Haider melangkah menuju ke almari bajunya. Diselak satu persatu baju yang bergantung dan diambil satu hoodie hitam.

"Pakai ni." Dihulurkan hoodie tersebut kearah Xaviera.

Xaviera terus mengambil huluran tersebut dan tanpa kata dia berlalu menuju ke bilik mandi.

"Pakaian dalam kau ada tak?" soal Haider tanpa ada rasa malu.

Terhenti terus langkah Xaviera mendengar pertanyaan tersebut.

"Ambil ni," Haider menghulurkan satu beg kertas.

Badan dibawa menghadap suaminya. Huluran tersebut hanya dipandang kosong dan pelik.

"Ini pakaian dalam kau. Tadi aku keluar belikan ubat untuk daddy, alang-alang tu aku balik rumah ambilkan benda ni," Haider selamba sahaja berkata berbeza dengan Xaviera yang sudah tertunduk malu.

Maksudnya Haider selongkar almarinya dan dia pegang baju dalamnya. Aduh, malu lah.

"Cepatlah! Kau nak aku pakaikan ke?" bertambah merah pipi Xaviera. Dia terus mengambil beg tersebut lalu dengan langkah yang laju dia masuk kw dalam bilik mandi.

"Gatal!" nak je dia cubit Haider tadi.

Haider yang melihat perilaku Xaviera hanya menggelengkan kepalanya dan terbit senyuman kecil di bibirnya.

...

Selesai Xaviera bersiap, dia menuju ke dapur ingin nak bantu Mak Yam. Dari jauh dia kedengaran suara seseorang sedang menyanyi yang datangnya dari arah dapur.

Xaviera mengintai terlebih dahulu apa yang dilakukan oleh Mak Yam. Lembuy sahaja dia melihat tubuh Mak Yam bergerak seiring dengan lagu yang dimainkan di radio. Dia masuk dengan kaki dijengketkan tak nak Mak Yam tahu kedatangannya.

Ramai orang membelinya,
Bunga-bunga jualannya,
Si ayu gadis ayu.

Datang seorang pemuda,
Dapat melebur hatinya,
Memetik oh cintanya.

Kini berjalan dengan pasangan,
Tak hirau lagi dengan jualan,

Matanya lirik-lirik selalu,
Rupanya manis-manis ayu,
Matanya lirik-lirik selalu,
Rupanya manis-manis ayu.

Hilang sakit Xaviera melihat tingkah comel Mak Yam. Xaviera turut serta menyanyi dan apabila Mak Yam perasan akan kedatangan wanita itu, dia menarik Xaviera untuk menari bersamanya sehinggalah lagu itu selesai.

"Lembutnya badan Mak Yan." Puji Xaviera bersama dengan senyuman gembiranya.

Tersipu malu Mak Yam dengan usikan Xaviera. Sudah memang lagu zamannya memang makanannya lah kalau nak gelek-gelek sikit.

"Mana adalah." Dipukul lembut lengan Xaviera dengan sebelum dia meneruskan kerjanya.

"Malu-malu pula Mak Yam ni," semakin giat dia mengusik wanita tua itu. Tambah malu Mak Yam dengan usikan tersebut.

"Mak Yam memang pandai menari ke? Lembut sangat badan Mak Yam,"

"Gelek sikit, bolehlah. Viera mesti lagi hebat menari. Anak mudalah katakan."

"Viera mana lah pandai nak menari Mak Yam. Viera ni robot." Ujar Xaviera lalu dia gerakkan badannya seperti robot. Kaku! Sangat kaku.

"Tak mungkin lah Viera keras. Sini Mak Yam tengok." Mak Yam memutar badan Xaviera dan digerakkan tangan wanita itu untuk melihat seberapa lembut dia boleh menari.

Tak dinafikan badan Xaviera memang keras.

"Lepas ni Viera tak payah nak menari lah ya." Kata Mak Yam membuatkan Xaviera membulatkan matanya.

"Tak kisahlah nak keras atau kayu, yang penting kita enjoy! Jom Mak Yam, kita menari lagi." Xaviera menarik tangan Mak Yam lalu mereka berdua menari dengan gaya tersendiri.

Tanpa mereka berdua sedar ada mata yang sedang memerhati mereka berdua. Tanpa dia sedar, ada senyuman kecil terbit dibibirnya.

"Viera kuat, kan?" Haider hanya diam sahaja. Dia terlalu asyik melihat senyuman Xaviera yang sangat cantik.

"Tak semua boleh tersenyum macam tu lepas apa yang dah terjadi," nyata kali ini kata-kata Ayyan mampu mengalihkan mata Haider.

"Maksud kau?"

"Kau dah seksa dia dari segi fizikal dan mental tapi dia masih mampu tersenyum." Balas Ayyan dan kedengaran sangat sinis di pendengaran Haider.

"Kalau kau nak tahu, orang yang kuat ketawa ni adalah orang yang pandai sembunyikan masalah." Sambung Ayyan lagi dan sesekali bibirnya tersenyum apabila Xaviera menyakat Mak Yam.

"Kita tak tahu Haider apa yang dialami oleh seseorang itu. Kita tak tahu macam mana susahnya seseorang itu untuk dia terus hidup. Disebalik senyuman Xaviera tu, aku yakin dia menyimpan seribu duka dalam hati dia." Mata Xaviera cukup menunjukkan kisah hidupnya.

Haider memandang semula ke arah isterinya. Baru dia teringat, sewaktu majlis perkahwinan mereka cara layanan papa Xaviera kepadanya dan hari dimana Xaviera menangis rindukan kasih sayang mamanya.

Xaviera adalah seorang anak yang masih inginkan perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah dan juga ibu. Walaupun wanita itu sedang bergelak ketawa namun jelas mata Xaviera masih lagi kelihatan kosong dan sunyi.

"Apa aku dah buat ni?"

Diraup rambutnya kebelakang setelah dia sedar dia telah sakiti seorang wanita yang kuat diluar tapi rapuh didalam.

"Masih belum terlambat untuk kau baiki hubungan korang berdua. Sayang Xaviera macam mana dia sayang kau. Cinta Xaviera macam mana dia cintakan kau." Pesan Ayyan sebelum dia pergi.

Haider setia melihat wajah gembira isterinya. Betul ke dia ni boleh bahagiakan Xaviera?



Even if my name isn't etched in your heart, I still choose you.

 HAIDER LUTHFAN Where stories live. Discover now