Chapter XI

46 3 0
                                    

"WOI Nick bodolski", panggil Lionel di gazebo. Tangan dilambai-lambai ke arah Nicholas yang baru muncul itu.

"Sebut nama aku elok-elok Galei. Kang aku sebat sia-sia je bontot lawa kau tu karang", marah Nicholas yang sedang berjalan ke arah gazebo. Diikuti di belakang si triplets dengan abang kesayangan. Lillian tarak tau pi mana.

Lionel mengajuk semula kata-kata Nicholas tadi. Mereka berlima mengambil tempat di bangku yang terletak di bawah gazebo itu.

"Kenapa kau panggil ni? Kalau tak ada benda penting aku nak sambung tidur", kata Argemy. Dia menggaru kepalanya. Rambut persis Albert Einstein. Baju pulak..hm faham jela orang kena paksa bangun tidur ni macam mana.

"Picard tu. Aku dah jumpa lokasi dia", beritahu Timothy lalu menayangkan skrin iPad mengenai keberadaan Picard.

"So? What do you want me to do? Kill him?", soal Lionel.

"Tak la. Rekrut dia masuk team kita. Pulun dia cukup-cukup la apa lagi? Tu pun bodoh ke tak boleh nak fikir?", sindir Nicholas lalu dia menjeling Lionel.

"Sebab tu aku tanya. Kang aku main cakap, sibuk nak ejek aku bodoh", kata Lionel kembali. Ada aje la mamat ni nak sakitkan hati aku.

"Tak payah main cakap. Apa yang keluar dari mulut kau pun nampak sangat bodoh tu", balas Nicholas lagi.

Bantal kecil yang berada di gazebo utu diambil dan dilemparkan ke arah Nicholas.

"Kau kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupur nyawa kau karang", kata Lionel tak puas hati.

"So kau setuju tak?", soal Jeremy kepada Noah. Apa-apa pun Noah kena bagi kata putus dulu baru dorang boleh bertindak.

"Sediakan barang-barang. Setan tu hampir bunuh isteri aku hari tu. Kalau kita lambat, maybe isteri aku dah mati masa tu", ujar Noah serius. Kali ini dia akan pastikan Picard di dalam genggamannya.

XANDRA melihat ke arah seorang gadis yang dia terjumpa semalam. Gadis itu bersama rakan-rakannya dan sedang membeli-belah di sebuah butik berjenama di sebuah pusat beli-belah. Xandra masuk ke dalam butik tersebut dan berpura-pura memilih baju yang disangkut pada penyangkut.

"He's freaking damn hot. Nampak macam orang kaya", kata gadis itu kepada rakannya. Sebuah blouse berwarna pink diambil dan digayakan pada tubuh sambil dia memandang ke arah cermin.

"Really? Kau dah jatuh cinta dekat dia ke?", soal rakannya.

"I don't know. Aku harap aku boleh jumpa dia lagi lepas ni. Aku nak tukar nombor dengan dia. Boleh aku stalk dia setiap hari"

"Tapi kan Grace, kalau dia dah ada girlfriend macam mana?"

"Bukan wife pun. Selagi belum official kita boleh tackle dia. Kalau betul dia kaya, aku boleh hidup senang nanti. Korang pun boleh beli macam-macam benda nanti kan?", kata Grace lalu ketawa kecil. Mereka mula bergerak ke kaunter dan membuat bayaran sebelum melangkah keluar dari butik tersebut.

Xandra yang mendengar setiap bait perbualan mereka tadi hanya menayangkan riak wajah yang sinis. Silap orang la kau nak goda ni. Xandra terus berjalan ke kaunter dan bertanya perihal Grace kepada cashier tersebut.

"Yes, her name is Grace. She's one of our regular customers", beritahu cashier tersebut.

"Does she have a boyfriend?", Xandra cuba mengorek rahsia.

Pekerja itu menggelengkan kepala sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Setelah memperoleh maklumat yang dimahukan, Xandra mula menapak keluar dari kedai tersebut dan berjalan keluar dari shopping mall itu. Ferrari hitamnya dituju. Enjin dihidupkan dan dibiarkan panas seketika.

Mrs. Lawrence [COMPLETED] [RE-EDIT] Where stories live. Discover now