Chapter VII

44 5 0
                                    

SEMINGGU kemudian, Mommy mula pulang semula ke Washington setelah hampir sebulan menetap di rumah Noah. Disebabkan kejadian mereka berbalah dengan Royal dua minggu yang lepas, Noah telah menambah beberapa pengawal untuk berjaga di kawasan rumah ibunya.

Mansion miliknya juga sudah diketatkan kawalan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku terutamanya terhadap isterinya yang kini sedang mengandung anak pertama mereka. Buat masa sekarang, mereka tidak menerima sebarang bentuk ancaman dan keadaan masih lagi terkawal.

"Noah"

Noah berpaling. Kelihatan Timothy sedang menghampiri dengan dengan tangan kanan memegang iPad. Jejaka itu duduk di sebelah ketuanya di gazebo rumah.

"What?", soal Noah.

"I think you should see this", Timothy menekan putang 'Play' pada skrin iPad. Sebuah video memaparkan keadaan salah satu syarikat mereka di Sepanyol sedang diserang oleh musuh. Kerosakan syarikat pula sudah mencecah 80%. Bilangan anak buah mereka yang mati juga ramai jika dilihat di dalam video tersebut.

Noah membulatkan matanya. iPad tadi dirampas dan dia memainkan semula video tadi.

"Watefak?"

"Nak balik sana ke?", soal Timothy sambil memandang ke arah ketuanya.

Noah diam sejenak sambil khusyuk memerhati video tersebut. Dahinya berkerut seribu. Setelah video itu tamat, dia menekan lagi skrin iPad sebelum dia menganggukkan kepala beberapa kali.

"Prepare barang. Kita flight hari ni juga", arah Noah sebelum bangun dari duduknya.

"Noah, kau stay jela kat sini. Biar aku dengan Jeremy pergi sana. Lagipun benda ni masalah kecik je. Aku tunjuk ni pun sebab nak approval kau je", cadang Timothy. Dia bukan apa cuma dengan suasana tegang dan berjaga-jaga macam ni baik kita hati-hati. Orang kata malang tak berbau.

"Dorang budak-budak aku. Biar aku handle semua tu. Kau cakap kat dorang untuk prepare apa yang patut bila kita sampai nanti", ujar Noah sebelum jejaka itu terus berlalu pergi meninggalkan Timothy termanggu sendirian.

"HAS he moved?", soal seorang lelaki yang sedang berbaring di atas sofa yang hanya memakai bathrobe. Kepulan asap rokok berterbangan di udara setiap kali dia menghembuskan nafas.

"Yes sir", jawab seorang anak buahnya.

Lelaki tadi mula bangun dari duduk dan meletakkan rokok di dalam bekas abu rokok. Dia berdiri dan meregangkan ototnya sebelum berjalan mendahului anak buahnya.

Dia berdiri dihadapan tingkap yang sangat luas sambil memerhati keadaan Mexico City pada malam hari tersebut.

"Prepare the things. I want to meet him from the 'back door'"

ROSELLA termenung jauh sambil memegang seutas rantai salib. Sejak dia mendapat tahu berita kematian Dragon, dia menjadi seorang yang pendiam. Buat hal pun dah tak banyak. Makan pun dah tak lalu.

Note: Segala yang bercanggah dengan Islam adalah tidak dibenarkan. Kau jgn memandai nak pakai mana-mana necklace atau bracelet yg ada lambang Cross ni.

Xander mencuit bahu Xayne yang kebetulan sedang berdiri di ambang pintu bilik ibu mereka.

"Apahal?", soal Xander. Mata memandang ke arah Rosella yang sedang bersandar pada kaki katil. Pandangan jelek dihadiahkan buat ibunya.

"Macam biasa la. Kau dah bunuh boyfriend dia kan? Frust ah dia", jawab Xayne mendatar.

"Tch, masa papa mati tak ada pulak nak sedih macam ni. Dasar perempuan tak sedar diri", maki Xander.

Mrs. Lawrence [COMPLETED]Where stories live. Discover now