Chapter XXII

24 3 0
                                    

RIANA membuka matanya perlahan-lahan sebelum menggeliat kecil. Selimut yang menutupi tubuh ditolak ke tepi lalu dia bangkit dari katil dan mencapai tuala untuk mandi.

"Eh kejap", matanya memandang ke seluruh penjuru bilik.

Mana laki aku ni?

Tuala diletakkan di atas kepala sebagai tudung lalu dia melangkah keluar dari biliknya dan pergi ke ruang tamu. Nasib baik ada yang dah balik semalam. Kalau tak penuh je depan ni.

Matanya memandang ke arah susuk tubuh yang sedang bersandar pada tiang rumah. Di tangannya masih tidak lepas dengan gajet kecil itu selepas mereka bangun solat berjemaah tadi. Setelah yakin suaminya tidak 'hilang', dia masuk semula ke dalam biliknya dan mandi.

"ESOK?", soal Jeremy yang sedang bercakap dengan adik kembarnya di corong telefon.

"Hmm. Noah dah rindu wife dia"

"Emm, okay. Nanti aku bagitau dia. Cau", panggilan ditamatkan lalu lelaki itu masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.

"Argh!", terjerit Riana dek terkejut melihat Jeremy sudah berada di dalam bilik itu. Nasib baik dah pakai baju.

"Kenapa terkejut?", tanya Jeremy hairan. Telefon diletakkan di atas meja.

"Tak...tak ada apa", blushing mat! Malu!

"Hmm okay. Kemas barang-barang kau. Esok kita kena balik US", kata Jeremy lalu memasukkan segala perkakas kerja ke dalam beg laptop.

"Okay. Berapa lama?", soal Riana polos.

Kening kanan Jeremy terangkat tinggi. Seriously?

"Berapa lama apa? Pergi sana?"

Riana menganggukkan kepala.

"Bukan berapa lama. Memang kena duduk sana pun", balas Jeremy lalu mengemas beg bajunya.

"Hah?! Kenapa? Kerja saya macam mana?", soalnya cemas. Dah la kerjanya banyak yang tidak siap lagi.

"Berhenti kerja. Setakat gaji 1500 tu, aku boleh tanggung kau la", balas Jeremy selamba.

"Tapi-"

"Banyak cekadak pulak kau ni. Dah aku citizen sana, memang la kena duduk sana. Passport, visa kau semua tu aku dah siapkan. Kau kena bawak diri je pergi sana dengan aku", bebel Jeremy.

"Emm okay", Riana pasrah.

Tok! Tok! Tok!

Riana melangkah ke arah pintu lalu tombol pintu dibuka perlahan. Muncul wajah manusia satu.

"Turun makan. Kau ingat kau mem besar ke kat rumah ni? Bawa jantan tu sekali. 'Ex' kau nak jumpa", beritahu Jamila.

"Ex? Who's he?", soal satu suara dari belakang Riana. Terhinjut bahunya akibat terkejut.

"Dia bukan ex saya", jawab Riana takut-takut. Kepalanya sudah tertunduk. Jeremy tersenyum nipis lalu mengusap kepala isterinya.

"It's okay. Jom", kaki melangkah keluar lalu mereka bersama-sama berjalan turun ke dapur.

Woah, tak ramai macam semalam tapi ramai. Hmm camne tu?

Mereka mengambil tempat di tempat kosong sebelah mak long Riana. Suasana meja makan itu agak sunyi dengan kehadiran dua manusia tadi. Yang muda-muda, yang tua-tua tidak berkelip mata memandang mat saleh yang sedang bersarapan bersama mereka.

"Kamu tak kekok ke makan dengan tangan macam tu? Nak sudu?", ujar mak long, Pn. Halijah, kakak kepada En. Hafiz, ayah Riana.

"Saya pernah stay kat sini dulu. So that's why I can eat using my hand", jawab Jeremy mesra.

Mrs. Lawrence [COMPLETED]Where stories live. Discover now