacatkan muka kau! " kata Hafizah, dia naik ke biliknya semula.

Niya membawa pakaian itu ke laman belakang rumah, mesin basuh diisikan dengan air kemudian dicampur sabun. Pakaian itu di masukkan ke dalam mesin basuh tersebut, dibiarkan sahaja pakaian itu diputar. Dia duduk di dapur, terasa lemah untuk bergerak.

" Kau yang tidur di bahu aku! " perkataan itu masih terlintas di fikiran Niya. Niya meletakkan kepala nya di atas meja.

Throwback~

Mikhail duduk di tepi kolam, Niya mendekati Mikhail. Mikhail sedang asyik menikmati sandwich yang dibuat Datin Sharifah tadi. Niya duduk di sisinya, Mikhail memandang Niya. Senyap je~ mata Niya asyik memandang ke depan, badan digoyang kedepan ke belakang, ke depan ke belakang pening Mikhail melihatnya. " Oi " Mikhail menolak kepala Niya lembut, Niya menoleh ke arah Mikhail.

" Apasal kau ni? " soal Mikhail, Niya menggeleng-gelengkan kepalanya. " Cakaplah, aku tau kau nak cakap sesuatu. " kata Mikhail sambil menggigit sandwich itu. " Kenapa aku tidur sini semalam? " soal Niya, Mikhail tersentak. Sedikit cebisan sandwich masih belum termasuk ke dalam mulut, Niya memandang Mikhail " Cute! " bisik hati Niya. Dia duduk menghadap Mikhail. " Cakaplah! " gesa Niya, Mikhail duduk mengahadap Niya.

Cebisan sandwich itu dihabiskan, dia berdehem beberapa kali. " Kau nak tahu? " kata Mikhail, Niya menangguk. " Kau.. " kata Mikhail, wajah nya menghampiri wajah Niya. " Kau yang tidur di bahu aku! " kata Mikhail lalu menolak dahi Niya, Niya mencebik.

" Aku? Tidur? Di? Bahu? Kau? " kata Niya, " A'ah! " Mikhail memandang ke hadapan semula. Sebenarnya terasa malu, Niya juga melakukan perkara yang sama. " Ish, Niya! Macam mana kau boleh tidur di bahu dia? " rungut Niya dalam hati.

End throwback~

" Hoi! " Niya terkejut, seperti seorang askar dia pantas bangun dari kerusi. Rupanya Lina yang mengejutkannya, dengan pandangan sinis dia berlalu pergi. " Gunting? " bisik Niya, Niya tidak menghiraukannya walaupun sebenarnya itu bala untuk Niya.

Tanat Bab 17:Why?!

#IamSabahan

My Lovely Crush❤ Where stories live. Discover now