"Kau jangan nak mengada! Program kita tu esok dan semua borang penyertaan aku dah hantar. Jangan tambah kerja aku, Viera." Kata Fathi dan kedengaran sangat tegas menunjukkan bahawa dia tak suka dengan idea tiba-tiba Xaviera yang nak tarik diri di waktu macam ini.

"Kenapa tiba-tiba nak tarik diri ni? Haider kan ikut juga," kata Emyr yang tak faham dengan Xaviera.

"Itu masalah dia," kedengaran keluhan berat terbit dari mulutnya.

"Abi Annisa minta Haider jagakan Annisa dekat sana nanti. Aku tak nak buatkan diri aku sakit nampak kemesraan mereka berdua." Beritahu Xaviera dengan datar.

"Apa macam tu? Abi dia tak tahu ke yang Haider dah ada isteri. Yang sibuk suruh suami orang jaga anak dia, dah kenapa?" Emyr juga naik marah mendengar cerita Xaviera.

Xaviera hanya mengangkat bahunya.

"Tapi kau boleh kan buat Haider dan Annisa tu jauh. Kau bagilah aku satu kumpulan dengan Haider, Annisa kau campak lah pergi mana-mana." Pinta Xaviera.

"Kau tenang je, pandailah aku buat Annisa tu sedar diri."

Xaviera tersenyum lega. Selagi ada Fathi dia yakin dia tak akan nampak kemesraan Haider dan Annisa.

"Weh, aku gerak dulu ya. Kalau Haider ada tanya korang, cakap je kita borak kosong." Pucat lesi mukanya apabila melihat langkah Haider yang sedang menuju ke tempat mereka.

"Kau kenapa? Pucat semacam je ni," Emyr dan Fathi menjadi risau melihat Xaviera yang sepertinya dalam ketakutan.

"Dahlah, aku gerak dulu. Fathi ingat tau.." Xaviera terus bergegas larikan diri. Dia tak nak terserempak dengan Haider, takut suaminya banyak tanya.

Haider duduk ditempat Xaviera. Dia perasan je tingkah isterinya yang terburu-buru. Nampak sangat nak larikan diri dari dia.

"Korang borak apa je?" soal Haider. Air minuman Xaviera diminum dengan rakus. Haus dia berjalan dengan panas teriknya lagi.

"Borak kosong je," balas Fathi. Keadaan mereka menjadi sunyi kerna tak ada benda nak dibual.

...

Hari yang ditunggu pun tiba. Hari berlangsungnya program Fathi. Orang lain memanglah tunggu hari ni tapi tak untuk Xaviera.

Dia perhati je Annisa dari jauh. Gedik nak mampus. Batu yang dia genggam ditangan nak je dilempar kearah Annisa, biar kena kepala perempuan tu lepastu dia lupa ingatan. Ha, aman hidupnya.

Xaviera curi-curi dengar perbualan mereka bertiga. Nasiblah jaraknya dekat jadi boleh lah dengar apa yang abi Annisa sampaikan kepada Haider.

"Haider, ini ubat Annisa. Satu Annisa pegang, satu kamu pegang." Encik Rizuan menghulurkan satu inhaler kepada Haider.

"Kalau Annisa lupa nak bawa inhaler dia, sekurang-kurangnya Haider ada pegang satu. Tak lah kelam kabut kalau ada apa-apa terjadi dekat Annisa." Nada suara Encik Rizuan kedengaran sangat risau.

"Abi jangan risau, ubat ni akan selalu dengan Haider."

Geramnya dia dengar apa yang dikatakan oleh Haider. Boleh je kan Haider tu tolak. Annisa ada je kawan perempuan yang lain.

"Aww, baiknya Haider. Sanggup dia jaga perempuan lain kan, Viera?" sengaja Fathi nak panaskan Xaviera.

Xaviera membalas dengan memberikan tumbukan di bahu Fathi. Dia ni dahlah menahan geram, Fathi boleh buat dia tambah geram lagi.

"Aku ni tak cantik ke?" soalnya dengan tiba-tiba.

Emyr dan Fathi terdiam seketika dengan soalan tersebut.

"Cantik! Orang cantik memang kami yang jaga." Ujar Fathi dengan senyuman nakalnya.

"Tak naklah aku!"

"Sombong!" balas mereka berdua dengan serentak.

"Fathi aku satu kumpulan dengan Haider, kan?" ini je lah  harapan terakhirnya. Mana boleh dia biarkan Annisa tu berkepit dengan suaminya.

"Ye, kau satu kumpulan dengan dia tapi..." serba salah pula dia nak teruskan ayatnya. Xaviera diam sahaja menunggu ayat seterusnya.

"Maaf Viera tapi Annisa pun satu kumpulan dengan kau. Haider yang minta." Dengab terpaksanya Fathi sampaikan hal tersebut.

"Apa masalah Haider ni? Sengaja je nak sakitkan hati aku." Dihentak kakinya dengan kuat. Batu yang dia genggam tadi dibuang dan terkena tepat di kepala Annisa.

"Auchhh!" Haider dan Encik Rizuan yang tak tahu apa-apa memandang pelik kearah Annisa.

"Nisa kenapa?" soal Encik Rizuan.

"Tak tahu siapa yang lempar batu dekat Nisa."

Emyr, Fathi dan Xaviera hanya menunjukkan riak kosong sahaja padahal mereka lagi menahan ketawa. Tak sangka batu itu terkena Annisa.

Emyr yang tak mampu nak tahan ketawa membawa dirinya menghadap benda lain. Secara tak sengaja dia terpandang wajah Xaviera.

"Viera..." panggilnya dengan raut wajah yang sudah bertukar cemas.

"Apa!"

"Hidung kau berdarah." Beritahu Fathi sambil tangannya membuka begnya mencari tisu. Nasib dia ada bawa.

Xaviera mengambil tisu yang berada ditangan Fathi lalu dia bersihkan hidungnya. Patutlah dia rasa tak selesa tadi rupanya ada darah keluar.

"Kau okey ke ni Viera?" Emyr betul-betul risua melihat keadaan Xaviera. Selalunya dia nampak dalam drama je tak sangka hari ni berlaku didepan matanya.

"Banyaknya darah kau..." mereka lihat tisu itu sudah penuh dengan darah Xaviera.

"Aku okey lah. Tak payahlah risau." Dia membentuk senyuman menunjukkan yang dia tak apa-apa.

Haider perasan akan keadaan Xaviera namun dia tidak boleh pergi begitu sahaja kearah isterinya memandangkan abi Annisa masih lagi  berbual dengannya.



Even if my name is not etched in your heart, I still choose you.








Enjoy reading❤️

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now