"InSyaAllah abi, nanti Haider tengokkan Annisa," guling mata Xaviera mendengar nama Annisa meniti dari bibir Haider. Ini mesti kes abi Annisa minta jagakan anaknya. Annisa kan ada sakit.

"Sama-sama abi."

Hilang penatnya mendengar perbualan tersebut. Kalau dia tahu Annisa nak ikut, memang dia tak hantar borang tu dekat Fathi.

"Baguslah tu, sibuk nak jaga anak orang. Bini sendiri, langsung tak dipeduli." Sakit betul hatinya dengan Haider ni. Abi Annisa ni pun satu tak malu ke minta tolong dengan Haider, Haider ni kan dah ada isteri.

Dia berdiri dan sengaja dia menghentakkan kakinya supaya Haider sedar bahawa dia dengar perbualan mereka tadi. Haider yang melihat tingkah isterinya memandang aneh.

"Kau kenapa jalan macam tu?" soalnya.

"Suka hatilah," balasnya dengan datar.

"Kau baru habis kelas ke?" kekok pula apabila di bercakap seperti ini. Selalunya bahasa yang dia gunakan kasar mana pernah nak lembut-lembut macam ni.

"Hmmm.." Xaviera terus menuju ke biliknya. Sempat dia berikan jelingan tajam kepada Haider.

Haider meraup rambutnya dengan kasar.

"Apa aku patut buat ni?" serabut Haider dengan situasinya sekarang. Satu masa dia mahu berbaik dengan Xaviera dan satu masa Annisa perlukan dia.

Sampai sahaja dia dibilik, begnya dibuang dengan kasar.

"Baik abi, nanti saya jaga."

"Senang je dia nak jaga Annisa, aku? Aku macam mana?" dihentak kakinya menunjukkan betapa geramnya dia dengan Haider.

"Nak je aku cubit bibir Haider tu. Kenapalah dia balas macam tu? Jadi nanti dekat sana, aku lah yang tengok betapa mesranya mereka berdua?"

"Viera..." terhinjut bahunya dengan panggilan tersebut.

"Apa lagi yang dia nak ni?" malas betul dia nak berhadapan dengan Haider.

"Viera! Oi, bukalah!!" suara itu sudah memetir dihadapan pintu biliknya.

Xaviera membuka pintu biliknya dengan kasar.

"Nak apa?" soalnya dengan tangan disilangkan didada.

"Siaplah, kita makan dekat luar." Ajak Haider dan kelihatan sangat kekok dipandangan Xaviera. Macam ikhlas tapi macam terpaksa juga.

"Makan dekat luar?"

"Hmmm, aku dah muak makan masakan kau. Tak sedap!" katanya dengan selamba.

Xaviera tersenyum sinis. "Nanti masakan yang masin tu jugalah awak rindu."

"Tak akan!" Balasnya. Dia masih dengan egonya, tak nak mengaku yang dia sudah mula terima Xaviera sebagai isterinya.

"Bagi saya 10 minit untuk bersiap!" pintu bilik terus ditutup dengan kuat. Sakit betul hatinya kalau bercakap dengan Haider. Ada je yang buat dia geram.

Lebih dari 10 minit, Haider menunggu di ruang tamu sampai dia nak hilang mood keluar. Xaviera yang sudah siap mengatur langkahnya menuju ke tempat Haider.

"Awak, maaf saya lambat." Kata Xaviera bersama dengan senyuman tak bersalah.

Dia memandang sahaja Xaviera dengan pandangan dingin. "Tak apa Viera, aku memang ditakdirkan untuk tunggu kau bersiap."

"Jomlah! Saya dah lapar ni," ajaknya apabila Haider masih lagi duduk ditempat duduknya.

Haider langsung tak beranjak dari tempat duduknya. Apa yang dia buat adalah memerhati baju yang digunakan oleh Xaviera. Baju tu tak lah seksi tapi dia tak suka.

"Hoodie aku masih ada dengan kau, kan?" Xaviera menganggukkan kepalanya. Dia pelik, kenapa nak bangkitkan hoodienya?

"Kau ganti baju kau ni dengan hoodie aku." Arahnya dengan datar.

Xaviera berdecit geram.

"Kenapa? Apa salahnya dengan baju saya? Tak seksilah?" ujarnya tak puas hati.

"Kau ganti sendiri atau aku yang gantikan baju kau," ugutnya yang membuatkan Xaviera kecut perut.

"Ishhhh!" dengan geramnya dia patah balik masuk ke bilik untuk tukar baju seperti yang diarahkan suaminya.

Tak lama dia menunggu, Xaviera keluar dengan baju yang sudah bertukar. Baju itu sangat besar dibadan isterinya tapi dia suka. Comel!

Haider berdiri dihadapan Xaviera lalu dia kemaskan rambut Xaviera yang terurai bebas sebelum penutup hoodie diletakkan diatas kepala menutupi rambut isterinya.

Tak bernafas Xaviera dengan perbuatan Haider. Dia berusaha untuk tak pandang wajah Haider yang terlalu dekat dengannya.

"Kalau nak jadi isteri aku, jagalah rambut cantik kau ni dari pandangan lelaki lain."

Xaviera tersipu malu apabila Haider dah pandai panggil dia isteri. Petanda apa ini?

Haider juga ikut malu apabila dia sudah melampau batas. Kalau dekat dengan Xaviera, dia memang tak perasan tindakannya. Nanti akhirnya, dia juga yang malu.

"Aku tunggu luar," Haider terus larikan diri tunggu Xaviera diluar. Dia juga dapat rasakan mukanya sudah merah, malu dengan apa yang sudah dia buat.

"Dia dah pandai panggil aku isteri, arghhhhh!!" kerna terlalu gembira, dia melompat ditempatnya.

"Viera, cepatlah!!" teriak Haider dari luar.

Terus hilang moodnya mendengar jeritan Haider.

"Orang baru nak gembira, dia dah hancurkan." Bebelnya sambil kaki dibawa keluar.

"Annisa, aku dah menang!!"




Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now